Semoga anda dalam keadaan sihat selalu dan dilimphakan pelbagai rezeki hari ini.
Hari ni nak share info tentang 'hadiah' yang sering kali didapati apabila seseorang melangkah ke hari tua selain beberapa 'hadiah besar' yang lain.
Dulu, hanya orang berumur 40 ke atas mendapat penyakit ini. Kini, semakin ramai orang dewasa yang berumur sekitar 20-an dan 30-an mula mendapat masalah 'orang tua' ini.
Penggemar pelbagai hidangan berasaskan daging merah dan pelbagai makanan laut dengan menu berbeza pasti terkejut jika tahu bahawa ia sangat berbahaya sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Tabiat pemakanan ini sebenarnya boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti gout terutama bagi lelaki, ramai tidak mengendahkannya. Malah, pemakanan tidak seimbang boleh memburukkan lagi keadaan sekiranya tidak diberikan perhatian sewajarnya.
DARI MANA ASID URIK DATANG?
Asid urik terjadi daripada uraian purin, bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang terdapat dalam makanan seharian. Hampir semua makanan daging yang berprotein mengandungi paras purin yang tinggi. Makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan ikan bilis adalah pencetus serangan gout yang utama. Manakala isi ikan besar adalah mempunyai kandugan purin yang lebih rendah dan selamat untuk dimakan.
Daging merah seperti lembu dan kambing turut mengandungi tahap purin yang tinggi. Daging organ dalaman seperti hati dan usus adalah sangat tinggi dalam kandungan purin. Ini adalah kerana hati merupakan tapak pemprosesan di mana purin dipecahkan menjadi asid urik di dalam badan.
Selain daripada daging, kebanyakan makanan jenis kacang turut mempunyai kandungan protein dan purin yang tinggi, begitu juga dengan cendawan.
Jadi, bagi yang terkena dengan penyakit gout ini, adalah dinasihat supaya kurangkan atau elakkan makanan di atas sehingga tahap asid urik di dalam badan kembali ke tahap normal.
BAGAIMANA GOUT TERJADI?
Penyakit ini berlaku akibat pengumpulan asid urik secara berlebihan dan asid urik terbabit itu pula tidak dibuang secara berkesan. Asid urik yang berlebihan inilah menyebabkan terbentuk jarum kristal pada sendi, malah mungkin terbentuk di tempat lain seperti terjadinya batu karang pada buah pinggang.
Kebiasaannya ia dikumuhkan melalui air kencing dan najis manakala kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan ini boleh menyebabkan ia mendap dan berkumpul pada bahagian sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.
Gambaran yang amat jelas mengenai bengkak dan sakit keterlaluan yang merupakan gejala penyakit ini. |
Namun, ia juga boleh dihidapi pesakit kencing manis, mereka yang mengalami obesiti, pesakit anemia, pesakit buah pinggang atau individu yang mengambil ubat-ubatan yang mengganggu proses perkumuhan.
Ia menyerang sendi metatarsal phalangeal di bahagian ibu jari kaki. Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi lain seperti lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang. Sendi yang diserang akan membengkak, panas dan merah menyebabkan rasa sakit khususnya pada waktu malam.
PERINGKAT GOUT
Gout mempunyai empat peringkat yang jelas:
1. Asimptomatik - Dalam peringkat ini, aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Dalam bahasa mudah, anda tidak tahu anda ada penyakit ini ketika peringkat ini.
2. Akut - Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua ini. Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.
3. Interkritikal - Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Ketika peringkat ini, ramai yang mula tidak menjaga pemakanannya sementelahan lagi setelah serangan pertama, mereka tidak cepat-cepat berjumpa doktor untuk medical check-up.
4. Kronik - Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama. Gejala ini boleh berlanjutan beberapa hari dan jika berulang, serangan terbabit mungkin berlaku lebih lama.
SERANGAN 'MAUT'
Jika ia tidak diubati, kesakitan itu mungkin akan kembali menyerang dan perlu juga diketahui kekerapan kesakitan pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya. Serangan yang berlaku setiap tahun menandakan gout kronik yang menyebabkan kemerosotan sendi dan mengehadkan pergerakan pada anggota terbabit.
Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa boleh menambah kesakitan.
Dianggarkan 60% pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78% mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya 7% pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.
KALAU MASIH TAK BERSEDIA UNTUK 'DIJEMPUT', SILA PATUH!
1. KAWAL MAKAN -
Hadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan. Bukanlah bermaksud pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang 'kaya' asid urik seperti organ dalaman, daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.
Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.
Elakkan jika benar-benar nak jaga pemakanan |
2. KAWAL BERAT BADAN -
Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika ada masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.
3. MINUM BANYAK AIR KOSONG -
Sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebaiknya 3 liter. Anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ini tapi hikmahnya, ia adalah petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
Sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebaiknya 3 liter. Anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ini tapi hikmahnya, ia adalah petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
4. HADKAN GULA -
Terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.
Terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.
5. PENGAMBILAN SUPPLEMENT -
Kebanyakan rakyat Malaysia yang bijak dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam bidang kesihatan banyak melaburkan gaji bulanan mereka dalam pengambilan supplement. Sebab itulah jika dilihat di hospital-hospital sendiri, wad kelas satu dan kelas dua jarang sekali didiami oleh golongan yang kaya dan berkesadaran ini berbanding wad-wad yang lain.
Seringkali kita salah faham bahawa orang yang senang atau kaya sentiasa sihat. Sangat salah sebenarnya. Bukanlah mereka punya wang yang banyak untuk membeli ubat yang mahal atau membeli kesembuhan dengan harta yang mereka ada, bahkan mereka telah didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan makanan tambahan/supplement dalam kehidupan seharian.
Jadi kepada mereka yang sedar tentang kepentingan, "Mencegah lebih baik daripada merawat" dan bagi yang telah mengalami penyakit gout, ini saranan dan nasihat pengambilan supplemnet yang sesuai dengan mereka:
ALFALFA - Detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
PERFORMANCE DRINK - Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.
ADVANCED JOINT HEALTH TABLET - Ia mempunyai glukosamin di mana membantu memelihara rawan dan menyebabkan bergerak lebih bebas. Juga membekalkan zink, kuprum, manganase dan vitamin C untuk membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi serta membantu meningkatkan keselesaan sendi.
OMEGA GUARD – Mengelakkan keradangan sendi daripada terus membarah dalam anggota badan anda.
Semoga ada manfaat untuk semua pembaca. Sekiranya inginkan supplement terbaik Shaklee jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya segera dari saya. Saya doakan kesembuhan buat anda sekiranya anda mempunyai penyakit ini dan saya juga sentiasa mendoakan para pembaca agar terus sihat dan dapat berbakti dengan kesihatan tersebut untuk agama, negara dan bangsa.
Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.
SMS/WHATSAPP: 019-2486694
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.
SMS/WHATSAPP: 019-2486694
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
0 comments :
Post a Comment