Thursday, 7 November 2013

Posted by Unknown On Thursday, November 07, 2013

Assalamualaikum semua.
Apa khabar hari anda ini? Semoga dipermudahkan segala urusan hidup dan kerjaya anda. Percayalah, Allah bersama sangkaan hambaNya. Jadi, bersangka baiklah denganNYA.

Saya suka untuk berkongsi status ini. "JIKA KITA GEMBIRA, KITA TERPAKSA BERJAYA". Bukan apa, saya sering melihat rungutan, keluhan dan kesedihan yang dihamburkan di dalam media-media sosial kini. Luahan perasaan secara negatif ini sebenarnya menunjukkan ramai dari kalangan kita sebenarnya tidak gembira dalam hidupnya.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin 'menekan', tidak hairanlah gejala seperti ini banyak berlaku. Gejala kurang kasih sayang yang terpaksa kita hadap setiap hari.

Jom ubah mood sekejap. Jom kita senyum dengan penuh gembira. Cuba try test, senyum....senyum...dan senyum. Saya nampak sinar gembira di mata anda yang anda sembunyikan di balik wajah sedih anda. Jika tiada orang yang berusaha untuk menggembirakan anda, usahalah untuk gembirakan diri sendiri ye.

GEMBIRALAH KERANA DI DALAMNYA ADA KEREDHAAN

Hari ni saya hendak bercerita dengan mengambil contoh kerjaya part-time saya sekarang sebagai pengedar Shaklee. Sekadar sedikit cerita tentang perkembangan group saya yang dah tak mampu 'ditahan-tahan' lagi.

Sejak 2 bulan terakhir ini, saya sangat gembira dengan sebahagian besar ahli yang mula mengambil langkah proaktif dan bersungguh-sungguh dalam bisnes ini. Bila ditanya,"Kenapa tiba-tiba bangkit ni?". Majoritinya menjawab,"Kami dah gunakan Shaklee, bagus sekali! Sekarang kami nak berkongsi dengan orang lain pula. Bukan ustaz je nak dapat pahala, kami pun nak juga!"

Serius, saya sangat GEMBIRA dengan perkembangan mereka hinggakan saya 'terpaksa' buat satu group couching khas lagi untuk mereka di FB dan group khas whatsapp di handphone supaya saya dapat fokus dalam membantu mereka bergerak dan mencapai impian LUAR BIASA mereka.

Tak lama lagi saya 'terpaksa' pula berkorban untuk membeli handphone kerana mereka ini. Semuanya kerana dorongan GEMBIRA ini. Saya 'terpaksa' berkorban untuk melihat mereka berjaya kerana saya tak mahu mereka tersisih apabila telah mula mengambil langkah tekad dalam hidup mereka.

Keluar dari zon SELESA kepada zon yang LEBIH SELESA bukanlah perkara yang mudah. Perlukan pengorbanan yang sangat besar dari diri sendiri dan langkah yang tidak boleh lagi berptah balik ke belakang di samping memerlukan perhatian yang lebih daripada leader dan orang sekeliling. Mohon doa pembaca agar saya mampu untuk membantu mereka demi hidup yang lebih gembira dan bahagia.

ORANG YANG GEMBIRA DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN PASTI AKAN BERJAYA


CEMBURU ATAU DENGKI

Melihat kepada kesungguhan hasil daripada KEGEMBIRAAN mereka run bisnes ini, saya percaya satu hari lagi, ramai yang 'terpaksa' bergerak sepantas mereka atau terpaksa 'redha' dengan nasib mereka. Mudah-mudahan para pembaca juga termasuk dalam golongan 'ramai' tu nanti.

Kenapa? Kerana itu sifat dan tabiat semulajadi manusia. Bila melihat orang lain 'senang' dan mempunyai kebebasan membuat pilihan dalan hidupnya baik dari sudut kehidupan, kewangan dan sebagainya, pasti terselit di hati kita 2 perasaan, CEMBURU atau DENGKI.

