Puteri Resort, Air Keroh, Melaka di malam hari. Happening kan? Sama seperti program aura magic kami yang happening. |
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Apa khabar anda semua di hari yang bahagia ini?
Diharap anda semua sihat-sihat hendaknya dan gunakan malam ini untuk bersantai bersama keluarga tercinta.
Saya pula? Dah siap bersantai semalam bersama keluarga besar group jutawan Shaklee saya di Puteri Resort, Air Keroh, Melaka. So, hari ni bolehlah saya berkongsi dengan anda apa yang berlaku semalam. 3 perkataan dalam tajuk post di atas sudah menceritakannya secara keseluruhan hari semalam, HAPPENING, MAGIC & AURA.
WE ARE DIFFERENT!
Program Magic ini diadakan pada hari Sabtu, 9/11/13 dan Melaka menjadi tuan rumah untuk bulan November ini. Kehadiran adalah WAJIB bagi sesiapa yang terlalu ingin berjaya. Ringkasnya, sesiapa saja boleh menghadirinya tanpa paksaan.
Dalam keadaan tak terpaksa itu pun, kehadiran melebihi kuota yang ditetapkan, lebih 400 orang bersama ahli keluarga masing-masing.
"Apa yang best sangat dengan program Shaklee ni? Selalu sangat baca tulisan di FB pengedar-pengedarnya. Itu best, ini best...typical MLM, macam tu la," kata sesetengah orang yang anti MLM.
Jika anda salah seorang daripadanya, jom baca, then anda decide semula keputusan anda. Kata rakan kongsi saya semalam,"Biar kita tersalah memaafkan daripada tersalah menghukumkan".
Saya sampai di sana tepat pada jam 7.30 pagi, sedangkan program bermula jam 9 pagi. Pengarah program pun masih bersiap waktu tu, pekerja hotel pun baru bertukar shift dan penjaga pintu dewan baru bersarapan ketika itu tapi saya dah terpacak di sana. Nampak tak betapa gila kentangnya semangatku ini.
Haisy, kenalah semangat, program ni macam reunion keluarga sendiri tau dan sebagai businessman, ketepatan masa perlu sentiasa menjadi keutamaan. Al-kisahnya, saya bertolak pada tengah malam Sabtu tu dari Johor sebab tak nak rushing pada pagi harinya. Itulah sebabnya saya sampai 'terlajak' awal. Sambil-sambil mencari jalan ke sana. Ramai juga yang saya lihat tiba lebih awal dari waktunya. Semuanya bersemangat untuk berjaya tanpa dipaksa-paksa. We are different.
Sesi pendaftaran bermula. Abang yang sedang 'sibuk' tu datang menemani isterinya dari Ulu Tiram, Johor |
Jam 8 pagi, pendaftaran bermula dan tidak seperti kebiasaannya ketika kita pergi ke pejabat pada hari cuti hujung minggu, semuanya CERIA dan RAMAH-TAMAH, saling menyapa antara ahli 'keluarga' sendiri. Semasa pendaftaran, semua dapat cenderamata khusus. Nak cuba teka tak?! Cer teka....cer teka...
Tasbih cincin. Biasa dapat saguhati macam ni? Bisnes tak berTuhan pasti mati! |
Tengok gambar di atas dan renung dalam-dalam, jangan sampai pecah skrin laptop atau telefon anda sudah. Anda pernah dapat benda ni di program-program syarikat anda?! Jika kali pertama anda hadir ke program group Jutawan Shaklee saya ni, mungkin 'situasi' ini agak janggal untuk dipercayai. Tetapi bagi kami yang selalu hadir, ini adalah BIASA kerana banyak lagi yang kami buat benda yang LUAR BIASA. Anda percaya atau tak, anda kena percaya, mata anda tidak menipu anda sekarang. We are really different right?
HAPPENING
Setelah selesai pendaftaran, kami dihidangkan dengan sedikit tarian Arabic style dan nyanyian dari seorang penyanyi terkenal tanah air serta tak lupa beberapa games yang bertujuan untuk ahli lelaki dan wanita saling 'berkenalan' dengan lebih mesra dan lebih sporting.
"Yes, akhirnya, dapat juga point typical MLM untuk dihighlightkan," kata sebahagian manusia yang mempunyai 'penyakit' dalam hati mereka.
