Tuesday, 13 August 2013

Posted by Unknown On Tuesday, August 13, 2013
Sehari sebelum raya dan semalam, saya berada di atas Lebuhraya Utara Selatan selama hampir 16 jam. Semuanya kerana untuk menyambut hari lebaran, Aidilfitri bersama keluarga di kampung. Jika tidak, pasti tak sanggup berada selama tempoh itu tanpa kerja yang bermanfaat.

Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya untuk berbincang bersama para pembaca blog saya ini mengenai sikap sebahagian besar 'lady driver' di negara ini. Sambil ditemani siaran radio yang sering diubah-ubah mengikut skema perasaan sendiri, sempat saya perhatikan beberapa point menarik untuk perkongsian bersama.

Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini. Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita walaupun sebenarnya pemandu lelaki lebih banyak terlibat dalam kemalangan.


KELEBIHAN & KEKURANGAN

CEKAP DAN TANGKAS


Dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa memang mengagumkan tetapi tolong katakan 'TIDAK' ketika memandu. Tapi situasi ini dapat dilihat apabila menaiki kereta yang dipandu wanita. Bercakap telefon atau menghantar SMS adalah situasi biasa, namun ada sebahagiannya mampu bersolek, rakam gambar sendiri dan update di FB dan media sosial lain malah betulkan rambut dan tudung ketika memandu. Lebih drastik apabila semuanya dilakukan serentak!

Wanita juga terkenal dengan keupayaan 'multi tasking' dan mampu mengaplikasikan teknik ini ketika memandu. Tak hairan lah kalau dalam serabut jam tu, ada wanita yang masih boleh melukis kening, membaca komik mangga dan novel, potong kukudan sebagainya. Sungguh, tak tipu. Wanita hebat memang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Lelaki boleh tak??


TERTIB SEPANJANG MASA

Wanita memang sinonim dengan sikap tertib. Tapi kalau sikap itu ditonjolkan pada waktu dan tempat tak sesuai, memang boleh bikin pemandu lain menyirap. Contoh yang jelas ketika menukar lorong perlahan ke laluan laju. Sudahlah memandu 60 km/pj di lorong kanan, habis sangkut kenderaan lain di belakang sebab tak boleh nak memotong.


Lagi satu hal memang melecehkan. Bagus kalau memandu selalu beri isyarat sebelum keluar masuk simpang atau tukar laluan. TETAPI bayangkan, kalau setengah jam berkelip-kelip lampu isyarat tapi keretanya tetap di lorong sama, tak ada gunanya.


KAKI GAGAP

Sikit-sikit nak pijak brek! Itu antara situasi paling tidak disukai ketika sedang memandu apabila ‘terserempak’ dengan pemandu lain yang suka tekan brek kereta. Dan si jejaka berpendapat, kebanyakan perlakuan ini dimonopoli pemandu wanita. Walaupun jarak kereta di hadapan boleh muat sebuah lori treler, tapi kaki asyik memijak brek.

Asasnya, jika tidak yakin dengan kelajuan kenderaan, kekal saja di lorong perlahan. Perlu pandai mengimbangkan kelajuan kenderaan dan fokus dengan jarak lebih-lebih lagi waktu kesesakan lalu lintas untuk mengelakkan kereta anda ‘dihentam’ pemandu lain.


TERAGAK-AGAK

Kebanyakan ‘lady driver’ cepat rasa takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal membuat keputusan dengan tepat. Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda rasa bimbang bahawa dia akan terbabit dengan kemalangan, contohnya seperti memandu melulu dan rasa diri seperti pemandu Formula 1. Saya masih tertanya-tanya, adakah faktor ini menjadi salah satu punca kerajaan Arab Saudi mengharamkan wanita memandu? Mungkin mereka tahu bahawa kebanyakan wanita akan memandu ikut rasa hati tanpa fikir panjang.


