Saturday 12 September 2015

Posted by Unknown On Saturday, September 12, 2015

Assalamualaikum buat semua pengunjung wafiqulya.

Saya doakan semua yang membaca, like dan share post ini mendapat keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada ilmu tentang solat Dhuha, persoalan hutang Dhuha dan cara membayarnya. 

KONSEP HUTANG DHUHA

Ustaz Yusuf Mansur dari Indonesia sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Di dalam bukunya bertajuk “Undang Saja Allah. Belajar Syukur. Belajar Yakin”, beliau memperkenalkan konsep “Hutang 2 Rakaat Dhuha”

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. 

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. 

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat Dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat dalam hadis Nabi SAW,

“Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. 

Para sahabat bertanya,"Siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?"

Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran di masjid, tutuplah dengan tanah (buang dan bersihkan) dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. 

Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”. (HR. Imam Ahmad)

Menurut riwayat yang lain, 

“Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Dari 2 hadis ini, kita dapat faham bahawa sekiranya kita tidak dapat melakukan sebarang kebaikan sepanjang siang baik dengan berzikir, membuang kotoran, amar ma'ruf nahi mungkar dan lainnya, maka memadai semua kebaikan itu kita gantikan dengan solat Dhuha sebagai 'zakat' anggota badan itu.

Dari hadis ini, agak-agak bayak tak hutang kita kepada Allah selama ini?

Dhuha buat pencari keberkatan rezeki.

BANYAKNYA HUTANG!

Ada di antara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. 

Bahkan ini baru hutang Dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setiap hari kita berhutang Dhuha 2 rakaat selama setahun, agaknya berapa rakaat yang perlu kita bayar? 

Setahun mengandungi 365 hari darab dengan 2 rakaat dhuha. Jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat!

Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?

Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? 

Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?

CARA BAYAR HUTANG DHUHA

Untuk menjawab persoalan tersebut, jom lihat apa yang diceritakan Ustaz Yusuf Mansur tentang hal ini. 

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. 

Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.

Ustaz dengan pantas bertanya,“Ada mengamalkan solat Dhuha selama ini?” 

Kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. 

Kemudian secara langsung ustaz menjawab,“Patutlah Allah mengambil (melalui pencuri) duit tersebut. Diambil Allah wang tersebut sebagai 'ganti' hutang rupanya”. 

Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? 

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi? 

Anda rasa bagaimana? 

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz:

“Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. 

Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. 

Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. 

Dalam sekitar 8760 hari itu saya berhutang 17 520 rakaat. 

Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”.

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. 

Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. 

Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. 

Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Inilah namanya MLM (multi level marketing) untuk mendapat keuntungna pahala.

Doa Dhuha yang sangat dahsyat!

IKUT CARA SENDIRI

Namun, pasti akan ada yang bertanya,“Tapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. 

Pasti akan terdetik di fikiran sesetengah antara kita. Jika kita tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata kita mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang kita selesa.

Jika ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. 

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. 

Jika anda seorang pengacara radio atau televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha di dalam percakapan anda. 

Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. 

Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha di setiap pagi. 

Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara kita mampu membayar hutang tersebut jika kita berterusan menyeru dan memotivasikan orang disekeliling kita tentang kelebihan solat sunat dhuha. 

Oleh kerana saya juga merasakan bahawa diri saya juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka saya rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. 

Moga-moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha saya selama ini.

Tapi jangan lupakan satu perkara,"Hutang itu wajib dibayar. Tapi jika ada tunai di tangan, janganlah mengadakan hutang lagi."

Maksudnya mulai sekarang, lakukanlah Dhuha. Jangan sengaja berhutang lagi. Yang lepas kita bayar hutang. Yang sekarang kita tunaikan dengan sebaiknya.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...