Wednesday, 22 October 2014

Posted by Unknown On Wednesday, October 22, 2014

Ramai orang mati sebelum datang kematiannya yang sebenar.

Siapakah orang mati?!
Merekalah orang yang berputus asa dalam hidupnya!

Kerana itu, dalam semua kepercayaan dunia, syarat lengkap untuk berputus asa adalah melepaskan nyawa sendiri dengan sengaja.

Bahkan ia menjadi budaya biasa di beberapa buah negara maju, KECUALI Islam.

Tiada putus asa dalam Islam.
Orang berputus asa, bukan Islam.

# # # # #

7 sebab, kenapa  ramai mengundur diri dari melakukan perkara yang hebat dalam hidup mereka dan kemudian mereka menyesalinya.

Lihat perspektif unik ini yang mampu membuatkan hidup lebih cemerlang.


1. Kerana anda belum cukup GAGAL dalam hidup!

+  Sebabnya anda telah mulai 'selesa' dalam 'kesusahan' hidup sekarang dan kerana itu jugalah anda memilih untuk tidak mahu mencuba lagi.

Anda percaya bahawa percubaan seterusnya dibayangkan tentu lebih susah dari keadaan sedia ada.
Ini namanya takut kepada bayang-bayang sendiri.

+ Sebab lebih mudah bercakap tentang 'kaedah' mempelajari satu bahasa baru berbanding mempelajari bahasa itu sendiri.

Anda juga selalu beranggapan bahawa semua perkara baru itu adalah sukar dan susah untuk dimulakan, jadi akhirnya, anda hanya akan ‘tinggalkannya’ atau mungkin anda akan berkata ‘buat esok sahaja’!

Dengan nada malas dan putus asa!

+ Sebab kadang-kala anda bencikan kerjaya sekarang, tetapi tidak juga mencari kerja lain; kerana menafikan ketidaksukaan itu lebih mudah dari mengiyakannya!

# # # # #

+ Kerana itu, di saat kamu gagal untuk mencuba, orang hebat telah mulai mencuba untuk gagal, mencabar diri sendiri, belajar perkara baru bahkan cuba 'rebah' secepat mungkin.

Kerana bila rebah, orang hebat dapat adjust laluan hidup supaya berada di atas jalan impian yang sentiasa bergerak ke hadapan, bukan ke belakang.

+ Sepertimana proses pembentukan besi, orang hebat perlu melalui cabaran api.

Setelah cukup 'merah' menyala, dicanai pula dengan ketukan demi ketukan keras untuk menghasilkan suatu bentuk.

Bentuk sebilah pedang dan dikilatkan setiap inci dan ditajamkan mata dan sisinya ini akan memotong anda menjadi 2 bahagian sekiranya anda tidak sama 'keras' dan 'tajam' seperti orang hebat!

2. Kerana terlalu AMBIL PEDULI apa yang orang fikirkan tentang diri anda!

+ Sebabnya anda sudah 'serasi' dengan keadaan sedia ada yang sama dengan orang lain.

Sebabnya anda percaya yang perbezaan itu dianggap 'cool' bila mana orang lain turut melakukan perkara yang berbeza seperti mana anda lakukan secara beramai-ramai.

Anda takut untuk menjadi orang BERBEZA!

+ Sebabnya anda takut untuk menunjukkan diri sebenar anda kepada dunia. Takut bagaimana pandangan orang terhadap 'perbezaan' yang anda wujudkan.

Anda beranggapan, bila anda suka menilai orang lain, maksudnya orang lain juga akan menilai anda.

+ Sebabnya anda lebih mengambil kira apa yang telah anda ada berbanding apa yang belum anda lakukan secara sungguh-sungguh dalam hidup ini.


# # # # #

+ Kerana ketika mana anda 'meleburkan' wang pada pakaian baru, kenderaan baru, makanan mewah dan hidup yang boros, orang hebat pula sedang 'melaburkan' wang pada diri sendiri.

