Saturday 21 September 2013

Posted by Unknown On Saturday, September 21, 2013
Isteri-isteri pemimpin dengan beg tangan masing-masing

Assalamualaikum semua.
Ceria-ceriakan wajah anda dengan senyuman. Cerdas-cerdaskan minda dengan bacaan. Jom baca dan bincang bersama.

Hari ni nak cerita pasal orang perempuan dengan aksesori yang tak kurang penting bagi mereka. Ni bukan aksesori pelengkap tetapi aksesori keperluan bagi setiap wanita terutama yang bekerjaya dalam bidang-bidang profesional tertentu. Semakin tinggi taraf seseorang, semakin 'mewah' dan 'berkilauan'lah stor kedua mereka ni.


Beg tangan!!! Jangan dilupa kadang-kala beg tangan juga mampu menjadi 'stor' buat nyawa anda juga jika anda kurang berhati-hati dan berwaspada dengan kelicikan mata dan kebusukan niat di sekeliling anda. Ini yang hendak dibincangkan pada pagi yang ceria ni.

Jenayah dan kes ragut di Malaysia semakin membimbangkan. Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kejadian ini, ada yang cedera parah, muka ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan pelbagai lagi.


Realitinya peragut tidak mengenal mangsa dan mereka jauh lebih kejam dan tidak punya hati perut. Manakan tidak, perut yang diisi dengan makanan dari sumber haram mana mungkin mempunyai belas ihsan terhadap orang lain. Kalau dinamakan peragut, beg tangan peniaga runcit pun boleh diragut kerana itu memang kerja mereka sehari-hari. Walaupun kaum lelaki juga menjadi mangsa, tetapi jumlahnya sedikit dibandingkan wanita. 

Tindakan paling tepat dan selamat apabila diragut, biarkan saja barang-barang diambil. Jangan sesekali cuba untuk melawan kerana ia lebih membahayakan diri sendiri. Pilih antara 2, yang penting sekarang ini, nyawa atau beg tangan anda?! Jangan pula dijawab,"Beg tangan tu 'nyawa' saya". Inilah kebanyakan jawapan wanita yang akhirnya kedua-dua nyawanya, beg tangan dan nyawanya melayang dalam seretan di atas jalan tar yang tajam atau tikaman bertalu-talu sebagai 'hadiah' atas jawapan tersebut.

Kita banyak mendengar mengenai pelbagai penyelesaian yang diberikan kepada jenayah ini yang rata-rata­nya hanya bersifat menyalahkan si mangsa dengan nasihat agar lebih berhati-hati, tidak berjalan seorang diri, membawa beg tangan bertentangan dengan sebelah jalan dan sebagainya.

Namun, ini semua tetap tidak mampu untuk menghalang peragut daripada meneruskan aktiviti mereka. Natijahnya, menurut statistik kes ragut pada 2009 di Kuala Lumpur saja setakat Mac tahun itu, terdapat 1,915 kes ragut dilaporkan iaitu secara puratanya 21 kes sehari! 


Letak segala statistik atau laporan sekali pun, ia bukan jaminan jenayah ini mampu diselesaikan. Namun, sebagai orang awam yang boleh dijadikan sasaran selaku mangsa kepada pihak tidak bertanggungjawab ini, mungkin kita harus pertimbangkan beberapa langkah ini. 

1. Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

2. Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

3. Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.


4. Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

5. Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

6. Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

7. Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

8. Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

9. Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

10. Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.

Semoga ada manfaatnya untuk semua.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...