Sunday 13 September 2015

Posted by Unknown On Sunday, September 13, 2015

Assalamualaikum semua visitor wafiqulya.

Saya doakan semua yang membaca, like dan share post ini kaya berjaya dalam hidupnya dan diberkati serta dipermudahkan segala urusan seharian.

Kali ini saya kongsikan satu psot menarik dari seorang rakan FB mengenai seorang lelaki, suami dan bapa yang hebat dan betapa sesalnya kita sebagai ibu bapa bila memikirkan....."Kalaulah boleh diputarkan masa, ketika anak-anak masih kecil..."

Anda teruja untuk tahu kisahnya. Teruskan bacaan anda. 

Saya jamin, anda takkan rugi apa-apa tapi pasti anda akan berakhir dengan teruja untuk menjawab persoalan tadi.

KISAH HEBAT SUBUH SEORANG LELAKI 

Hampir setiap awal pagi, saya mesti nampak bapa muda ini, di apit oleh 2 anak lelaki kecilnya, bersolat Subuh di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam.

Saya sangat terpesona, betapa seorang abah yang masih muda berupaya dan berusaha bangun sangat awal pagi, setiap hari, dan menjadikan solat Subuh di masjid sebagi amalan rutinnya.

Saya bertambah kagum bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.

Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka akan duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.

Kata Mr Hubby yang juga sering memerhati, setiap kali seusai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa berdoa panjang sekalid an anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya menanti.

Paling saya suka melihat mereka berdua si kecil comel, bersongkok dan berkopiah setiap kali, tanpa lupa.

MasyaAllah, andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah, sedari masa rebung mereka.

Untuk brother yang belum saya kenali, saya meminati anda suami isteri dan anak-anak dari jauh.

Dalam hati, saya menyimpan hasrat untuk berkenalan mesra dan bersahabat. Saya percaya, banyak yang saya boleh saya belajar dari saudara.

Semoga Allah merahmati kehidupanmu sekeluarga.
.

Bagaimana perasaan anda setelah membaca kisah benar ini?

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...