Thursday 2 October 2014

Posted by Unknown On Thursday, October 02, 2014

Disebabkan minyak naik 20 sen, ada beberapa perkara kita 'sedari':

1. JURANG PANDANGAN.

Orang biasa akan komplen dengan wajah masam mencuka.
Orang kaya akan ketawa dengan wajah tersenyum bahagia.
Orang berjaya akan tenangkan dan beri nasihat seikhlas jiwa.

# # # # #

Orang biasa akan terus komplen, baik ketika beratur mengisi minyak ataupun ketika melihat orang lain beratur mengisi minyak. Biasanya mereka terdiri dari kumpulan miskin dan sederhana.

Ramai komplen kerana:

+ Menunjukkan ketidakpuasan hati
+ Menunjukkan simpati atas nasib marhaen
+ Menunjukkan dengki dengan orang yang tidak sama ideologi
+ Menunjukkan rasa hati terhadap ketidakakuran janji ditepati

# # # # #

Orang kaya akan senyum memanjang kerana biasanya mereka adalah golongan peniaga.
Mereka ada produk masing-masing yang telah lama menunggu masa untuk dinaikkan harga.

Tiada siapa yang dapat menghalang kerana alasan kenaikan minyak adalah alasan paling kukuh diterima. Rakyat marhaen terpaksa angguk kepala. Engkau miskin, sederhana, semua terpaksa membeli tanpa banyak tanya.

Orang biasa yang menjadi pekerja mereka akan menuntut elaun minyak.
Mereka akan beri, tapi dalamnya ada makna.

Dengan syarat pekerja dalaman, produktiviti mesti semakin tinggi.
Syarat pengguna luaran, harga barang kena naik juga nanti.
Kata mereka,"Untuk tampung kos operasi"!


Adakah hanya sebuah syarikat mengalami situasi ini?!
Tidak...Hampir semua syarikat berlaku situasi yang sama.

Orang kaya takkan sesekali mau rugi.
Orang biasa yang menjadi pekerja tetap tersepit mati!

# # # # #

Orang berjaya lain pula halnya.

Dalam melihat segala komplen yang berlaku di depan mata, mereka akan tenangkan orang ramai dan memberi nasihat. Biar tenang dan aman masyarakat yang tidak dapat menerima 'pengkhianatan' sebesar ini.

Tapi malang.....

Setiap kali harga minyak naik, mereka telah beri ingatan, tapi ramai yang hanya mendengar, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tak takut sedikit pun dengan amaran bahawa,
"Harga minyak akan terus naik tanpa belas kasihan"

Selalu mereka nasihatkan,"Jika mahu keluar dari dunia komplen sahaja, bertindaklah!
Mahu potong perbelanjaan, mahu banyakkan penjimatan atau mahu tambahkan pendapatan?"

Tapi orang biasa yang selalu ada penyakit hati akan berkata,
"Nasihat tu pasti bersebab. Nak ajak kita berniagalah tu. Nak suruh kita untungkan dia pula tu"

Apa nak dikata. Zaman sekarang orang yang berhati baik tidak diberi peluang untuk dipercayai.
Tapi orang yang menipu dan suka tabur janji diberi peluang untuk dijulang tinggi.....
sebelum ia turun menghenyak mati!

# # # # #


2. JURANG PENDAPATAN

Dengan kenaikan ini sekali lagi dalam jumlah 20 sen yang cukup untuk dikatakan tinggi, kita 'sedari' bahawa pendapatan majoriti rakyat adalah di paras 'hampir mati'.

Bukanlah RM 5900 purata gaji!

+ Fakir bandar, purata gaji RM 2000/bulan
+ Miskin bandar, purata RM 4000/bulan.
+ Sederhana bandar, purata gaji RM 6000/bulan
+ Kaya bandar, purata pendapatan RM 20000/bulan

# # # # #

Soalan: Golongan manakah yang paling terkesan dengan kenaikan ini?!

Semuanya terkesan sama ada kesan negatif atau kesan positif.
Dari golongan fakir bandar sehingga majoriti sederhana bandar akan terpalit kesan negatif.

Bermula dengan minyak naik > harga barang naik > > perbelanjaan harian dan bulanan naik
> > > gaji tak nampak gaya untuk naik > > > >  darah mula naik > > > > > suara naik...... 

