Tuesday, 4 November 2014

Posted by Unknown On Tuesday, November 04, 2014

11.12.13, tarikh yang sangat cantik bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang obses dengan angka cantik dan peristiwa pelik di sekeliling mereka. Tarikh ini juga dipilih oleh pasangan yang ingin memeterai janji sehidup semati mereka dan ada pula sebahagiaannya mengabdikan tarikh tersebut dengan pelbagai perkara yang dirancang. Yang penting adalah memori itu!

Pada tanggal itu juga, saya membawa diri ke Shah Alam yang saya namakan sebagai "Pengembaraan Sebuah Kejayaan". Dengan cuti tahunan yang berbaki berbelas hari lagi, sudah sepatutnya saya habiskan dengan perkara yang berfaedah seperti ini dengan niat mencari 'diri sendiri' dan menggilap potensi diri sebagai seorang usahawan yang beriman, berilmu dan beramal untuk membantu membangunkan modal insan usahawan dan memberi nafas baru kepada bisnes yang selama ini dipandang sepi oleh anak bangsa sendiri.

Seminar yang akan diikuti bermula pada 12 hinggalah 15 Disember 2013. Program ini diberi nama Intensif Mentor Kejayaan & Kekayaan yang akan disampaikan oleh speaker dan jurulatih no 1 Asia, Dr Azizan Osman. Penyertaan lebih 6000 orang peserta yang telah menanam tekad dalam diri masing-masing untuk berubah LUAR BIASA demi kekayaan dan kejayaan dunia dan akhirat.


PENGALAMAN DI JUSCO

Jam 2 petang, hari Rabu, saya telah bertolak dari Johor bersama seorang rakan kongsi bisnes menuju ke Shah Alam, setepatnya Stadium Melawati yang menjadi tempat tapak program berlangsung.

Sempat singgah di Jusco Aeon Tebrau untuk membeli sedikit buah tangan untuk 'anak/mentee' Shaklee saya yang sangat tak betah di tempat kerja dan kini menggenggam 4 angka setelah 2 bulan join bisnes ni. Senangkan?! Dengan ilmu dan bimbingan group yang kuat, semuanya akan menjadi senang. Terpaksalah berhenti kerja nurse sekarang. Tumpu bisnes pula.

Hadiah untuk perkahwinan beliau yang baru berlangsung juga tidak dilupakan. Cita-cita beliau untuk berbisnes dan berkhidmat pada suami telah jadi kenyataan dan saya sangat bersyukur kerana saya telah menjadi 'sebab' dalam membantu cita-cita beliau tercapai. By the way, memang misi saya sekarang untuk buatkan pejabat-pejabat kosong.

Ketika di sana, kami pergi ke bahagian alat tulis yang biasanya dijadikan cenderamata dan sempat berkenalan dengan promoter tersebut. Seorang wanita sekitar 50an, cantik berkot dan bermekap nipis, seorang yang sangat ramah. Beliau tanya saya,"Beli untuk bos ye? Ramai orang datang sini beli untuk bos dorang". Saya pun jawab, "Taklah, saya beli untuk rakan kongsi bisnes saya"

Sengaja disorokkan muka. Akak yang sangat rajin dan mesra.
Ciri-ciri kejayaan tu dah ada, tinggal polish sikit lagi jer :)

"Harrr, muda-muda lagi dah ada bisnes? Ceritalah kat akak. Akak dah penat kerja dengan orang. Dulu buat bisnes sate, lepas tu tutup sebab orag dengki. Jadi akak pun start kerja la dengan orang. Berpindah-pindah tempat kerja. Kerja pun dah hampir 20 tahun tapi segalanya haru-biru. 

Anak-anak jauh sangat dengan akak, degil tak dengar cakap, suami pun jarang-jarang dapat jumpa, masing-masing sibuk kerja. Tu la, akak ingat nak berhenti dah, nak tumpu pada rumahtangga kalau bole. Tapi, dalam keadaan barang semua makin mahal, macam mana akak nak berhenti" keluh beliau.

Saya bersama rakan yang mendengar pun rasa sebak. Ye la, kalau saya tak bantu mereka dengan ilmu dan bisnes yang saya ada, kata mentor saya, itu satu DOSA. So, saya pun ceritalah tentang bisnes online yang super senang ni, semua di hujung jari. Bukan main excited akak tu dengar dan alhamdulillah, di hujung pertemuan dan perbualan setengah jam tu, beliau hendak jadi anak/mentee saya juga. So, nama telah didaftarkan setelah syarat pertama saya dipenuhi, mesti siap surat RESIGN dalam tempoh 3 hari.

Saya tak minta sebarang bayaran, saya hanya nak KOMITMEN untuk kejayaan mereka sendiri dan komitmen pertama adalah 'pecat' diri sendiri sejak hari pertama masuk bisnes Shaklee. Nanti dah pegang 7, 8 ribu sebulan, takkan masih nak kerja lagi kan?!

Hasil kerja tangan beliau. Saya hadiahkan kerana saya percaya 'The Power of Giving'
dan tanda saya bangga sangat dengan perubahan LUAR BIASA hidup mereka.