DENGAN CEMBURU KITA BERUSAHA UNTUK BERDIRI SAMA TINGGI DENGAN MEREKA TETAPI DENGAN DENGKI KITA BERUSAHA UNTUK MENDUDUKKAN MEREKA LEBIH RENDAH DARI KITA. 

Trust me, saya gembira sangat melaihat orang lain berjaya kerana ia merupakan prinsip hukum tarikan atau dikanali sebagai THE LAW OF ATTRACTION. Inilah yang saya semaikan dalam group Shaklee saya yang kami anggap semua ahlinya seperti anak-beranak, tak ubah seperti satu keluarga. Semuanya saling support antara satu sama lain. Dengan prinsip ini, sifat saling berusaha, hasil dari sifat CEMBURU dan sifat menjatuhkan orang lain ditanam rapat-rapat dalam bumi bersama sifat DENGKI tersebut.

NAK BERJAYA, ANDA KENA SANGGUP MEMBERI

Group bisnes sehebat ini bukan terbina dalam masa sehari dua, tetapi dibina dalam tempoh 4 bulan sahaja. Ramai orang mengambil masa bertahun untuk membina nama dan naik dalam bisnes ni. Namun itu bukan salah dirinya sendiri, tidak!! Itu takdir untuknya. Bersangka baiklah kepada Allah, mungkin ada sesuatu yang perlu kita baiki untuk mendapat limpah rahmatnya.

Ada pula yang berkata,"Aik, cepat betul dia 'naik'?". Jawabnya kerana kejayaan ada short cutnya dengan syarat anda sanggup 'memberi' dan orang yang memberi pasti tidak akan kembali dengan tangan kosong melainkan ia akan 'menerima' sesuatu daripada Allah SWT.

Jika benar anda ingin berjaya dalam apa jua bidang terutamanya bisnes, anda perlu 'memberi' sesuatu yang sangat mahal harganya iaitu paksa diri anda keluar dari zon SELESA, sentiasa positif dan kurang mengeluh, sentiasa up-to-date dan sanggup 'menadah' untuk belajar. Insyaallah, ramai akan membantu anda, baik secara langsung atau tidak langsung. Anda pasti gembira dengan perubahan diri anda nanti kerana itulah yang berlaku kepada diri rakan-rakan saya.

Saya bukan yang terbaik dalam bidang perniagaan ini 4 bulan yang lalu. Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya yang tak pernah jual sebatang pen pun kini mampu menjana 4 angka yang besar secara stabil 4 bulan berturut-berturut. Jika saya maklumkan berapa bonus saya sekarang, tentu anda sendiri tidak akan percaya mendengarnya. Bukan sahaja lebih seringgit dua dari gaji seorang pensyarah, malahan sudah hampir 2 kali ganda daripadanya. Bolehkah mimpi menjadi kenyataan jika tidak disertai USAHA???!

Belajarlah untuk menjadi gelas kosong yang boleh saya isikan air di dalamnya. Gelas itu adalah anda dan air itu adalah ilmu bisnes ini. Setiap bisnes berbeza acuannya. Belajar untuk menjadi pakar dalam acuan tersebut. Jika anda inginkan panduan dan ingin menjadi mentee saya, dengan bangga dan senang hati saya menerimanya. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Saya akan guide anda sehingga anda akan kata,"La, senang je rupanya nak berbisnes...kalau dari dulu aku tahu, dah lama aku buat". Inilah ucapan yang terkeluar dari mulut rakan-rakn kongsi Shaklee saya.


Jika anda kata anda tak pandai berniaga, saya juga sama.
Jika anda kata anda tak pandai bercakap, saya juga sama.
Jika anda kata anda tak pandai marketing, saya juga sama.
Jika anda kata anda malu nak jumpa orang, saya juga sama.
Kita tiada beza pun pada asasnya, kita cuma berbeza pada sudut PERASAAN dan TINDAKAN.

Jom berubah hari ini.
Jom bergembira hari ini.
Jom menyemai sifat cemburu hari ini.
Jom bertindak hari ini!!!
NOW or NEVER!!!

*Bagi yang tidak keberatan untuk share bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan khidmat nasihat bisnes daripada saya. Insyaallah.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...