Saturday, 29 June 2013

Posted by Unknown On Saturday, June 29, 2013
Barangan yang diraampas dalam serbuan tersebut.

Kuala Lumpur: Kelicikan seorang mak nyah berusia 40 tahun menjual produk suntikan vitamin C tidak berdaftar melalui Internet sejak dua tahun lalu berakhir apabila rumahnya di Cheras, di sini, diserbu Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor (CPFS), semalam.

Hasil serbuan jam 10 pagi itu, pelbagai jenis produk suntikan vitamin C bernilai RM55,750 yang disimpan dalam sebuah bilik yang dijadikan sebagai stor, dirampas.

Ketua Seksyen Pencegahan dan Kesedaran Pengguna, CPFS Halimi Mat Piah berkata, pihaknya mengambil masa sebulan untuk menjejaki suspek berikutan alamat pengirim yang digunakan berbeza dan ada antaranya palsu.

“Sebaik menerima aduan awam, kami menjalankan siasatan dan seperti biasa menyamar sebagai pelanggan sebelum membuat pembelian bagi mendapatkan alamat pengirim pada bungkusan yang diterima.

“Bagaimanapun, taktik itu gagal kerana suspek sentiasa bertukar alamat dan semua yang tertera pada bungkusan itu bukan alamat miliknya,” katanya.

Katanya, lebih merumitkan lagi apabila mereka turut menggunakan nama samaran pada akaun Facebook dan blogspot untuk mempromosikan dan memasarkan produk terbabit.

Menurut Halimi, suspek menjual produk berkenaan RM200 hingga RM350 sekotak iaitu dua kali ganda daripada harga kos.

“Ramai yang tidak tahu sebenarnya tiada satu pun vitamin C dalam bentuk suntikan yang berdaftar dengan Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) kerana tiada jaminan kualiti, keberkesanan dan keselamatan,” katanya.

Difahamkan, suntikan vitamin C turut mempunyai kesan mudarat yang membahayakan kesihatan seperti cirit-birit, alahan, gastrik, batu karang dan masalah kegagalan fungsi buah pinggang sekiranya diambil dalam jangka masa panjang.


So, kepada kawan-kawan yg lain, sila berhati-hati dengan sebarang produk kesihatan yang anda gunakan. Gunakan yg bersih, selamat dan halal. Anda juga boleh cuba menggunakan supplement Shaklee yg ternyata lebih berkesan dan mendapat pengiktirafan supplement yg kedua terbaik dan paling popular di seluruh dunia. Apa tunggu lagi. Jom menggunakannya.
INGIN mencubanya. Segalanya tentang Shaklee, hubungi saya:

Mohd Taufiq
H/P: 011-27819827
MAIL: cikgumat86@yahoo.com

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...