Ramai kurang tahu bahawa air kosong dan lemon segar yang diperah sudah cukup untuk menjadi penggalak tenaga bersih yang paling baik di awal pagi.
Sebaliknya kebanyakan orang bergantung kepada minuman berkafein pada waktu pagi seperti kopi dan teh untuk mendapatkan tenaga sepanjang hari. Bukan tidak dibenarkan tapi kurang digalakkan.
KENAPA BUKAN KOPI?
Kopi adalah perangsang adrenal untuk menghasilkan tenaga yang kotor dalam bentuk gula dalam darah dan tekanan oksidatif.
Ironinya lagi, kopi adalah diuretik yang menghakis simpanan air dan mineral serta elektrolit seperti natrium, kalium, kalsium, dan magnesium dari badan anda.
Badan akan terangsang bertenaga tetapi secara tidak sihat kerana nutrisi lain yang diperlukan tubuh turut 'ditolak' oleh kafein.
Orang ramai berasa bertenaga oleh kopi disebabkan oleh kesan kafein pada kelenjar adrenal. Kopi merangsang organ-organ ini untuk mengepam hormon adrenalina dan norepinephrine.
Hormon-hormon ini merangsang badan untuk memecah gula simpananan dan melepaskannya ke dalam aliran darah.
Proses ini menyebabkan gula darah yang tidak normal yang meningkatkan tekanan oksidatif, pembentukan radikal bebas dan kerosakan tisu secara keseluruhan.
Terdapat juga kajian yang menyatakan sebaliknya tetapi saya lebih cenderung dengan kajian ini. Ahli farmasi, ahli kedoktoran dan termasuk saya sebagai orang yang terlibat dalam dunia supplement sangat tahu bahawa minuman berkafein adalah antara musuh utama kepada nutrisi dan mineral yang terdapat pada tubuh.
Ini juga menafikan 'hadis' bahawa Nabi SAW meminum kopi. Cerita ini tiada sandarannya dan langsung bersalahan dengan fitrah Nabi SAW yang hanya mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat. Saya pernah bercerita hal ini di SINI.
ION POSITIF DAN NEGATIF PADA MAKANAN
Makanan dan minuman yang kita makan memberikan caj elektrik yang memulakan pengeluaran tenaga dalam badan. Ion adalah sebahagian daripada molekul yang membawa caj elektrik.
Ion yang bercaj positif dipanggil 'kation', manakala ion yang bercaj negatif dipanggil 'anion'.
Kebanyakan makanan yang kita ambil adalah dalam bentuk yang kationik, manakala proses pencernaan semulajadi (asid hidroklorik, enzim penghadaman, air liur) adalah anion. Maka, prosesnya menjadi rumit kerana 2 unsur caj yang berlawanan.
Makanan yang mempunyai banyak unsur-unsur yang berion positif (kation) digelar logam berat.
Jumlah logam berat yang banyak akan dinyahkan keluar oleh tubuh. Proses penyahlogam berat akan menyebabkan fungsi sel terbeban seterusnya melemahkan atau jika jumlahnya berlebihan dalam tubuh, ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ.
Organ yang akan terjejas ialah organ yang mempunyai DNA yang berkromosom aktif dengan unsur senyawa. Dalam tubuh kita, sel hati dan sel kelenjar Pituitary amat mudah bersenyawa dengan sesuatu unsur.
Oleh itu, jika logam berat hadir ke bahagian hati dan kelenjar Pituitary, ia akan menjejaskan fungsi organ tersebut. Apabila fungsi sel terjejas, maka akan timbul gejala yang berkaitan dengan peranan organ tersebut.
LEMON
Lemon adalah termasuk makanan anion. Ini bermakna bahawa ia membawa caj negatif yang sangat kuat dan amat aktif untuk melakukan proses pencernaan dan perkumuhan dengan sempurna.
Lemon segar juga membantu mengoksidasi badan dan memaksimumkan fungsi enzim. Lemon dikenali untuk merangsang enzim semulajadi dalam hati. Ia membantu hati dalam proses pembuangan toksin seperti asid urik dan membersihkan salur hempedu.
Di samping itu juga, lemon yang dicampur dengan air kosong juga dapat memberi tenaga bersih yang lebih berpanjangan kepada tubuh badan.
Bonus untuk yang sedang berdiet. Lemon juga memberikan peluang untuk anda kurus dengan pantas. Boleh rujuk di SINI.
TAHUKAH ANDA...?
Logam berat banyak didapati di bahagian permukaan tanah. Tumbuhan yang mempunyai akar menjalar, paling banyak menyerap logam berat.
Tumbuhan yang kurang menyerap logam berat mempunyai akar tunjang yang jauh ke bumi. Beberapa tumbuhan herba seperti tongkat ali dan alfafa mempunyai akar tunjang yang terpanjang dan sangat dalam ke dasar bumi sehingga didapati tidak terdapat langsung sebarang logam berat di dalamnya.
Saya sering menggantikan buah lemon yang harganya sebiji = RM 1-2 dengan Alfafa Shaklee yang hanya berharga RM 53 (330 biji) untuk kegunaan 2-3 bulan. :)
Lebih jimat dan lebih berkualiti.
Ingin dapatkannya?
Hubungi saya melalui:
Hubungi saya melalui:
Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan
Motivator Kesihatan & Kejayaan
0 comments :
Post a Comment