Thursday, 23 October 2014

Posted by Unknown On Thursday, October 23, 2014
Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua hari ni.

Hari ni saya nak sharing bagaimana untuk buat blog dan cantikkan blog anda untuk kesesuaian niche bisnes yang dijalankan sekarang.

Setiap bisnes pada zaman ini perlukan sebuah blog sebagai gedung pemasaran utamanya. Media sosial tambahan seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain hanya cawangannya sahaja.

Blog perlukan mata yang sedap memandang, post yang sederhana panjang dan tersusun dengan gambar dan video yang menarik perhatian pembaca dan tentulah sebelum itu menarik hati kita sendiri untuk berblogging kan?!

CARA SETUP BLOG

1. Pergi ke laman web https://www.blogger.com/.

2. Bagi yang belum ada akaun google. Sila buat dahulu melalui step 3. Jika telah ada akaun google, anda hanya perlu login sahaja.

Jangan segan-segan nak masuk, takde raksasa pun sedang menunggu anda. Masuk dan lihat jer.


3. Sila isi semuanya yang berkaitan. Dapatkan emel anda dan password. Pastikan emel dan password mudah diingati ye. Jangan sampai hilang blog sendiri. :)


4. Kemudian klik 'new blog'. Butang 'add' itu untuk buat blog tambahan sekiranya anda berminat.
* Anda boleh mempunyai 100 blog berbeza dengan blogspot ini.


5. Title dan address.
  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali anda buat blog sendiri ialah alamat (Address) blog anda. Anda perlu mencari URL atau alamat blog yang mesra pengunjung dan mudah ingat.
  • Sekiranya anda meletakkan url terlalu panjang atau rumit, agak sukarlah orang nak ingat alamat blog anda. Cuba cari alamat blog yang cerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain.



6. Ok. Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template.
  • Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. 
  • Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Nanti saya ajarkan.
  • Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.



7. Walla, dah siap blog anda sendiri. Tak susah kan?

Paparan menunjukkan anda sudah pun mempunyai blog sendiri. Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai buat blog sendiri dengan jayanya.


8. Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi kandungan blog anda. Hanya klik Start posting untuk mulakan langkah kedua mempunyai blog sendiri.


9. Selesai menulis post anda, labelkan ia jika perlu mengikut klafikasi post yang anda inginkan.

Anda juga boleh setting auto-post untuk entry muncul di blog anda pada tarikh tertentu dan masa tertentu yang telah ditetapkan.


10. Selepas 'Save' atau 'Publish' post. Anda boleh klik 'View Blog' untuk melihat entry penuh anda di blog anda yang sebenar.


11. Tips untuk anda hasilkan blog yang bagus - utamakan dahulu isi kandungan.

Sebagai permulaan, pastikan anda tulis entri atau post blog anda minima 5 entri.

Dah ada 5 entri dengan panjang minima lebih kurang 300 patah perkataan, maka barulah anda godek bab lain dalam bina blog sendiri pula.


Ok..ok? Puas hati dengan penerangan ringkas ini?!

Selamat mencuba!

Mohd Taufiq
Motivator Kejayaan & Kesihatan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...