Thursday, 23 January 2014

Posted by Unknown On Thursday, January 23, 2014
Assalamualaikum semua. Semoga anda berada dalam keadaan sihat-sihat selalu.

Hari ni nak perturunkan sedikit ilmu. Cewah. Bukan perturunkan sangat pun, hanya sebagai satu perkongsian buat mereka yang benar-benar ingin terjun ke dunia bisnes. Sementelahan sekarang pun kerajaan dah mula membenarkan penjawat awam untuk mencari side income di luar waktu pekerjaannya. Benar-benar menunjukkan bahawa keadaan ekonomi bukan lagi berada dalam keadaan yang 'menyelesakan' rakyatnya.

BISNES BERPENCEN VS BISNES TANPA PENCEN

Kebanyakan orang yang terjun dalam bisnes biasanya tiada ilmu bisnes yang cukup untuk buatkan mereka survive dalam dunia tersebut. Banyaknya yang terjun tiruk kerana pada mereka, hanya dengan semangat pun sudah cukup untuk mereka berjaya. Itu mimpi namanya.

Kurang percaya??! Sila lihat di sekeliling anda, ramai sekali orang yang tinggalkan kerjayanya dan berniaga hingga mati, selama-lamanya dalam hidup mereka tanpa pencen. Sedangkan pekerja kerajaan dan swasta juga ada pencennya. So, rugi sangat kalau terjun tiruk gitu. Sini, saya pimpin tangan anda sedikit demi sedikit. Jika anda memahami bisnes sebenar, tentu anda tahu bahawa bisnes adalah untuk pencen muda atau pencen lebih awal dari pekerja biasa, bukan sebaliknya. Pendek kata,"Retire young, Retire Rich".

Jadi sebaiknya, fahami objektif bisnes tersebut, baru anda boleh dianggap sebagai usahawan sejati.

5 TIPS PENCEN MUDA

5 tips ni terletak dalam 5 perkatan iaitu FOCUS. Jika diuraikan akan terhasil Forget Other Commitment Until Success. Maksudnya adalah sila abaikan semua perkara negatif dan pelbagai komitmen lain hinggalah anda sampai ke tahap yang selesa di dalam bisnes.

Pernah tak berjumpa dengan orang yang ada 15 jenis perniagaan di permulaan bisnesnya?! Jika ya, itu memang cari penyakit namanya. Itu juga dikira sebagai tidak FOKUS. Sangat-sangat dinasihatkan untuk usahawan baru untuk menumpukan hanya satu bidang bisnes tertentu sahaja supaya ia lebih mudah memahami dunia perniagaan di samping memudahkan mereka mencapai kejayaan dalam bidang tersebut pada tahap paling maksimum sebelum berpindah ke bidang bisnes yang lain.

Ringkas katanya, satu-satu. Jangan terlalu nak cepat sangat kaya, takut derita yang menanti di depan nanti. Begitu juga dengan komitmen masa dan tenaga. 

Di awal perniagaan bertapak, sebolehnya berkhidmatlah sepenuh jiwa dengan biznes anda...jangan lari fokus bila tengok orang lain buat bisnes lain lebih laju darinya.

Jangan cuba menjadi orang lain. Jadi diri sendiri dan sentiasa tambahkan ilmu dalam bisnes, walau apa jua cabang sekalipun.

Kena sentiasa ingat bahawa rezeki kita lain-lain caranya. Bila anda fokus, sentiasa ingatkan diri, sentiasa komitmen dengan biz sendiri, insyaallah anda pasti kaya, berjaya dan bahagia di pengakhirannya.



0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...