SENTAP SANGAT

Yang betul-betul buat saya tersentak apabila beliau kata beliau cemburu dengan ramai orang lain yang boleh berjalan bersama keluarga bila-bila masa pada HARI BEKERJA seolah-olah seperti tidak bekerja, sedangkan beliau yang telah bekerja hampir 10 tahun pun masih belum bercuti ikut suka hati beliau terutamanya pada hari bekerja.

Tak cukup dengan tu, boleh ada time freedom dan dan boleh pula datang membeli belah barang yang mahal-mahal tanpa teragak-agak sedangkan mereka tak bekerja pada HARI BEKERJA tersebut. Mana mereka dapat duit hingga boleh bersenang-lenang begitu?!

Mungkin ada sebahagian pembaca yang tak mengambil berat perkara ini, financial freedom dan time freedom. Saya expect, tentu anda orang yang belum berkeluarga dan belum berusia emas seperti beliau. Kerana itu, anda tidak akan faham perasaan 'bersalah' tersebut melainkan anda meletakkan kaki anda dalam 'kasut' kehidupan beliau ketika ini.

Alhamdulillah pada hari itu, saya dapat bantu seorang lagi manusia untuk berjaya. Mengubah hidup mereka dari biasa-biasa kepada luar biasa.

Relakah kita jadi begini?!

Bukankah ramai dari kita menyangka bahawa kita bekerja demi kebahagiaan keluarga tapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Kerjaya tidak meningkat tinggi dan kebahagian keluarga menjadi galang ganti kesibukan kita. Kerja siang malam untuk orang lain, untuk diri sendiri tiada apa-apa selain penat dan fed-up.

Ramai daripada kita mengeluarkan emosinya dengan kemarahan dan kebencian apabila manusia yang tidak berhati perut membuang bayi mereka yang baru lahir, tetapi kita sedar tak, sebagai ibu bapa, berapa ramai anak-anak kita yang 'dibuang' dari hidup kita kerana kesibukan kerjaya masing-masing?!

Berapa ramai pula anak-anak yang lebih kenal penjaganya daripada ibu bapanya sendiri dan yang lebih malang lagi apabila penjaga lebih kenal perangai dan tingkah laku anak-anak kita daripada kita sendiri?!

Saya pegang satu pesanan yang baik dan mendalam maksudnya dari IKIM FM,"Jika ibu bapa tidak mahu ditinggalkan di usia tua, jangan tinggalkan anak-anak ketika mereka di usia muda". Betulkan?! What you give, you get back more back!


GATHERING

Lepas beli cenderamata tu, saya terus memandu ke Ayer Hitam, Kluang. Ada sedikit gathering dengan anak-anak mentee di sana. Bukan pergi mengajar ye, just untuk kongsikan pengalaman dan idea, bertukar-tukar maklumat baru dan merancang bersama strategi seterusnya. Saya berpegang kepada prinsip 'kerjasama' dan 'perubahan' untuk kami sama-sama berjaya. 

Saya tak nak saya berjaya berseorangan, sedangkan anak-anak mentee saya terbiar hanyut kegagalan. Insyaallah itu pegangan saya. Saya paksa diri saya untuk bantu mereka kerana saya tahu bisnes bukan semata-mata keuntungan, tapi ia lebih kepada kepuasan memberi dan menambah nilai hidup orang lain. Faham tak ni? Tak faham takpe, nanti-nanti dah terjabak, faham lah.


Sedang menerangkan kandungan buku 'The Secret of Life'.
Pengantin baru lelaki tu malu-malu pula.

Gathering bersama mentee saya dan keluarga mereka. Alhamdulillah, semuanya datang dengan bersuami dan yang paling best, mereka beri saya ruang untuk saya berkongsi bersama isteri mereka tanpa sedikit pun rasa cemburu atau lainnya. Sebab saya pegang satu je, kalau suami boleh ikut isteri hantarkan isteri-isteri mereka untuk bersama saya dalam biz ini, itu maksudnya mereka redha dengan urusan tersebut. 

Jadi, keberkatan itulah yang menyebabkan ramai anak didik saya berjaya kerana itulah yang saya tekankan, redha suami, redha suami dan redha suami....bagi yang berumahtanggalah. Bagi yang bujang, mohon restu ibu bapa, mohon doakan yang terbaik dalam jalan perniagaan ini.

MUSAFIR ILMU

Alhamdulillah, pukul 8 malam bermula, pukul 10 tamat gathering tersebut. Permusafiran diteruskan hingga tiba di Shah Alam pada jam 2 pagi. Hantar kawan ke rumah kawannya dan saya tinggal di rumah kawan saya. Alhamdulillah, sempat buat sedikit persiapan untuk mula belajar sesuatu dari Seminar Mentor Kekayaan & Kejayaan untuk keesokan harinya dari Jurulatih Kekayaan & Kejayaan No 1 di Asia.


Tunggu sambungan Part 2 dan seterusnya yang tentunya akan berkongsi hampir sebahagian besar apa yang saya pelajari dari DAO untuk panduan dan tingkatkan nilai diri anda sehingga anda menjadi insan LUAR BIASA pada hari mendatang.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...