Assalamualaikum semua.
Apa khabar anda semua hari ni? Hari ni nak berkongsi something dengan anda semua. Ada cerita best untuk anda. Cerita yang menjelaskan perbezaan asas orang berjaya dengan orang yang kurang berjaya.
Pagi tadi saya sempat bersembang dengan seseorang yang terpaksa saya rahsiakan orangnya atas sebab keselamatan. Kawan saya ni seorang businessman yang dah pun berjaya dalam hidupnya, hanya dengan berniaga burger sahaja.
Awal bulan ni, beliau sapa saya di alam maya (FB) menyatakan hajat untuk meneroka dalam bisnes Shaklee ni pula tanpa ragu-ragu. Saya dengan terujanya menerima hajat beliau tanpa bertanya panjang.
Tahu tak kenapa saya teruja?
Saya teruja kerana kini saya menjadi inspirasi kepada kaum Adam untuk menjalankan bisnes yang sering didominasi oleh kaum wanita ini.
Ini diakui sendiri oleh kaum Adam yang sering menyapa saya dalam FB. Mereka yang dulunya takut dengan bisnes seperti ini kini tidak takut lagi untuk bersaing secara sihat dengan kaum Hawa.
Syukur kepadaNya kerana kini saya melangkah setapak lagi sebagai sumber inspirasi kepada mereka yang lain.
Saya teruja kerana kini saya menjadi inspirasi kepada kaum Adam untuk menjalankan bisnes yang sering didominasi oleh kaum wanita ini.
Ini diakui sendiri oleh kaum Adam yang sering menyapa saya dalam FB. Mereka yang dulunya takut dengan bisnes seperti ini kini tidak takut lagi untuk bersaing secara sihat dengan kaum Hawa.
Syukur kepadaNya kerana kini saya melangkah setapak lagi sebagai sumber inspirasi kepada mereka yang lain.
Kebetulan pagi tadi sebelum drive pulang ke rumah setelah menghabiskan beberapa hari untuk aktiviti couching ahli Shaklee saya di luar kawasan, saya sempat bersembang dan beramah mesra dengan kawan yang berpangkat abang ini.
Berlaku suatu perbualan yang menarik antara kami berdua. Perbualan ni berlaku setelah beliau menjadi ahli saya dan masuk ke dalam secret group Shaklee saya.
Nak tau tak?! Jom gosip!
Berlaku suatu perbualan yang menarik antara kami berdua. Perbualan ni berlaku setelah beliau menjadi ahli saya dan masuk ke dalam secret group Shaklee saya.
Nak tau tak?! Jom gosip!
Abang: Nak tanya ustaz. Semua yang dalam group yang hampir 100 orang tu adalah anak buah ustaz ke?
Saya: Yup, anak cucu Shaklee saya. Anak cucu sendiri belum ada. Tak berani lagi nak ajak tunang kahwin :)
.
Abang: Perhhhh....4 bulan sahaja grab all..
Saya: Ni group paling cepat naik setakat sekarang ni. Grand master pun kerja aim saya jer. Ni dah abang pula masuk, mesti lagi cepat berkembang nanti..alhamdulillah.
.
Abang: Betul tu, saya dapat rasakan..terkejut saya tengok...bila masuk dalam group ustaz..dalam minded saya maybe below 30..bila bukak wowwww...amazing..
Saya: (Speecless) Apa yang saya update kat FB tu semua betul, jangan terkejut! Hidup penuh dengan kesan luar biasa jika kita berani bertindak luar biasa.
.
Abang: Alhamdulillah Tuhan temukan saya dengan ustaz. Hope ustaz ajarlah mana yang patut...tegur saya mana yang tak berkenaan. (Ya Allah, low profile betul businessman berjaya ni)
Saya: Saya pun sama. Abang tegur je kalau salah. Kalau ada idea tulis je dalam group tu. Saya offline marketing tak sehebat abang algi, bab marketing online ni tahu la sedikit sebanyak.
.
Abang: Insyallah ustaz...memang saya respect lah.
Saya: Senyum sambil zikir 'alhamdulillah' banyak-banyak. Mohon perlindungan Allah dari sifat riyak dan takabbur.
Ini kisah sebahagian ahli yang kagum dengan pencapaian saya tapi sebenarnya saya nak betulkan, sila kagum dengan DIRI anda sendiri kerana tanpa anda siapalah saya sekarang dan pada masa akan datang.
Abang ini sangat merendah diri walaupun beliau seorang yang sangat berjaya pada pandangan saya. Belum pernah bertemu muka tetapi kemesraan telah terasa. Inilah antara kesan sampingan bisnes Shaklee yang awesome ni. Sifat kekeluargaan cepat sahaja dicaj kerana semuanya mempunyai NIAT yang baik.
Abang ini sangat merendah diri walaupun beliau seorang yang sangat berjaya pada pandangan saya. Belum pernah bertemu muka tetapi kemesraan telah terasa. Inilah antara kesan sampingan bisnes Shaklee yang awesome ni. Sifat kekeluargaan cepat sahaja dicaj kerana semuanya mempunyai NIAT yang baik.
