Monday 23 September 2013

Posted by Unknown On Monday, September 23, 2013

Bagi mereka yang se­ring rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.

Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan. Tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.

Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah. Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan. Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang.

Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu. Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.

Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang. Batuan terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi me­ngurangkan masalah terbabit..

Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif. Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.

Jika satu ketika dulu individu yang mengalami­nya berusia 40 tahun ke atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya. Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera.

Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara ­hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan me­ngandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik me­ngandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.


Pe­nyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:

Kolik hempedu

Ia berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut di tengah pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit mengalami kekejangan. Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian belakang. Jika kolik hempedu berlaku dalam masa singkat serta menyebabkan kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi radang (acute Cholecystitis).

Kronik Cholecyctitis

Keradangan kelenjar pankreas.

Gejala batu karang dalam hempedu:

  • Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
  • Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
  • Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
  • Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
  • Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas
  • Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa). 
  • Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Kaedah atau rawatan 

i- Pembedahan
  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. 
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan meng­gunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis ­dengan sistem lampu dan kamera video kecil.

Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. 
Pundi hempedu ­dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati ­terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

ii- Bukan pembedahan

Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
  • Pil garam hempedu. 
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan. 

Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.

PETUA (Sumber: Dr Hamid Arshat)

Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi petua ini dengan semua. Jom baca apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan batu karang ni dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones).

  • Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
  • Hari ke-6 jangan makan malam
  • Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
  • Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
  • Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
  • InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Batu Karang                                                


• B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
                                           
• Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman
                                          
• Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
                                               
• Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
                                              
• Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi
                                                  
• Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang
                                         
• Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut

Untuk mendapatkan suplement Shaklee, boleh hubungi saya melalui Whatsapp/SMS di talian, 0192486694

7 comments :

  1. Assalamualaikum nak bertanya pada siapa yg tahu..saya baru je dpt tahu Ada batu kecil dihempedu saya.. Utk pengetahuan semua..sekarang ni saya buang air besar mesti Ada darah...apakah Ada kene mengena dgn batu ni?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Sebaiknya rujuk kepada doktor perubatan. Dapatkan pengesahan dahulu kerana melalui cerita sahaja, kita tidak dapat sahkan adakah ia disebabkan batu dlm hempedu atau buasir atau lainnya.

    Boleh hubungi saya setelah berjumpa doktor sekiranya ingin menggunakan supplemen yang sesuai.

    Semoga membantu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Ibu saya disahkan ada batu dalam hempedu dan batu itu agak besar..Doktor sarankan agar membuat pembedahan..Tetapi ibu saya mempunyai penyakit kencing manis yang agak tinggi dan mungkin menyebabkan luka pembedahan lambat untuk sembuh..Pada pandangan en macam mana tentang situasi ibu saya? Apakah kesan kesan kalau dia tidak buat pembedahan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM saya puan di no wassup 019 2486694. Atau fb saya di sebelah kanan blog ni untuk bantuan lanjutan.

      Delete
  4. Klu batu dh besar saiz duit 20 sen operate je la...sy dh 4 hr operate buang hempedu...xsakit pn operate cuma kos mahal la ckit...hspital swasta 13 ribu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...