Wednesday, 6 November 2013

Posted by Unknown On Wednesday, November 06, 2013

Assalamualaikum semua dan salam maal hijrah.
Hari ni masih lagi dikurniakan Allah untuk menulis sepatah dua di blog kesayangan ni.

Sempena hijrah ni, saya ada azam tersendiri seperti para pembaca juga. Azam untuk membina kerjaya & bisnes dalam masa yang sama tanpa mengurangkan KUALITI salah satu daripadanya. Hakikatnya sebagai orang yang bekerjaya sebagai pensyarah di sebuah kolej yang agak ternama di Johor ni, tentulah pelbagai tugasan hakiki tidak dapat dielakkan. Sebagai seorang pekerja, ketelusan, ketepatan, kesempurnaan kerja menjadi asas kepada keberkatan rezeki yang saya dapati melalui kerjaya mulia ini.

Manakala dalam masa yang sama, saya juga menjalankan bisnes secara besar-besaran melalui Shaklee, iaitu jenama supplement terbaik di dunia dan Malaysia. Bukan semata-mata untuk mencari keuntungan, tetapi juga kerana didorong untuk 'memberi' dan menambah sesuatu yang paling bernilai dalam hidup manusia iaitu nilai kesihatan. 

Dari kerana sebuah hadis Nabi SAW,"2 nikmat yang saling diabaikan oleh manusia iaitu nikmat sihat dan masa lapang". Saya memulakan bisnes ini dengan bersungguh-sungguh.


Hurmmm, tentu ramai yang berfikir dan tertanya-tanya,"Bagaimanalah agaknya ye dia boleh buat dua-dua kerja sekali tanpa ada kurang pada salah satu daripada keduanya." Tertanya-tanya boleh, jangan termengumpat sudah. Dosa tau.

Sebenarnya, dalam menguruskan kerjaya sambil disulami bisnes, kita perlu pandai menjaga dan membahagi masa jika tidak mahu ditimpa kegagalan dalam kedua-dua bidang. Risiko besar dalam perniagaan adalah kerugian dan ketidakboleh kepercayaan pasaran kepada anda sebagai pembekalnya. 

MASA UMPAMA PEDANG

Jika pakar bahasa Barat mengatakan,"Masa itu umpama emas" tetapi Nabi SAW mengajar kita,"Masa itu umpama pedang. Jika kamu itdak mengalahkannya, nescaya dia akan mengalahkan kamu".

Nampak tak persamaannya, masa itu perlu DIREBUT, jangan biar ia terlepas tanpa PLANNING yang baik. Apa yang saya lakukan dalam bisnes ni adalah sangat mudah. Jom kita kongsi bersama.


1. Bahagikan seharian kepada 24 jam.

8 jam untuk berehat, 8 jam untuk kerjaya dan 8 jam lagi untuk berbisnes dan urusan bisnes. Sebenarnya dalam bisnes saya ni, masa untuk 'couching' anak buah adalah lebih banyak dari urusan-urusan bisnes yang lain. Nak sharing di FB, berapa minit sangat. Nak order barang hanya di hujung jari. Hantar barang? Tiada dalam kamus bisnes Shaklee ni. Semuanya Shaklee uruskan. Saya dan group saya yang awesome ni hanya uruskan bahagian marketing sahaja. Keywordnya adalah 'Just Sharing'.

2. Biasakan untuk mengutamakan solat di awal waktu. 

Sebaik manapun anda dalam kerjaya atau berbisnes, anda tidak akan ke mana melainkan anda memerhatikan urusan anda dengan Allah SWT. Solat yang paling utama. Orang yang BERJAYA mendirikan solat, terutamanya di awal waktu ditambah pula dengan berjamaah, anda akan BERJAYA dalam urusan dunia anda, jika anda GAGAL dalam urusan solat anda, jangan terkejut jika Allah menarik anda ke arah KEGAGALAN juga.

Ingat selalu pesan Nabi SAW,"Solat itu tiang agama. Barangsiapa mendirikan (hak) solat, nescaya ia telah membangunkan agamanya. Barangsiapa yg meruntuhkan (hak) solat, nescaya ia telah meruntuhkan agamanya".

Ingatlah, bahawa agama itu adalah kehidupan. Hidup kita tergantung kepada solat. Baiki solat anda, Allah pasti baiki KUALITI hidup anda.

