Tuesday, 6 May 2014

Posted by cikgu mat On Tuesday, May 06, 2014

Assalamualaikum jutawan semua.

Dah lama menyepi rasanya saya ni hingga tak terbela rumah indah yang sudah lama dibina di atas jerih perih dan dari hati yang penuh semangat. Ya, semangat untuk memberi sebanyak-banyak kesedaran kepada anak bangsa Melayu saya untuk bangun berniaga dan membuang mitos-mitos lama tentang bisnes yang merugikan kita.

Tapi...tapi...tapi...

Ini semua hanya berhasil apabila kita punya KESEDARAN!!!

Ni cerita susah. Bukan senang nak sedarkan seekor harimau lembik yang diternak di dalam zoo dan di'permainkan' oleh suasana di dalamnya untuk ia sedar bahawa ia adalah Raja Hutan yang ditakuti oleh segala jenis binatang dan manusia.

Susah untuk sedarkan harimau itu bahawa ia adalah pejuang di habitatnya bukan gelandangan di dalam sebuah zoo.

Susah untuk sentakkan harimau itu bahawa ia adalah pemangsa pemakan daging dan darah bukan hanya 'abang' kucing yang dijamu daging bercampur dedak dan susu.

Begitu juga manusia halnya. Nak sentakkan, nak sedarkan perlu masa yang lama sedangkan masa kita semakin pendek, usia semakin banyak, tenaga semakin kurang, akal semakin rendah. Bagaimana nak berubah jika dah 20, 30 tahun bekerja tanpa mahu belajar tentang bisnes dan sengaja tidak sedar bahawa kita sebenarnya perlu SEDAR dan BANGKIT!

KALAU NAK BERJAYA........

Pernah dengar nyanyian Najwa Latif feat Altimet dengan lagu mereka,"Kalau Nak Berjaya...". nanti cari dan dengarlah, cumanya lebih fokus kepada ASNB. Saya tak nak yang tu. Saya nak anda faham isinya dan cuba memahaminya. 

Tak nak panjang cerita, ni nak mengkisahkan sikit. Ada beberapa prinsip utama kalau anda benar nak kaya dan berjaya dan ia tiada kaitan dengan lagu Najwa Latif tu:

1. SEDAR

Kebanyakan orang kita sukar untuk berubah kerana tidak punya kesedaran. Bukan tak nak berubah tapi kerana hati tidak gagah. 

Tidak gagah untuk menilik hari-hari yang lalu. Sudah berapa banyak masa terbuang, sudah berapa banyak akaun bank terpaksa dikosongkan, sudah berapa banyak umur dibazirkan, sudah berapa banyak sumbangan yang dihulurkan, sudah berapa mampu untuk kebajikan diperbanyakkan dan sebagainya.

Kita dah lama hidup dalam dunia kerjaya. Setiap hari. Saya ulang, setiap hari kita bekerja tapi setiap hari juga kita sesak. Setiap hari kita tersekat dalam jem, setiap hari juga kita mengeluh berpanjangan. Setiap hari kita melakukan perkara yang sama tapi dalam masa yang sama kebosanan juga yang kita alami.


Mungkin selepas berkhidmat selama 30 tahun, baru rasa SEDAR itu timbul tapi apakan daya, rasa SELESA itu telah lama ada dalam diri. Jika tak berani lawan rasa itu, pasti layu dan malu jika digelar pahlawan.

2. TIDAK SELESA

Selesa sebenarnya banyak memudharatkan kita sebenarnya. Yang paling susah adalah orang yang berpura-pura selesa dengan apa yang telah ia ada dan tiada. Ini parah! Sangat parah!

Ramai orang melayu sebenarnya berpura-pura selesa. Tak percaya?!

Lihat sahaja bila kerajaan menawarkan 'bantuan' BR1M, cer cerita kepada saya, berapa ramai orang Melayu yang menjadi 'peminta' ketika itu?!

Bezakan pula ketika kerajaan yang sama juga menawarkan bantuan pertanian, bantuan perniagaan, bantuan usahawan online, bantuan daripada badan berkanun untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu, berapa ramai pula yang memohon?!

Jika ditanya, bantuan jenis manakah yang paling banyak di'pinta'. Tentulah jawapannya adalah bantuan BR1M!


Kerana apa?

Kerana tak perlu berusaha. Hanya isi borang, sediakan dokumen, balik rumah hidup seperti biasa, kemudian nanti dapat surat panggilan, ambil dan akhirnya enjoy tak ingat dunia.

Jika bantuan itu memerlukan usaha kudrat yang berpanjangan, maka bukan main mudahnya orang kita menolak. Mungkin ada yang tak setuju kerana terkena atas kepala sendiri tapi akal yang benar pasti tidak mampu menafikannya!

3. TUKAR RAKAN

Anda benar hendak berjaya?
Sila tukar rakan-rakan di sekeliling anda jika mereka menjadi penghalang antara anda dan kejayaan.

Bagaimana mungkin orang yang otaknya hanya ingin bekerja seumur hidup boleh menasihati anda untuk menjadi usahawan dan berehat seumur hidup?!


Pentingnya rakan hingga Nabi SAW berpesan,"Cara hidup kamu bergantung kepada cara hidup rakan-rakanmu".

Benarkan?! Sekiranya rakan anda memberi sokongan yang padu apabila anda berubah, insyaallah kawan anda juga akan berubah tidak lama kemudian.

Jika rakan anda bercakap sesuatu yang membuatkan anda down, pekakkan telinga dan berusaha hingga anda berjaya. Hanya kejayaan anda sahaja yang mampu menutup mulut-mulut mereka.

Jika anda sendiri tidak kuat untuk melawannya, jauhkan diri dan mula tukar kepada rakan-rakan yang telah berbisnes, selalu mendampingi mereka, selalu minta nasihat mereka, insyaallah anda akan senang berjaya.

Anda tidak berjaya kerana anda berkawan dengan orang yang telah berjaya,
anda tidak berjaya kerana anda meminta bantuan kewangan dari orang yang telah berjaya,
anda tidak berjaya kerana anda ada network dengan orang yang telah berjaya,

Anda BERJAYA kerana MINDA anda telah transformasi dari minda orang biasa-biasa kepada orang berjaya yang LUAR BIASA.


Sekian dulu untuk kali ini. Terima kasih untuk masa yang diluangkan oleh anda untuk membaca nota-nota lakaran tangan saya ini.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...