Monday, 1 July 2013

Posted by Unknown On Monday, July 01, 2013
Assalamualaikum kepada semua pembaca..

Alhamdulillah semalam baru balik dari Seminar Hidup Luar Biasa anjuran Richwork Sdn Bhd yg membawakan speaker terbaik Asia, Dr Azizan Osman (DAO). Saya cuma nak sharing dengan anda beberapa nasihat berkaitan hidup dan kewangan untuk panduan kita bersama.

Saya YAKIN setelah membaca semua pesanan ini anda tidak boleh tidak, PASTI akan mencari potensi anda dalam dunia perniagaan ini dan SOAL HIDUP anda 10 tahun akan datang. Sila baca dengan teliti dan terbuka. Jangan sabotaj diri anda sendiri dengan MENAFIKAN perkara benar yg berlaku dalam hidup anda atau anda tidak mahu BERUBAH untuk kualiti hidup yg lebih baik.

Antara perkongsian yg diberikan:

1- TAKZIAH kepada anda yg suka hidup SELESA (comfort zone) tetapi tidak mau bina hidup yang LEBIH SELESA (better zone). Anda lebih baik jadi HAMBA MANUSIA dari jadi manusia!

Selesa dengan apa yg ada, itu bagus...TAPI :
i) Selesa SANGATKAH kalau duit gaji yg masuk hanya bertahan sehari untuk bayar hutang sebulan yg lalu...hari kedua bank statebank dah tinggal bawah dari RM 200?

ii) Selesa SANGATKAH kalau sebelum membeli apa2 barang anda terpaksa berkira-kira untuk membelinya takut2 OVER BUDGET untuk bulan tu?

iii) Selesa SANGATKAH kalau hendak menghulurkan RM 100 untuk ibu bapa pun hanya ikhlas separuh hati?

iv) Selesa SANGATKAH kalau hendak beri sedekah RM 5 pun anda bersoal siasat orang yg meminta kepada anda seperti polis?

v) Selesa SANGATKAH kalau anda perlu main 'kutu' semata-mata untuk dapatkan impian beg tangan anda 3 bulan dari sekarang?

vi) Selesa SANGATKAH kalau nak berkahwin pun terpaksa berhutang dengan perjanjian selesai bayaran untuk 10 tahun akan datang?

Nak ikhlas bagaimana kalau anda sendiri tersepit dalam gaung hutang anda. Saya tak kata anda, saya sendiri begitu, cuma saya 'tersedar' awal. Saya usaha untuk UBAH hidup saya!! saya tak nak lagi hidup BIASA-BIASA. Saya nak jadi manusia LUAR BIASA. Nak tau caranya..nanti saya terangkan.

Lihat, timbang dan nilaikan sendiri..Your life your choice!

2-Saya tanya anda sekarang, berapa gaji graduan lulusan diploma? Tentu ramai akan jawab antara RM 900 hingga RM 1200 dan paling tinggi RM 1500. Saya nak tanya anda, siapa yg tentukan hanya sebanyak itu nilai diri mereka dengan segulung diploma sedangkan yg tentukan semua tu adalah lecturer2 mereka dan  pihak industri di sekeliling mereka yg menguasai bidang2 berkaitan. 

Buka mata anda, lihat sendiri siapa Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari, budak lulusan SPM je kot.....tapi sekarang adalah antara orang yg TERKAYA di Malaysia...SPM ok tapi yg diploma kita letakkan potensi yg khusus untuk mereka. Serendah itukah nilai mereka sedangkan anda tau berapa hutang PTPTN yg ditanggung untuk dapatkan sekeping kertas Diploma tu....RM 72 000 untuk bidang kejururawatan, tak kurang RM 50 000 untuk bidang kesihatan, RM 30 000 untuk bidang rekreasi dan hospitaliti.... Saya tau sebab saya lecturer dan anda juga tau kerana mungkin ANDA juga yg menanggung hutang tu!!!

3-Ibu bapa sentiasa mahukan yg TERBAIK untuk anak-anaknya TETAPI mereka hendak berikan yg terbaik berdasarkan apa yg mereka tahu. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa banyak lagi yg mereka tidak tahu. Kalau anda faham bagus. Kalau tak faham, sini saya terangkan.

Maksud saya, setiap kali kita buat keputusan untuk hidup pasti ibu bapa akan berikan pendapatnya yg dianggap terbaik sedangkan BUKAN. Buktinya lihat sekeliling kita. Apabila anaknya ingin menyambung pelajaran, tentu dicadangkan sekian kerja dengan detail gajinya. Mana ibu bapa tu tahu, sebab anak rakan sebelah rumahnya begitu...Kalau yg sebelah rumah tu kerja Jururawat, maka si ibu atau bapa akan cadangkan untuk kerja jururawat juga, katanya senang dapat kerja nanti ditambah dengan elaun yg agak banyak bagi sesetengah orang tambah lagi dengan kerja membantu orang, mulia kerja tu!!