BANYAK FIKIR

Melihat kepada cara pemanduan, perempuan didakwa suka memikirkan pelbagai perkara dan terlalu banyak pertimbangan sehingga menimbulkan tindakan terlalu berhati-hati dan jadikan mereka teragak-agak. Sebagai contoh, kadang-kadang penglihatan dan fikiran membuatkan jarak sesebuah kereta jadi lebih dekat walaupun hakikatnya pada ketika itu, kenderaan dipandu masih sempat keluar simpang.


Oleh kerana pergerakan lelaki lebih pantas dan kelebihan dalam mengagak, kadang-kadang mereka menjadi terlalu yakin sehingga boleh dikatakan kebanyakan jejaka selalu memandu laju. Kesimpulannya, sikap teragak-agak dan terlalu yakin menimbulkan risiko.


TERLALU PEMARAH


Pemandu Wanita Malaysia telah didapati lebih pemarah daripada lelaki apabila memandu. Ini adalah hasil kajian lima tahun yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

Kaji selidik ini adalah untuk mengenal pasti bilangan pemandu gelisah, dikategorikan di bawah tiga kumpulan – pemandu tahap tinggi marah, pemandu tahap sederhana marah dan pemandu tahap rendah marah. Pihak penyelidikan MIROS dan kumpulan psikologi Karen Goonting mengatakan walaupun kecenderungan mereka untuk menjadi pemarah, mereka juga kurang terlibat dalam kemalangan kerana mereka cenderung untuk menyimpan kemarahan secara dalaman.

Satu lagi penemuan yang mengejutkan kajian ini adalah demografi statistik di negari mana paling ramai dapat jumpa pemandu wanita pemarah ini.  Terengganu adalah pekan yang aman, tetapi mencatatkan tempat pertama dalam senarai peratusan pemandu pemarah di Malaysia. Negeri yang tercatat di tempat kedua dalam senarai itu adalah Melaka manakala Kuala Lumpur di tempat ketiga. 

Kedah muncul sebagai negeri yang mempunyai bilangan pemandu pemarah yang paling kurang (bangga sekejap). Mungkin disebabkan banyak sawah padi di sana dimana ia membawa kesan menenangkan hati pemandu di sana.


Secara ringkasnya, tak kira pemandu itu lelaki atau ­perempuan, cara kita memandu memang berbeza. Jadi, ­tidak adil sekiranya hanya cara pemanduan ­perempuan asyik diperkatakan. Kedua-duanya punya sikap ­positif dan negatif yang sukar dihurai. Apa yang penting, ­lebihkan sikap bersabar dan hormat menghormati ketika memandu untuk elakkan dapat ‘dosa kering’.

TIPS MEMANDU JARAK JAUH

1. Pilih kedudukan dan waktu yang anda selesa - Pemanduan waktu malam kurang meletihkan dan keadaan trafik juga kurang sibuk. Perlu fokus lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang hari.

2. Pakai cermin mata hitam jika memandu pada waktu siang. Kesannya amat ketara dan anda akan jadi lebih tenang.

3. Pilih posisi selesa sebelum memandu.

4. Sediakan air yang mampu untuk memulihkan tenaga. Untuk lebih afdal, wuduk juga memulihkan kesegaran.

5. Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.

6. Pilih kelajuan yang tenang dan jarak sesuai dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap, terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.

7. Berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pemandu lain.

8. Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana saja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain.

9. Kalau kereta berhawa dingin, buka tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta. Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan serta stress.

10. Anda juga boleh mengambil makanan tambahann/suppliment untuk sentiasa segar di dalam perjalanan. Pastikan Shaklee pilihan utama anda. Anda boleh mengambil multivitamin Vita Lea, B Complex untuk peredaran darah yang baik dan vitamin c yang menyegarkan anda. Rujuk sini  untuk cerita selanjutnya.


11. Paling penting, jangan lupa baca doa sebelum perjalanan!

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".
**Jika ada yang ingin komen, dipersilakan ye. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...