Dan ketika mana anda cuba untuk sesuaikan diri dengan suasana dunia kini, orang hebat pula sedang menyesuaikan suasana dunia dengan diri mereka sendiri.

Mereka mengusai suasana, anda dikuasai suasana!

+ Kerana orang hebat bebas membenarkan orang lain tahu tentang diri mereka yang sebenarnya.

Mereka kebal berhadapan dengan apa juga pandangan dan kritikan  yang diberikan malahan wujud keselesaan apabila hidup berbeza dengan orang ramai.

Berani berbeza kerana berani untuk menjadi manusia hebat!

3. Kerana beranggapan, anda LEBIH BIJAK dari hakikat sebenarnya!

+  Sebabnya anda buat apa yang orang lain buat, baca apa yang mereka baca, belajar apa yang mereka belajar.

+  Sebabnya anda belajar sesuatu yang perlu dipelajari untuk tujuan lulus ujian yang mereka sediakan dan hasilnya......anda rasa anda sudah cukup bijak menghadapi dunia luar!

+ Sebabnya anda fikir bahawa belajar hanyalah sesuatu yang dilakukan oleh pelajar di sekolah-sekolah sahaja, tidak di tempat lain.

# # # # #

+  Semasa anda sedang belajar mengenali 'pelajaran', orang hebat pula belajar mengenali 'kehidupan'.

Bukankah lebih baik mengenali kehidupan itu melalui perjalanan hidup sebenar bukan hanya teori di dalam kelas yang hanya beku mendengar dan mengikut cakap.

Sebabnya orang hebat telah tahu dengan 'merasainya' sendiri walaupun kadang-kala tanpa 'anugerah' dari  universiti yang kamu letakkan di dalam bingkai gambar.

Bijak itu bukan apa yang kamu belajar, tapi bagaimana kamu hidup dengan pelajaran itu!

+  Orang hebat juga boleh lulus ujian yang pernah anda duduki jika mereka mahu, tapi anda mungkin tidak boleh berhadapan dengan semua ujian yang telah kehidupan ini lontarkan kepada mereka.

Ujian bukan dinilai dengan markah dan peratusan tapi ia dinilai dengan satu kelayakan mudah iaitu survival kehidupan!


4. Kerana anda TIDAK MEMBACA!.

+ Sebabnya anda hanya membaca apa yang anda 'ingin' dibaca dan malangnya lagi, tidak kesemuanya anda baca.

+ Sebabnya anda sanggup duduk dan menonton rancangan drama dan lawak jenaka berbanding meneroka sesuatu yang baru.

Berbanding memahami pemikiran minda orang lain dalam menyelami erti sebenar dunia dan kehidupan sekeliling.

+  Sebabnya anda menganggap sejarah itu membosankan dan falsafah itu suatu kebodohan.

Anda tidak mahu mengakui bahawa semua kehebatan yang ada di dunia sekarang datangnya dari perkataan dan tunjuk ajar mereka yang hidup sebelum kita.

+ Sebabnya anda tidak mahu membaca tentang sesuatu, sedangkan anda tahu, anda perlu membacanya.

Ramai juga yang ingin membaca mengenainya adalah mereka yang beranggapan mereka sudah pun tahu apa yang ada di dalamnya ataupun mereka telah tahu tapi tidak mahu melakukannya.

Kamu hanya boleh membawa kuda ke tepi sungai tetapi tidak boleh memaksanya untuk minum air sungai tersebut!

5. Kerana kurang rasa ingin tahu hakikatnya!

+  Sebabnya anda mendapatkan sesuatu berita daripada rakan yang hanya membaca berita dari media lidah kerajaan.

+  Sebabnya anda tidak  mahu bertanyakan soalan mudah ini,"Bagaimana jika semuanya adalah palsu belaka?”

Anda hanya menerima kemungkinan ia benar. Kerana itulah kaedah media massa, iaitu anda sentiasa ditipu dengan kepalsuan dari hakikat sebenarnya!