Kadang-kala yang dikatakannya,"Engkau kerja kerajaan je lah..Mak tengok anak si Bedah tu bukan main senang, baru setengah tahun tau kerja dengan gomen tu". Betul tak? Sebab perubahan 'TERBAIK' ibu bapa itu berdasarkam maklumat terkini yang dia dapatkan, bukan dari sumber yg benar. Nak sumber dari mana lagi kalau dah nabi sendiri jamin 9/10 rezeki adalah dalam PERNIAGAAN, bukan makan gaji.

Orang yang berbisnes boleh dapat apa yg orang biasa dapat setelah berhempas pulas puluhan tahun hanya dalam masa tak sampai setengah tahun...Sebabnya dia TAHU cara, ada MENTORnya, tinggi IMPIANnya dan sanggup MENCUBA sesuatu yg luar biasa.

4-Kita lihat hidup kita yg BIASA. Kita ulang alik ke tempat kerja BIASA dengan kerja yg BIASA kita lakukan setiap hari. Kita lalu jalan yang BIASA sejak bertahun-tahun lamanya dengan kenderaan yg BIASA kita naiki dengan sikap BIASA yg kita amalkan, bila jalan je, kita menjerit kemarahan, bila jalan tenang , kita meroket tanpa pandang kiri kanan. Maklumlah...nak cepat sampai ke rumah BIASA kita. Lama mana tu? Mungkin hingga kita PENCEN atau MATI!!!


Jangan salahkan kerja BIASA anda, salahkan siri sendiri kerana tidak nampak PELUANG yg lalu di depan mata. Hendak jadi LUAR BIASA? Kurangkan yg biasa kita lakukan. Itu nasihat orang BERJAYA...Buat sesuatu yg luar biasa kerana jika otak anda ditrain untuk melakukan yg BIASA2, nanti dia tak mampu terima perubahan yg LUAR BIASA secara tiba-tiba.

5-Jika hari ini gaji anda RM 2000 - 2500 sebulan dan saya berikan anda RM 25 000...Apa yg anda akan lakukan untuk jumlah sebesar itu?

Saya cuba jawab soalan ini untuk anda...Saya pasti anda akan HABISKANNYA untuk kereta anda, pakaian dan aksesori anak-anak anda, membeli barangan di mall yg gah, barangan rumah yg kurang dan pelbagai lagi.

Mengapa dihabiskan? Sebab anda hanya BIASA dapat dan belanja RM 2000-2500 sahaja. So bila dapat RM 25 000, apa yg otak anda lakukan, HABISKAN juga..kerana KEBIASAANNYA setiap jumlah yg anda dapat, anda HABISKAN untuk bayar hutang dan memenuhi pelbagai impian BIASA yg ditangguhkan hingga anda berwang.

Orang yg LUAR BIASA gunakan jumlah ini untuk MELABUR bukan MENGHABIS. Bagaimana nak melabur kalau ilmu pelaburan tiada. Tiada pula mentor yg baik dan ingin benar-benar membantu serta sistem pelaburan yg baik. Bisnes adalah jalan terbaik....TETAPI adakah anda sanggup MENCABAR diri untuk itu??? Ini soal penting. Hendak melakukan perkara yg LUAR BIASA bukan tindakan orang biasa tetapi itu tindakan BERANI MATI ORANG YG LUAR BIASA.


6-Konsep SYUKUR Islam vs SYUKUR orang Melayu.
Konsep syukur dalam Islam adalah berdasarkan apa yg Allah ajar dalam kitabNya," Jika kamu bersyukur kepadaKu, aku akan tambahkan lagi (rezeki) untukmu" manakala konsep syukur orang Melayu..."Syukurlah apa yg ada sekarang, nak kejar mana, semua MATI juga nanti, TAK BAWA apa pun kecuali yg dibuat atas tikar sejadah tu je".

Nampak tak? Buka mata luas-luas. Nampak tak?! Syukur orang Melayu mematikan usaha TETAPI syukur orang Islam menghidupkan pelbagai usaha. Mengapa tidak? Orang Islam diajar usahalah untuk hidup di atas dunia seumpama anda hidup untuk 1000 tahun dan sekiranya anda inginkan rezeki bertambah, sila bersyukur dan berusaha lagi. Tanda bersyukur itu adalah USAHA.

Lihat solat kita. Bukankah difardhukan 5 kali sehari, selama umur kita di dunia. Bukankah solat itu tanda syukur, tetapi kenapa hingga seumur hidup dilakukan? Kerana orang yg bersyukur terus berusaha. Kerana syukurlah dia mengadap tuhanNya 5 kali sehari........ setiap hari hingga tiba penghujung hayatnya.