Sabar bro, acah je tu. Siapa berani, cubalah buat. Memang nak kena rotanla dengan para Master** dalam group kami ni kalau ada tentatif macam tu. Silap-silap program boleh dibatalkan serta-merta tanpa perlu notis dari sesiapa. Bunyi macam main-main tapi hakikatnya begitulah. Tidak mungkinlah group yang ditekankan dengan pelbagai amalan kerohanian akan melakukan perkara-perkara begini.
Ok....ok, serius balik...nak melawak pun tak boleh.
Sabar bro, acah je tu. Siapa berani, cubalah buat. Memang nak kena rotanla dengan para Master** dalam group kami ni kalau ada tentatif macam tu. Silap-silap program boleh dibatalkan serta-merta tanpa perlu notis dari sesiapa. Bunyi macam main-main tapi hakikatnya begitulah. Tidak mungkinlah group yang ditekankan dengan pelbagai amalan kerohanian akan melakukan perkara-perkara begini.
Sebelum program bermula. Semua sibuk dengan handset masing-masing. Layan customer ok! |
Ok....ok, serius balik...nak melawak pun tak boleh.
Kenapa happening sangat program ni? Sebabnya adalah Grand Master dan para Master seramai 12 orang turun ke Melaka untuk berkongsi ilmu dan memberi input sebanyaknya serta menyelesaikan sebanyak mungkin permasalahan para rakan kongsinya. Best tak dengar? Orang yang dah berjaya turun pula untuk bantu rakan-rakan kongsi yang lain tanpa meminta sebarang balasan keculai KEJAYAAN masing-masing di masa hadapan.
Antara Master yang sempat di'snap' oleh kamera saya. Ada gaya 'orang kaya baru' tak? Pakaian ala kadar dengan pendpatan 5-6 angka. Indahnya bila bisnes berTuhan. |
"Bukan ke mereka yang 5,6 angka tu turun sebab nanti bila korang buat sales banyak, dorang lagi kaya?" timbul lagi soalan cepu mas. Jawapannya 'YA', jika itu bos anda, utilize anda betul-betul dengan bayaran elaun 'air liur' sebagai tambahannya,"Kalau U ikhlas, Allah tahu, nanti dia balas melalui cara lain..Gaji tu bukan segalanya. Yang penting hati U, U bantu I, U dapat pahala banyak akhirat nanti".
Biasa anda dengar perkataan ini dan biasa tak dapat elaun ni, inilah HIPOKRIT dan PERHAMBAAN zaman moden. Kapitalisme yang bertopengkan agama. Kalau dah alang-alang macam tu, daripada U bantu orang lain (bos, syarikat etc), baik U bantu diri U dengan bisnes Shaklee ni, ye tak? Bukan pahala di akhirat je, kekayaan di dunia juga dapat.
Tetapi dalam Shaklee, saya tolong berikan jawapan,'TIDAK'. Sebabnya dalam group Ini, prinsip yang ditanam dalam benak kepala kami adalah,"Leader don't create followers, leader create more leaders". Saya tau mana?! Banyak soal pula....sebab saya pun leader, Presidental Master-to-be, Mohd Taufiq, insyaallah.
"Kenapa perlu hidup biasa-biasa jika kita mampu hidup luar biasa"
Majlis diserikan juga dengan beberapa pemandangan LUAR BIASA lagi. Bisnes ni bisnes keluarga. Lihat sahaja suami, isteri dan anak-anak turut hadir. Prinsip yang dibina adalah,"Family first and business not the second" menjadi amalan group jutawan Shaklee ni.
Anak-anak menjayakan program mereka sendiri di belakang dewan bersama asuhan kaum bapa. |
Lihat sahaja pemandangan ini, pasti anda tak jumpa di mana-mana kecuali di internet dan dalam Shaklee. Si bapa bersama menjaga anak ketika si ibu sedang sibuk menyiap diri untuk berniaga. Si bapa menumpahkan sepenuh kasih sayang untuk si kecil, layan bermain dan mewarna bersama anak-anak di belakang dewan sedang ibu sibuk study di depan dewan demi keluarga.
Buat para wanita, tak terlintaskah bisikan di hati anda,"Inilah pemandangan yang selama ini aku cari dalam hidupku. Inilah anugerah terindah dalam hidupku, punya suami dan anak-anak sentiasa di depan mata. Inilah kebahagian yang telah lama aku tidak merasainya kerana kesibukanku bekerja untuk bisnes 'keluarga' orang lain. Alangkah kesalnya aku, sedangkan inilah impianku ketika berakad nikah dahulu. Aku terlupa akibat sibuk menjaga anak orang lain, sedang anak sendiri semakin jauh dari diri sendiri".