# # # ## 

+  Sebabnya anda lebih suka mengejek orang hebat sebagai ‘orang yang serba tahu semua perkara’ daripada mengakui diri sendiri sebagai 'orang yang tidak tahu apa-apa’.

Orang hebat haus terhadap ilmu pengetahuan, tidak kira dalam bidang apa pun!

+  Sebabnya sedang anda leka bermain ‘Candy Crush’ atau ‘Megalopolis’, orang hebat pula sedang meneliti teori pergerakan dan quantum mechanics di sebalik permainan tadi.

Orang berjaya lebih banyak belajar yang tersirat dari yang tersurat!

+  Sebabnya sedang anda membuang masa dengan smartphone anda, orang hebat pula sedang belajar untuk mengedit video, membina sebuah website dan mereka design untuk aplikasi telefon.

Orang hebat selalu melakukan sebaliknya!

+  Maka kerana itu, jika berdebat, orang hebat akan kalahkan anda.

Orang hebat akan berikan fakta untuk mempertahankan kenyataan mereka, dari setiap sudut kehidupan walaupun ketika itu mereka belum faham apa fakta yang anda telah kemukakan untuk membantah mereka.

Jawapan orang hebat diceduk dari hakikat kehidupan, jawapan anda diambil dari  khayalan!

6. Kerana anda tidak bertanyakan SOALAN yang sepatutnya!

+  Sebabnya anda tidak mahu bertanyakan soalan yang lebih penting. Bahkan mungkin anda tidak tahu apa soalan yang lebih penting itu.

Kerana mungkin anda tidak pernah bertanyakan diri anda sendiri,"Adakah ini soalan sepatutnya?"


+ Sebabnya anda tidak paham tentang kehebatan meletakkan suatu soalan dalam kehidupan, menghormati perbezaan pendapat dan menegakkan suatu kebenaran ketika berhadapan dengan orang yang berbeza pandangan.

Kerana orang hebat tahu bahawa anda akan berikan semua soalan yang sebenarnya menghancurkan anda ketika mereka membenarkan anda bertanya.

Mereka mendalami tentang tabiat manusia. Mereka tahu, anda tidak bertanya soalan yang timbul berdasarkan pandangan orang lain terhadap anda melainkan soalan itu timbul dari pandangan anda terhadap diri sendiri.

7. Kerana anda tidak boleh menghadapi KEBENARAN!

+  Sebabnya anda menolak untuk mengakui bahawa anda tidak tahu perkara yang anda tidak tahu.

+ Sebabnya tiada yang mampu mengungkit kembali kesilapan yang telah anda lakukan di samping pembaziran masa yang berlaku dalam umur kehidupan anda.

Kerana walaupun orang hebat memberitahu bahawa kebenaran itu berbeza dengan kepalsuan hidup ini tapi hanya boleh dibuktikan pada 'keesokan' hari anda, anda pasti menunggu 'esok' itu juga untuk membenarkannya.

Walaupun anda beranggapan bahawa orang hebat itu sedang berbohong, tapi sebenarnya mereka orang paling peka dengan keadaan sekeliling.


+ Kerana mungkin anda fikir bahawa orang hebat tidak menghargai kehidupan mereka hari ini, tapi bukan bermakna mereka tidak memerhatikan kehidupan anda juga.

Sebabnya anda berjalan tanpa menggunakan akal, walaupun dunia membentangkan 1001 kebenaran di depan anda.

+ Malangnya sifat ego terhadap realiti kehidupan berada terlalu hampir dengan anda. Umpama ianya berada di hadapan muka kamu.

Jika anda tersadung dan ketika itu sedang menjelirkan lidah, pasti anda terus merasai kepedihan sakit itu dan mengetahui betapa pahitnya kebenaran itu.

Akhirnya anda akan memahami kesan kurangnya kefahaman dan penelitian terhadap hakikat kebenaran yang sebenar yang menghalang anda melakukan perkara yang hebat adalah berpunca dari diri anda sendiri!

Semoga bermanfaat untuk kita bersama .

Waalhua'lam


Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...