3. Sediakan masa untuk solat Dhuha

Masa yang ada terlalu pendek jika kita gunakan semata-mata untuk berusaha mencari sedikit bekalan dunia tanpa Allah sebagai tujuan utamanya. Pasakkan usaha kita bersama solat Dhuha. Itu kunci pintu rezeki. Tak perlu nak masuk kursus banyak-banyak, kemudian mengadu masih belum berjaya jika solat sunat 2 rakaat ini pun kita jarang lakukan atau tidak pernah lakukan. 

Kata orang, "Masa terasa pendek apabila kita bersama orang tersayang". Betul perkataan ini apabila dinisbahkan kepada manusia sesama manusia. Tetapi dalam Islam,"Masa terasa panjang apabila kita bersama Tuhan yang kita sayang". 

4. Kerjaya di pejabat, bisnes di rumah

Bagi golongan yang ada melakukan side income dengan berbisnes dan mempunyai kerjaya sedia ada, saya nasihatkan untuk membahagi masa yang sesuai antara keduanya dari segi majoriti kerja. Jangan terlalu fokus kepada salah satu di antara keduanya hingga menjejaskan kualiti salah satu daripadanya.

Siapa ada buat macam ni, sila angkat tangan kanan..hehehe
Pengalaman saya berbisnes selama ini, sebenarnya bisnes dan kerjaya tak hanya 8 jam di pejabat dan 8 jam di rumah. Selalunya ia saling bercampur aduk, betul tak? Kadang-kala kerja pejabat yang tidak siap, terpaksa dibawa pulang ke rumah manakala kerja bisnes kadang-kala perlu juga di bawa ke pejabat. Kita hanya perlu tahu di mana PRIORITY ketika berada pada tempatnya. Pastikan pada waktu pejabat, selesaikan lebih banyak kerja pejabat dan minimumkan urusan bisnes. Begitu juga ketika di rumah, selesaikan lebih banyak kerja bisnes dari kerja pejabat. Barulah adil untuk kerjaya dan bisnes kan?!

5. Kerjaya part-time, bisnes juga part time tetapi keluarga adalah full time.

Sejak berbisnes ni saya melihat banyak perkara biasa menjadi luar biasa. Yang positif, baguslah. Saya turut menyokongnya. Bagi perkara yang negatif, kita perlu ubah sedikit sebanyak. Antara banyak perkara yang saya lihat adalah bisnes seseorang telah menjadi full time, kerjayanya pula menjadi part time dan yang lebih malang, keluarganya juga turut menjadi mangsa part timenya. 

Ini adalah sesuatu yang menakutkan kerana niat sebenar kita mencari wang saku lebih adalah untuk tujuan menggembirakan dan membahagiakan keluarga. Tetapi jika kini, niat anda beralih arah, saya cadangkan untuk anda tafakkur sebentar mencari tujuan asal bisnes anda. Jangan hanya tujuannya hanya untuk membantu menambah nilai dalam hidup manusia lain tetapi merosak atau memusnahkan nilai kehidupan anda.

Semoga kita tidak menjadi penyumbang dalam angka perceraian ini.
Alhamdulillah, perkara ini tidak berlaku dalam bisnes yang sedang saya jalankan sekarang kerana saya sendiri sering mengingatkan perkara ini kepada rakan-rakn kongsi Shaklee saya. Bahkan dalam semua program kami, family is first and business is not the second. 

Bukan hendak memuji berlebih-lebihan, saya hanya menceritakan berdasarkan pengalaman saya selama bersama Shaklee ini. Perasaan gembira disertai passion yang kuat dapat membantu untuk mengembangkan bisnes sedia ada di samping mengimbangkan antara kerjaya dan bisnes.

Sekiranya ada dari kalangan pembaca yang masih tercari-cari cara untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan karier anda, saya berharap anda dapat temuinya di sini. Sedikit tips untuk anda yang betul-betul ingin berjaya dalam keduanya, karier dan bisnes. Saya rasakan ia sangat membantu anda jika anda amalkan dengan bersungguh-sungguh. Trust me, it is easy to do. Just plan what you want to do. Saya doakan anda kaya dan berjaya, dunia akhirat.

~Jika anda ingin membantu rakan-rakan anda di luar sana melalui tulisan saya ini atau anda ingin mengambil bahagian dalam 'memberi' sesuatu kepada masyarakat luar, silakan untuk menekan butang 'LIKE' di atas artikel ini dan share bersama semua. Saya doakan anda juga turut kaya dan berjaya dalan hidup.~

2 comments :

  1. assalamualaikum... terima kasih atas perkongsian ustaz...
    akan saya praktikkan selepas nie :-)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian di atas.

    pentingnya prioritize kan kerja dan bisnes.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...