PENGISIAN PROGRAM
Bagi ahli-ahli yang tak dapat hadir atau yang hadir semalam tapi tak tau nak buat apa sebab banyak sangat ilmu yang diberi secara happening semalam, mai ceq cerita balik ye, ikut slang Master Farihah. Tak semua saya ceritakan, sengaja buat teaser supaya lepas ni anda terasa panas punggung bila dengar program magik diadakan di kawasan anda. Pesanan penaja untuk ahli dan ramaiiiiiii bakal ahli.
1. Master Farawaheda - Tajuknya: 5 lampu ajaib
Seorang bekas jururawat di IJN 4 tahun yang lepas, senior kepada salah seorang pensyarah kejururawatan di kolej saya yang kini mengambil langkah bijak, menjadi ahli Shaklee dan mentee saya. Master ni ketika mana meletak jawatan, beliau kata,"Separuh jiwaku telah hilang ketika ini". Kerana passion yang sangat tinggi dalam bidang kesihatan, ungkapan ini diluahkan. Tetapi tak terhenti di situ, terus bergiat dengan bidang kesihatan bersama produk terbaik Shaklee, tak lama pun, setahun 6 bulan, kini bergelar Master. Ungkapan baru pula diluahkan,"Kini, sepenuh jiwaku bersama Shaklee".
"5 lampu ajaib?! Pula dah, khurafat je dorang ni belajar....," kata lidah yang tidak bertulang.
Sabar, jangan cepat melatah. 5 lampu ajaib ni adalah perasaan manusia iaitu takut, rasa bersalah, ego, tamak dan eksklusif. Hanya dengan 5 ni sahaja bisnes online Shaklee anda akan 'boomm'. Nak tahu? Kena daftar dulu la. Ada cop Distributor group jutawan Shaklee, baru best sembang... Amacam, ada berani ke takde berani? (Ikut slang mamak).
Sabar, jangan cepat melatah. 5 lampu ajaib ni adalah perasaan manusia iaitu takut, rasa bersalah, ego, tamak dan eksklusif. Hanya dengan 5 ni sahaja bisnes online Shaklee anda akan 'boomm'. Nak tahu? Kena daftar dulu la. Ada cop Distributor group jutawan Shaklee, baru best sembang... Amacam, ada berani ke takde berani? (Ikut slang mamak).
2. Master Hafsah - Tajuk: From Zero to Heroin
Tajuknya agak bias :) Maaf nanny. Tau kenapa? Heroin je ditekankan, heronya dah dipuput angin...hilang dalam kesepian. Sebabnya, saya boleh katakan 98% ahli group dan pengedar aktif group Shaklee ni adalah wanita, 2% je lelaki. Jangan pelik kalau saya tau sebabnya, kerana saya salah seorang dari pengedar dan leader aktif lelaki tu.
Master Iffah kata pada saya semalam,"Untunglah kamu Taufiq, pasaran ahli dan pengedar lelaki FRESH lagi, tu yang kamu 'naik' laju tu dengan group kamu". Faham-faham maksudnya wahai para lelaki? BTW, ahli lelaki dalam group saya tak kurang dari 20 orang dan selebihnya adalah wanita dari jumlah hampir 100 orang dalam 4 bulan ni.
Ok, tu selingan jer. Ni nanny I dalam Shaklee dan antara mentor terbaik saya dalam bisnes ni. Tajuknya dikupas dengan sangat baik dengan ilustri sebuah rumah. Bermula dari tapak yang kosong dalam Shaklee hingga bergelar master. Jangan sangka bila saya panggil nanny, tu maksudnya orang kampung, no.....no....pekerjaannya takla segah sehebat kita ni, orang biasa ja, BEKAS engineer Petronas. Hambik kau!!!
Kalau anda masih takut untuk join ahli dan takut kehilangan kerja anda ataupun masih memberikan alasan sibuk jika buat part time Shaklee, saya rasa anda patut contact saya untuk saya bersihkan otak anda kembali. Biar suci bersih seperti kanak-kanak yang tak pandai bagi alasan lagi.
3. Master Farihah - Tajuk: Mudahnya menjadi Master.
Saya memang terpana kejap bila jumpa anak jati Kodiang ni, selamba je dia cakap loghat Kedah semalam. Memang semua fokus pasang telinga dengar, perlukan pendengaran yang tajam dan otak yang geliga untuk terjemahan spontan ke bahasa standart Melaka. Lawak je kak :) Tajuk yang dibawakannya cukup mudah kerana selama ni ramai yang ingat mesti susah nak jadi Master ni, rupanya kacang jer,"Ingat 15, ingat Master". Yang datang semalam ingat tak?!