Golongan kaya bandar mendapat kesan positif. 
Apa yang positifnya? Rujuk hikayat orang kaya sebelumnya di atas.

Maka tercapailah cita-cita sistem kapitalis moden,
"Orang kaya terus kaya, orang miskin bertambah miskin.....Kerajaan hanya pemudahcara"

Tercapai juga cita-cita politik moden,
"Jika anda penyokong, diam dan telan, kerajaan ada jalan.
Jika anda pembangkang, bising dan telan, kerajaan akan ancam".

# # # # #

3. JURANG PEMIKIRAN

Ramai yang komplen tapi tak ramai yang bertindak!
Ia seperti hujan yang turun di tanah gersang...sedangkan tanah padi yang perlukannya diabaikan.

Naik harga minyak kita kena beli. Untuk beli guna wang. Untuk dapatkan wang kena bekerja.
So, kerja kita adalah bekerja bukan jadi tukang sorak.

Nak ubah kerajaan mesti mengundi...masanya belum tiba lagi.
Jadi sekarang lebih baik buat apa yang perlu dahulu iaitu bina kekayaan diri.

# # # # #

Orang Kaya Islam (OKI) vs Orang Kaya Yahudi (OKY)

Ketika tahun permulaan Nabi dan para sahabat di Madinah, OKY sering menekan ekonomi umat Islam bahkan kehidupan mereka dari segi kenaikan harga barangan melalui penguasaan pasar dan penguasaan air.

Air ketika itu merupakan sumber utama orang Arab yang mana penempatan mereka di padang pasir.
Tanpa air, mati. Dengan kenaikan harga air, harga barangan di pasar turut  sama meningkat.

Disebabkan tekanan kenaikan harga air terutama ketika kemarau panjang oleh OKY, maka Nabi 'bertindak' tanpa komplen panjang dengan kuasanya,"

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Sahabatku, siapa sahaja di antara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka aku jamin ia dengan syurga”.

OKI muncul dan 'bertindak' membeli satu sahaja telaga milik OKY dari sekian banyak telaga yang mereka kuasai dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran. Ada yang mengatakan hingga ribuan dinar yang bersamaan nilai jutaan sekarang.

Nama telaga itu adalah Telaga Raumah.

"Beli untuk kegunaan sendiri ke OKI?!"
Tidak.....bahkan disedekahkan kepada semua umat Islam di Madinah.

Apa sumbangan umat Islam?!

Mereka 'bertindak' dengan boikot telaga lain daripada telaga Raumah kerana telaga lain berbayar.
Akhirnya OKY tak dapat jalankan perniagaan air mereka. Penguasaan air dan ekonomi OKY terhadap Madinah jatuh.

Hingga tinta sejarah menukilkan, OKY terpaksa mengarahkan pekerja-pekerja mereka mengetuk pintu-pintu rumah umat Islam untuk jualan air dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran....

Sedangkan sebelum belian telaga Raumah tersebut, umat Islamlah yang mengetuk pintu-pintu rumah OKY untuk membeli air dengan harga yang tinggi.

Telaga ini masih ada di Madinah. Wakafnya untuk umat sehingga sekarang!

OKI yang dimaksudkan bernama Saidina Usman r.a.

Allah jamin dalam al-Quran,"Allahlah yang menghilangkan keberkatan harta pada riba dan Allah jugalah yang menyuburkan harta dengan SEDEKAH"

Soalan timbul: Adakah umat Islam masih patut beri 'alasan',
"Saya selesa dah sekarang ni, janji tenang walau tiada harta banyak"

# # # # #

Soalan terakhir dari saya:

+ Berapa ramai yang betul-betul nak berubah sekarangdari potong pendapatan kepada tambah pendapatan?

+ Berapa ramai yang betul-betul nak berubah sekarang dari potong lidah kepada sambung kaki tangan?

+ Berapa ramai yang betul-betul nak berubah dari kerja untuk diri dan keluarga kepada kerja untuk kumpul kekayaan untuk kegunaan umat Islam?!

+ Paling penting, betapa ramai yang betul-betul nak berubah sekarang untuk mula BERNIAGA?


Risiko niaga adalah kaya.
Risiko kaya adalah sumbangan.
Risiko sumbangan adalah syurga.
Risiko syurga adalah redha Allah.


Salam kesedaran,

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
019 2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...