NIAT ADALAH KUNCI JATUH ATAU BANGUN SESUATU BISNES
Saya percaya bahawa sekarang, ramai sekali yang sedang tercari-cari bisnes apakah yang paling sesuai untuk kebaikan diri dan keluarganya. Faktor hutang isi rumah yang semakin tinggi dan niat untuk menyelesakan keluarga pasti menjadi pendorong utamanya. Tapi jangan terburu-buru kerana dalam apa jua bidang pun, ilmu adalah sangat penting jika tidak mahu jatuh tersungkur dan terukir sekali lagi kegagalan dalam kehidupan.
Suka saya kongsikan sedikit ilmu asas bahawa persoalan bisnes apa tidaklah sepenting apakah NIAT yang anda tanamkan dalam diri anda dalam menjalankan sesebuah bisnes. Ingat, apa sahaja yang anda tanam dalam diri anda, itulah yang akan terlahir nanti di penghujungnya.
Di awal bulan Muharram ini, pasti anda teringatkan sabda Nabi yang terkenal sempena peristiwa besar hijrah.
"Bahawasanya setiap amalan berdasarkan niatnya. Bagi setiap orang itu, pasti mendapat apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka (pahala) hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia, ia akan memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka (kesan) hijrahnya itu adalah atas apa yang ia niatkan."
Lihatlah hadis ini dan hayatinya, pasti anda dapat temui rahsia dan kesan niat yang pakar psikologi BARAT sering mengulang-ulang kejayaan mereka dalam menemui rahsia THE LAW OF ATTRACTION. Islam telah mengajar perkara ini sejak 1435 tahun dahulu kepada umatnya.
Perlu saya ingatkan bahawa dalam bisnes ni, konsepnya ibarat kita sebagai peniaga pasar malam, ada kedai sendiri, tapak sendiri, pelanggan sendiri dan keunikan tersendiri. Yang berbeza hanyalah kita jual barang yang sama atau berlainan.
Bukan kedai, tapak, pelanggan, keunikan hatta barangan sebagai kayu ukur perbezaan kejayaan antara kita. Penentu UTAMA perkembangan dan kejayaan kita hanya akan BERBEZA mengikut apa yang kita NIATKAN ketika di permulaan langkah dalam menjalankan bisnes.
Saya sangat tekankan bab ini kerana ia adalah penentu. Penentu kepada KEJAYAAN atau KEGALAGALAN bisnes anda nanti. NIATLAH untuk membantu lebih ramai orang melalui bisnes, menambah nilai hidup lebih ramai orang, memberi penawar kepada lebih banyak penyakit, memberi alternatif kepada lebih ramai manusia yang telah sebati dengan ubat kimia hospital, memberi sinar gembira kepada piliu kesedihan dan memberi harapan kepada ramai pesakit yang telah berputus asa berubat. Niatlah dan tanamlah pada sudut terdalam diri anda agar tidak bisa digoyahkan oleh pangkat kedudukan dan harta benda, insyaallah kejayaan akan 'terpaksa' datang kepada kita.
Perasaan ni namanya empati. Ia lebih hebat dan lebih utama dari rasa simpati. Ia umpama kita meletakkan kaki dalam kasut seseorang yang memerlukan bantuan orang lain. Itulah NIAT yang perlu ada dalam diri kita masing-masing dan perlu kita semak setiap masa.
Jadi, kesimpulannya:
jika anda nak berjaya dalam bisnes,
jika anda nak berkongsi dari hati,
jika anda nak orang yang memerlukan mencari anda,
jika anda nak orang ramai menghargai anda,
jika anda nak hati anda ikhlas dalam 'memberi',
jika anda nak diri anda tidak putus asa dalam 'memberi',
jika anda nak berjaya menghadapi segala cabaran,
jika anda nak pesat membangun,
jika anda nak kebaikan pada orang ramai, maka anda perlu 'monitor' niat anda setiap hari, setiap masa, setip minit dan setiap detik.
Kita hidup bertuhan, kita 'memberi' kerana Tuhan dan Tuhan pasti tak mengecewakan kita. Saya doakan anda kaya dan berjaya dalam segala bidang yang anda lakukan. Semoga niat yang dibina dan ditanam dalam diri mampu membahagiakan diri dan keluarga anda serta masyarakat ramai. Salam sayang dari saya. Jom tambahkan nilai 'pencen kubur' anda dengan niat membantu lebih ramai manusia.
Ada tak pembaca yang hendak kumpulkan pencen kubur buat dirinya? Caranya mudah saja, sila LIKE dan share posting ini. Mungkin orang yang membacanya nanti hasil dari satu klik anda mampu mengubah keseluruhan hidupnya. Sampaikanlah dariku walau satu ayat, itu pesan Junjungan Besar kesayangan kita. Moga dapat diamalkan.
Mohd Taufiq
Pensyarah Pengajian Islam
Pakar Kejayaan & Kejayaan Shaklee
0 comments :
Post a Comment