Dan ramai lagi master-master yang lain. Insyaallah kalau berkesempatan nanti saya cuba kupas satu persatu di lain tempat.
MAGIC
Di tengah-tengah program, pihak urusetia membuat MAGIC khas yang tidak diketahui oleh para audien. Jemputan serta-merta untuk memenuhi 'hot seats' bagi perkongsian rahsia kejayaan bersama yang hadir. Hot seats ni menampilkan orang-orang yang mempunyai potensi besar untuk berjaya, bukan saja-saja diadakan tetapi adalah untuk membakar orang lain yang masih beku kesejukan dan membangunkan orang yang lena akibat bermimpi terlalu lama.
Ada forum lelaki bertajuk,"Peranan suami dalam membantu isteri menjalankan bisnes Shaklee" dan forum wanita yang lebih banyak mengupas elemen cabaran dan motivasi diri.
Forum lelaki menampilkan Bro Onoff, Bro Sulaiman dan.......saya sendiri. Memang MAGIC betul la, tak bersedia apa-apa. Jadi, berkongsi pengalaman sahaja bersama para audien. BTW, saya belum jadi suami orang dan saya juga tak dibantu 'bakal isteri' tapi saya run bisnes sendiri dengan tunjuk ajar dari leader-leader saya yang semuanya wanita.
Memang penuh kasih sayang mereka mendidik saya dalam bisnes ni tapi apa-apa pun layan, itu satu penghormatan bagi 'budak besar' dalam bisnes ni yang baru jejak 4 bulan, kali kedua pula tu setelah kali pertamanya di program magic, Johor Bahru. Alhamdulillah.
Dari kanan: Bro Firdaus (Moderator). Saya, Bro Sulaiman (ada darah dr Azizan Osman) dan Bro Onoff (bapa mithali) bersama anaknya. |
Memang penuh kasih sayang mereka mendidik saya dalam bisnes ni tapi apa-apa pun layan, itu satu penghormatan bagi 'budak besar' dalam bisnes ni yang baru jejak 4 bulan, kali kedua pula tu setelah kali pertamanya di program magic, Johor Bahru. Alhamdulillah.
Forum wanita pula menampilkan Pn Ainul, Pn. Shahrizan dan Pn. Haslinda untuk mengupas beberapa elemen penting dalam bisnes ni. Alhamdulillah, semua ahli forum menyampaikan ilmu mereka dari hati. Terbaikkkk.
AURA
Di sebelah kanan master Iffah (berpurdah), itulah insan kesayangan kami, Presidental Master Shareeza. Sebelah kiri M. Iffah, Master Ruziah, Pengarah Program Magic Melaka. |
Ada banyak aura sebenarnya bagi yang memerhatikan semalam. Pertama sekali tentulah kemunculan Grand Master atau Super Duper Mommy group Jutawan kami, Pn Shareeza bersama ucapan suntikan auranya yang tinggi. Siap kena ingatkan lagi semalam,"Anda dah puas dengan 4,5 angka anda atau belum? Kalau dah puas, berapa orang rakan kongsi U all yang U all dah jadikan leader seperti U all dengan pendapatan 5 angka sebulan? Kalau belum, teruskan, jangan berhenti di tengah jalan. Kalau sudah pun, teruskan lagi kerana ramai lagi masih belum kita hulurkan bantuan untuk atasi masalah ekonomi mereka".
Kan saya dah cakap sebelum ni, itu prinsip kami sebagai leader, not create followers but create more leaders.
Keduanya adalah acara meraikan para Master yang datang dengan sedikit cenderahati dan majlis potongan kek beramai-ramai. Auranya bertambah apabila tarikh tersebut merupakan tarikh hari lahir ke-30 Master Farihah. Anda faham apa maksud yang tersirat di situ. Retire young, retire rich.
Semua master telah mengambil tempat. Ada beza tak dengan kita? Semua manusia macam kita, cuma tindakannya luar biasa. |
Excited semua nak 'merasa' kek penuh aura yang datang jauh dari Batu Pahat. |
Semua master-master ini hanya bekerja suri rumah sepenuh masa SEKARANG. 'Terpaksa' berhenti kerja demi menguruskan bisnes ni dan enjoy freedom life bersama keluarga. Bukan alang-alang rendah pekerjaannya. Ada engineer, doktor, nurse, cikgu, pensyarah, akauntan dan kerjaya profesional lain. Nampak tak? Mereka bukan orang kampung yang tidak berpelajaran dan tiada pilihan lain melainkan menjalankan bisnes ini. Bahkan sebaliknya, ada sijil yang tinggi dan kerjaya yang hebat, tetapi beralih arah kerana tiada 'KEPUASAN' dalam kerja tersebut.