Tolong jangan lihat ibadat hanya di atas tikar sejadah sedangkan Islam mengajar umatnya untuk beribadat di mana sahaja, dalam apa aspek kehidupan juga hatta mengumpulkan KEKAYAAN juga. Maka tidak hairan kalau nabi bersabda," Hampir-hamir kufur orang yg miskin itu". Miskin apa tu? Miskin ILMU dan HARTA!!!

Insyaallah saya akan sambung kemudian hari perkongsian ni. CUMANYA sekarang saya nak lepas baca post ni, ambil pen dan kertas, tulis atau lukis apa yg anda inginkan dalam hidup ni....dengan hati dan perasaan yg ikhlas. APA YG ANDA BENAR-BENAR INGINKAN. Nak bahagiakan ibu bapa anda? Nak pergi melancong keluar negara? Nak rumah dan kenderaan yg lebih selesa? Nak berikan yg terbaik untuk anak-anak? Terpulang kepada anda.

Ini bukan yang Dr Azizan minta saya lakukan, tetapi saya kongsi juga sebab saya tau DAO nak semua orang tau tentang ini semua. Anda nak kata DAO cuba untuk kumpul kekayaan dia dengan program motivasi ni...terpulang....sebab saya KENAL SANGATTTTT orang Melayu, kalau boleh semua dia nak FREE...bila dapat FREE dia buang ikut suka hati dia je...  tapi bila kena bayar...dia cakap,"Eleh, nak kumpul duit la tu" sambil buat muka nak makan penampar.

Demi Allah saya tak kenal pun DAO tapi saya respek sebab saya tau dia kaya, saya tengok rekod sahamnya. Dalam 5 minit boleh untung RM1 juta. So, kenapa dia buat program ni semua? Sebab dia dah KAYA sebagai proven figure untuk bercakap depan anda. Kalau anda sanggup BAYAR beribu RINGGIT untuk jadi KAYA dalam pelbagai seminar DAO tapi anda tak mampu BAYAR diri anda dengan PERUBAHAN, maaf kalau saya cakap anda orang yang banyak ALASAN, KOMPLEN dan suka SALAHKAN orang lain atas kegagalan anda sendiri. Ingat anda bayar dia untuk dapatkan RAHSIA KEKAYAAN bukan untuk anda jadi JUTAWAN!! Analoginya, anda bayar guru anda untuk dia ajar anda tetapi bukan untuk dia dapatkan kerja untuk anda...Dah dapat ilmu, carilah KERJA dan KEJAYAAN sendiri,FAHAM!!!!

Ikhlas saya nak tanya anda...kalaulah BOSS anda sekarang yang mampu beli Lamborgini Aventador berharga RM 4-5 juta tawarkan kepada anda untuk gaji anda dinaikkan dari RM 2000 ke RM 20 000 dalam masa kurang 6 bulan dengan syarat hadir kursus 2 hari dan BOSS anda yg kaya gila tu nak share RAHSIA dia dengan anda, sanggup tak anda bayar berapa pun yg dia minta?!

Ni masalah orang Melayu yg sangat sukar saya selesaikan. DENGKI + IRI HATI + BODOH SOMBONG yg tak bertempat.

Sebab tu bila ada beberapa orang ustaz tegur saya,"Kenapa masuk Shaklee?" Sebab katanya urusniaga Shaklee tu ada unsur syubhat...Saya kata pada dia, "Sila buktikan. Kalau benar saya keluar dari Shaklee sekarang jg". Akhirnya beliau diam tak berkutik dan saya terus sound direct di depan dia,"Saya graduan terbaik seluruh Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin dan Dakwah, tahun 2009 (boleh check dengan Kementerian Pendidikan sekarang)....Saya tau apa yg saya buat....Bukan nak sombongkan diri tapi tolong jangan jadi BIAWAK, menyusahkan masyarakat Islam dengan pandangan agama yg sempit sedangkan ISLAM itu luas, men'syubhatkan' sesuatu yg jelasnya harus adalah kerja orang yg bukan USTAZ, faham!!!".

Saya sambung lagi, sebab orang begini tak boleh ditegur kecuali orang yg sama bidang dengannya,"Kamu pegawai agama Islam kan? Kamu tau kan, tiada satu pun saham bank di Malaysia termasuk Bank Islam dikategorikan sebagai harus dijual belikan oleh orang Islam pada papan Bursa Saham Malaysia (BSKL)? Kamu tau kan ini hasil penelitian Jawatankuasa Syariah Bursa Saham Malaysia yg ahlinya bukan ustaz biasa tapi pakar ekonomi Islam dunia? Kenapa kamu tidak create satu kertas kerja dan bentangkan kepada bos kamu? Kamu ada jawatankan dan kamu rasa kamu tau segalanyakan?" dan beliau diam lagi, mungkin dah menundukkan kepala tanda serah kalah kepada REALITI ekonomi Islam yg sebenar. (Saya tak nampak dia sebab kami hanya bincang dalam mesej FB je)


Sebab itu saya share dengan semua...Memang itu niat saya sejak sebulan sebelum saya masuk Seminar Luar Biasa DAO tu untuk share dengan pembaca2 setia saya. Saya berubah untuk jadi LUAR BIASA sebenarnya sebelum seminar ini lagi, sebab saya tau saya tak mungkin BERUBAH kalau saya tidak ada hati untuk BERUBAH.

