Friday, 6 June 2014

Posted by cikgu mat On Friday, June 06, 2014
Assalamualaikum readers jutawan semua.

Pernahkah anda lihat pemimpin anda diiringi oleh puluhan bahkan hingga ratusan anggota keselamatan mengawasi beliau apabila berjumpa rakyat di jalanan?

Pernahkah anda lihat pemimpin anda 'dikepung' oleh puluhan bahkan hingga ratusan anggota keselamatan ketika beliau dalam perjalannya ke sana ke mari?

Pernahkah anda lihat pemimpin yang dikatakan disokong oleh majoriti ramai ternyata takut dalam sendirian hingga terpaksa anggota keselamatan menjadi benteng buat dirinya di mana sahaja dia berada?!

# # # 

Beberapa hari ini sebenarnya, saya agak terkejut ketika secara tidak sengaja terbaca berita kemenangan As-Sisi dalam pilihanraya Presiden di Mesir. Saya hanya meninjau dari jauh sahaja. Beberapa maklumat underground yang saya dapat adalah majoriti rakyat Mesir memulau pilihanraya yang dianggap tidak bertamadun ini.


Seorang bebas di kerusi pemerintahan yang dikuasai melalui anggota bersenjata sedangkan seorang lagi (Mursi) sedang meringkok di dalam penjara hasil caturan politik yang pastinya tidak membabi-buta.

Tapi apabila diisytiharkan kemenangan dengan peratusan yang sangat tinggi pula menyebelahinya, ia sudah cukup menjadi bukti kegagalan demokrasi kini.

Rata-rata perkara ini berlaku hanya di negara Islam. Ramai pemimpin-pemimpinnya menang dengan peratusan di luar jangkauan akal tapi di mana bukti kegagalan dan penyelewengan pilihanraya ini?!

Tidak perlu lihat di sebalik pilihanraya itu sendiri. Tak perlu melantik diri menjadi pemerhati politik yang tidak bertauliah. Tapi lihatlah kemudian harinya, pasti ada perkara yang tidak kena.


Jika dikatakan menang dengan bermaruah, mengapa perlu anggota keselamatan melindunginya di sekeliling arah apabila turun bertemu rakyat? Melainkan ia telah menjadi bukti betapa penyelewengan itu berlaku di sana sini.

# # #

Adakah perkara ini berlaku di Malaysia? Hanya orang yang mempunyai mata dan jujur sahaja yang akan mengakuinya dengan sebal. Tanda demokrasi yang dijunjung selama ini sebenarnya telah mati sejak awal lagi. Cuma mungkin adat orang Tanah Melayu, segala yang datang dari luar itu lebih baik dari yang sedia ada.

Adakah pengganti kepada sistem yang dikatakan menjadi nadi kepada sistem pemerintahan kini?! 

Sejujurnya jawapannya telah lama ada di dalam Islam. Ia adalah sistem syura yang diperkenalkan oleh Nabi dan diteruskan pula oleh para sahabat yang hebat.

Sistemnya pasti lebih unggul daripada sistem demokrasi sedia ada kerana ia turun dari Tuhan, pencipta segala sistem di dunia ini.

# # #

Lihat bagaimana Abu Bakar dan Umar. Ketika mana Islam telah pun menjadi kuasa besar dunia, tiada seorang pun pengawal berada di depan pintu rumah mereka.

Bahkan Saidina Umar r.a dan Saidina Abu Bakar mampu tidur di kebun-kebun kurma tanpa pantauan sesiapa kerana sistem syura melahirkan pemimpin yang takutkan Allah dan sayangkan rakyat sedangkan demokrasi melahirkan pemimpin yang dibenci Allah dan takut kepada rakyat!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...