Kebiasaan ramai suri rumah, apa je yang ada, duit pun kena minta suami kata sesetengah anak muda sekarang. Takde freedom la nak beli pakaian dan aksesori sendiri. Gaji suami berapa la sangat kalau nak belanja je semua. Ditambah pula dengan sikap suka mengukur shopping complex. Mana nak cukup kan?!
Para master ni macam tu juga, mereka ni malas nak jadi suri rumah yang beralasan macam tu. So, mereka ambil langkah bijak, join Shaklee dan kerja 2 jam sehari, depan laptop sahaja. Saya ulang, dengan laptop sahaja selama kurang 20 tahun, opsss, tidak...tidak...2 tahun je.
Sambil boleh jaga anak sendiri, tak perlu takut pengasuh ketuk kepala anaknya, tak perlu risau suami bosan rumah kosong sebab isteri hanya 'layan' bos di pejabat yang bayar gajinya lebih mahal dari mas kahwin suami sendiri, so, 'bos' di rumah tiada maknanya lagi. 2 tahun dan mencapai rank Master dengan pendapatan BULANAN 5 hingga 6 ANGKA (baca kuat-kuat BULANAN tu kat kawan sebelah).
Sambil boleh jaga anak sendiri, tak perlu takut pengasuh ketuk kepala anaknya, tak perlu risau suami bosan rumah kosong sebab isteri hanya 'layan' bos di pejabat yang bayar gajinya lebih mahal dari mas kahwin suami sendiri, so, 'bos' di rumah tiada maknanya lagi. 2 tahun dan mencapai rank Master dengan pendapatan BULANAN 5 hingga 6 ANGKA (baca kuat-kuat BULANAN tu kat kawan sebelah).
Anda masih nak beralasan lagi atau anda nak mula jejak langkah bersama kami dari hari ini. Anda decide...sebab saya yakin semua yang membaca post ni sama bijak dengan kami semua. Cuma yang membezakan kita adalah TINDAKAN. Anda LEWAT bertindak seminit, ada orang akan LAJU bertindak setiap saat.
1. Saya just nak jelaskan sejelas-jelasnya tentang MLM yang patuh syariah ni berbeza dari yang lain baik sistemnya, produknya, programnya dan keseluruhannya pasti tidak sama.
2. Bukanlah niat saya cerita 'berangka-angka' ni dan disulami sedikit jentikan nakal pada hati anda untuk tujuan menjatuhkan self-esteem anda, bahkan niat saya adalah sebaliknya.
Izinkan untuk saya nak tiup sifat TAKUT dalam hati anda dan bisikkan sifat BERANI BERUBAH dalam hati dan akal anda.
3. Sedikit selingan tentang diri saya dalam Shaklee ni bukanlah untuk riya' atau ta'jub pada diri tapi hanya sebagai INSPIRASI untuk anda kerana saya pun bermula dari zero tentang bisnes. Now, I prove it that I can success also like others even I don't have a scroll that written there, Master in Business Administration.
Gambar terakhir sebelum pulang ke JB pada malamnya. Saya tukang tangkap gambar je, wakil saya ada dalam gambar tu. |
Saya tinggalkan anda dengan satu quote,"Your life, your choice, choose consciously, choose wisely and choose honestly". Saya doakan anda berjaya dunia akhirat dengan pilihan anda. Hanya itu sahaja saya mampu lakukan jika anda masih belum tergerak hati untuk bertanya saya SEKARANG,"Macam mana saya BOLEH BERJAYA dalam bisnes ni ye, ustaz?".
Semoga Allah bukakan hati anda, luruskan niat anda dan izinkan keazaman dan tindakan luar biasa dari anda berlaku SEKARANG! Amin.
Salam sayang dari saya,
____________________
Mohd Taufiq,
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
*Bagi yang tidak keberatan untuk share bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan penerangan yang jelas dan menghilangkan keraguan dari hati mereka. Jom kita lahirkan lebih ramai usahawan melayu yang kaya dan berjaya.
** Master adalah rank ketujuh dan tertinggi di dalam Shaklee.
** Master adalah rank ketujuh dan tertinggi di dalam Shaklee.
0 comments :
Post a Comment