Saya benar-benar BERUBAH dan saya gembira dengan keputusan saya. Saya join bisnes yg saya sedang lakukan sekarang.. Anda tau apa kata rakan kongsi atas*** sayaterhadap saya,
"Akak minta maaf kalau sblm ni x sempat nk guide awk sgt. Speed awk laju x terkejar. Hehe. Skrg akak tgh improve method of guidance, dah dpt guide dari leaders yg atas2. So Any help needed just let me know k."

Hingga rakan kongsi atas saya kena minta guide dari rakan kongsi atasnya lagi untuk imbangkan KELAJUAN MOMENTUM saya. Inilah SAYA. Saya yg Allah sebut dalam hadis qudsinya,
"Sesungguhnya Aku suka apabila seseorang dari kamu melakukan sesuatu kerja, kamu lakukan bersungguh-sungguh". Saya ini jugalah yg difirmankanNYA," Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian". Nabi sendiri bersabda,"Hiduplah kamu di dunia seumpama kamu akan hidup 1000 tahun dan bersedialah untuk akhirat kamu seperti kamu akan mati pada esok harinya".
So, kita ni sempurna, TERLALU SEMPURNA untuk jadi makhluk yg biasa-biasakan? JOM JADI LUAR BIASA hingga malaikat sendiri sujud hormat kepada kita dan bapa kita yg LUAR BIASA, Adam a.s. Kita KEJAR DUNIA & AKHIRAT. Kita boleh solat dengan khusyuk ke kalau kita ada hutang RM 40 000? Kita boleh tidur ke kalau Nabi sendiri jamin orang yg mati BERHUTANG, Allah tak terima rohnya!!!


Saya tahu tentang RAHSIA ekonomi umat Islam tetapi sekarang baru saya buka untuk semua pembaca. Terpulang kepada tindakan anda selepas ini, sama ada masih nak jadi seorang Muslim Melayu biasa atau LUAR BIASA!!!! Atau masih hendak jadi HAMBA orang atau TUAN dalam diari hidup anda sendiri...Terpulang...Keputusan di tangan anda.

Jika anda ingin join bisnes dengan saya....beri saya RM 75 maksimum (yuran seumur hidup) + 100% kesungguhan + 0% komplen atau alasan....dan saya akan PAKSA anda untuk KAYA dan BERJAYA. Kita bergerak sama-sama. Jika tidak mahu, sila buat bisnes yg anda suka dan niatkan untuk bantu orang lain dan MAKLUMKAN kepada saya. Bukan saya minta share pun tapi sebab saya GEMBIRA dan BERDOA yg TERBAIK untuk anda :). Saya gembira kerana anda bertindak untuk BERUBAH, saya berdoa kerana sebuah hadis nabi,"9/10 rezeki ada dalam perniagaan". Saya berdoa supaya Allah jamin rezeki perniagaan anda sepertimana Nabi janjikan dalam hadisnya ini.


Jika anda marah kerana saya bebelkan anda, saya terima..sebab Nabi dimarahi oleh bangsanya malahan dihalau kerana nak ubah perkara yg BIASA tu..Kalau anda terima nasihat saya, BERUBAH secepat mungkin...sebelum MOMENTUM perubahan dalam diri anda malap dan niat hanya mati sekadar niat.

*** Dalam Shaklee kami lebih suka sebut rakan kongsi dari upline dan downline sebab bisnes ni berkembang bukan atas dasar konsep upline goyang kaki dan downline kerja separuh mati, tapi kami bekerja sama-sama.

**** Jika anda sukakan artikel ini, sila tekan butang LIKE di atas dan kongsikannya bersama rakan-rakan anda yg lain...Satu klik anda mungkin dapat mengubah HIDUP MATI seseorang, jadi berusahalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan yg anda kasihi.

6 comments :

  1. nice post, ustaz... tq for sharing this info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala....biasa je
      nk SEDARkan manusia...hehe:)

      Delete
  2. Artikel bermotivasi tinggi! Tahniah saya ucapkan. :)

    ReplyDelete
  3. Gitu la cikgu ngan orang melayu kita......DENGKI + IRI HATI + BODOH SOMBONG yg tak bertempat.....tahniah!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah manusia..itulah perjuangan yg besar untuk membuka mata orang Melayu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...