Monday, 3 November 2014

Posted by Unknown On Monday, November 03, 2014

KELEBIHAN PUASA AYURA

1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Riwayat Muslim)

2. Sabda Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih)

3. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
7.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Muslim)

SEJARAH

Dari Aisyah katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. 

Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya.".- Riwayat Bukhari dan Muslim

Ibn Abbas menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". 

Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". 

Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."- Riwayat Bukhari dan Muslim

Nabi SAW bersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)


Huraian Hadis: 

Hari Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. 

Rasulullah SAW  menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana mempunyai kelebihan tersendiri di samping kelebihan Muharram itu sendiri. 

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Sayyidina Hussein bin Ali r.a. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. 




Menurut sirah, Nabi Muhammad melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu. 

Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). 

Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa Asyura sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. 

Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan yang syariat puasa wajib pada bulan Ramadhan hanya berlaku setahun kemudian. Setepatnya, pada tahun kedua hijrah Nabi ke Madinah.

Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat yang sangat dituntut dan bukan kewajiban.

CARA PELAKSANAANNYA

1. Berpuasa selama 3 hari. Tanggal 9, 10, dan 11 Muharram.

Berdasarkan hadis Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

“Selisihilah orang Yahudi dan berpuasalah sehari sebelum dan setelahnya.”

Dan pada riwayat lain:

“Puasalah pada hari Asyura dan berpuasalah sehari sebelum dan setelahnya dan janganlah kalian menyerupai orang Yahudi.”

Imam Ibnu Hajar, Imam Asy-Syaukani dan Syeikh Muhamad Yusuf Al-Banury juga mengisyaratkan keutamaan cara ini iaitu memilih pendapat puasa tiga hari tersebut (9, 10 dan 11 Muharram).

Namun kebanyakan ulama memilih cara ini dengan tujuan lebih hati-hati. Sepertimana Imam Ahmad yang memilih cara ini (selama tiga hari) ketika timbul kecelaruan dalam menentukan awal bulan Muharram.

2. Berpuasa selama 2 hari. Tanggal 9 dan 10 Muharram

Majoriti hadis menunjukkan cara ini:

Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabat mengerjakannya. 

Para shahabat berkata:"Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi." 

Maka baginda bersabda: "Di tahun depan insya Allah kita akan berpuasa pada tanggal 9." 

Tetapi sebelum datang tahun depan Rasulullah SAW telah wafat.

Dalam riwayat lain :

Jika aku masih hidup pada tahun depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pada hari kesembilan.

Tujuannya adalah untuk berhati-hati dan menyelisihi kaum Yahudi dan Nasara. Ini dikuatkan oleh hadis:

Dari ‘Atha’, dia mendengar Ibnu Abbas berkata:”Selisihilan Yahudi, berpuasalah pada tanggal 9 dan 10”.

3. Berpuasa selama 2 hari. Sam ada tanggal 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram

“Berpuasalah pada hari Asyura dan selisihilah orang Yahudi, puasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya”

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: "Ini adalah akhir perbuatan Rasulullah SAW.

Dahulu baginda suka mencontohi ahli kitab (yang turut menerima nabi dan kitab sebelumnya) dalam hal yang tidak ada perintah, lebih-lebih bila hal itu menyelisihi orang-orang musyrik. 

Maka setelah peristiwa pembukaan Makkah dan Islam menjadi mahsyur, beliau suka menyelisihi ahli kitab sebagaimana terdapat di dalam hadis. Maka ini (masalah puasa Asyura) adalah termasuk dalam hal itu. 

Maka pertama kali beliau mencontohi perbuatan ahli kitab dan berkata :”Kami lebih berhak atas Musa daripada kalian (Yahudi).”

Kemudian baginda suka menyelisihi ahli kitab dengan menambah sehari sebelum atau sesudahnya untuk menyelisihi ahli kitab."

Ar-Rafi’i berkata,"Berdasarkan ini, seandainya tidak berpuasa pada tanggal 9 maka dianjurkan untuk berpuasa pada tanggal 11″

4. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: "Puasa Asyura mempunyai 3 tingkatan. 

Tingkatan terendah adalah berpuasa sehari sahaja. 
Tingkatan di atasnya adalah ditambah puasa pada tanggal 9 Muharram 
Tingkatan tertinggi adalah ditambah puasa pada tanggal 9 dan 11."


KURANGKAN ALASAN, CIPTA PELUANG

1. Tujuan Allah menjadikan ibadat-ibadat seperti ini adalah untuk tujuan membersihkan manusia daripada dosa sepertimana tuan membersihkan barangannya daripada debu. Lebih bersih, lebih kemas dan lebih banyak kelebihannya.

2. Ini antara jalan untuk 'detok' dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan setiap hari sama ada secara sedar ataupun tidak.

Dosa yang banyak akan menghitamkan hati. Seterusnya, menjadikan ia keras dan akhirnya tertutup dari mendapat petunjuk Allah.

3. Jika terlepas puasa pasa hari semalam, 9 Muharram, maka berpuasalah pada hari ini dan esok hari untuk membezakan puasa kita dengan golongan Yahudi.

4. Jika belum makan atau minum sebelum gelincir matahari (masuk waktu Zohor), maka niatlah puasa pada hari itu kerana puasa sunat, sempadan tamat niatnya adalah sebelum masuk waktu Zohor. Syaratnya, tidak makan dan minum sepanjang pagi hingga gelincir matahari.

Lafaz niatnya: Sahaja aku berpuasa tanggal 9 @ 10 @ 11 Muharram kerana Allah taala.

Waalhua'lam.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...