Thursday 20 February 2014

Posted by Unknown On Thursday, February 20, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Akhir-akhir ini, saya selalu mengikuti perkembangan ruangan mencari kerja dan mendengar cerita rakan-rakan yang sudah mula berhenti kerja, sama ada mencari kerja baru ataupun bekerja sendiri. Tahniah diucapkan untuk permulaan hidup baru. 

Di tempat kerja saya sendiri pun hampir setiap bulan ada sahaja yang berhenti kerja untuk plan hidup seterusnya. 

Itulah kehidupan bekerjaya, ada yang datang dan pergi. Masing-masing punya perancangan yang teliti dengan hidup mereka, jangan dipersalahkan atau dipandang serong.

Fenomena kini pun sangat membimbangkan majikan-majikan di Malaysia apabila fenomena graduan universiti yang semakin kurang mencari kerja tetapi semakin ramai pula pekerja mahirnya mula berhenti kerja!

Satu realiti kebangkitan bangsa Melayu dalam memperkukuhkan ekonomi dengan mula bekerja sendiri atau menggunakan kemahiran tersebut pada bidang yang selayaknya.

Jom tengok 7 alasan KUKUH untuk anda pertimbangkan untuk mula menulis surat resign anda sendiri.

1- Anda mula tidak suka hari Isnin.

Berasa sedih apabila weekend berakhir dan Isnin datang kembali itu perkara biasa. 

Tapi jika anda membayangkan masuk pejabat, bekerja, bertemu majikan, rakan kerja dan semua yang terjadi  pada hari Isnin menyebabkan anda muak dan tertekan, itu parah!



Maksudnya jika boleh, tentu anda tak ada 'hati' nak berada di sana. Mungkin anda hanya bertahan hanya demi sebuah pekerjaan? 

Tapi untuk apa menyeksa diri dan menghabiskan hidup di tempat yang anda kurang minat melaburkan hari anda di sana sedangkan orang lain dapat menikmati pekerjaan mereka?

2- Passionate anda semakin berkurangan.

Pekerjaan yang ideal adalah apabila kita dapat melakukan apa yang kita sukai. Walaupun tak semua orang seberuntung itu, tapi jika kita berjaya mencintai kerjaya sedia ada, maka segala aktiviti di pejabat tak akan terasa berat. 

Bahkan walaupun pekerjaan itu berat dan melelahkan, anda masih juga selesa di pejabat. Namun jika anda mulai rasa terpaksa dan mungkin juga benci dalam menyelesaikan tugas hingga mencari alasan untuk tak datang kerja, untuk apa diteruskan lagi?

Sangat baik jika anda dapat pupuk sifat suka dalam pekerjaan anda setelah anda graduate dari IPT tetapi jangan lama-lama. Selepas 2-3 tahun, mulalah cari kerjaya yang anda sukai. Bila anda sukai kerja anda, passion anda juga tinggi!

3- Masalah pengurusan atau kewangan syarikat

Jika pengurusan sesbuah syarikat penuh dengan birokrasi dan politik pejabat di samping permasalahan kewangan syarikat yang tidak kukuh, adalah sewajarnya anda perlu cepat-cepat menulis surat berhenti kerja.

Walaupun diakui ada sesetengah syarikat yang berjaya mendapatkan kepercayaan pekerjanya hingga ada yang sanggup bekerja dengan gaji yang tidak menentu, tetapi harus tunggu hingga bila jika pengurusan syarikat tidak berusaha untuk menyelamatkan syarikatnya?!



Malahan, akhir-akhir ini banyak sekali syarikat yang dilaporkan media tidak menjaga kebajikan para pekerja mereka, malahan ada juga yang sengaja tidak sensitif dengan beban kenaikan taraf hidup para pekerjanya, maka tunggu apa lagi, carilah pekerjaan lain yang lebih terjamin, baik dari segi kerjaya ataupun kewangan.

Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’, dibuli dan dipergunakan oleh majikan. Bukan RM yang dikejar tetapi kebajikan yang diharapkan!

4- Stress yang keterlaluan

Tekanan kerjaya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Betulkan?! 

Apabila akhir-akhir ini anda sering mengalami stress hingga mengalami kemurungan (depression), itu tandanya anda sudah bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. 

Hanya ada 2 pilihan sahaja, bercuti pendek (melancong) atau bercuti panjang (berhenti), anda pilih mana yang sesuai dengan diri anda.


Jangan biarkan hidup anda diselubungi STRESS!

Ramai yang memandang ringan kesan stress ini walaupun mereka tahu ia sangat berbahaya hingga dikategorikan sebagai punca hampir kebanyakan penyakit kronik di dunia. 

Stress mampu mengganggu kesihatan anda. Insomnia, nafsu makan bertambah atau semakin menurun, cepat emosi dan daya tahan tubuh terhadap penyakit pun menurun. 

Jangan biarkan ini terus terjadi karena kesannya sangat besar pada kesihatan dan kehidupan sosial anda. 

Bangkitlah dan cari pekerjaan baru yang sesuai dengan keinginan anda!

5- Hidup mati dengan kerja

Ini golongan workaholic yang hidup matinya hanya semata-mata untuk siapkan kerja. 

Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang tahu menyeimbangkan antara hidup dan kerjaya. 

Kerjaya yang hebat tidak menentukan kebahagiaan anda. Tapi kerjaya yang berkat pasti membahagiakan anda!



Nak kerjaya berkat selang-selilah dengan amalan kerohanian yang diajar oleh agama, jalinkan persahabatan, bentukkan konsep kekeluargaan di pejabat dan di rumah dan berikan hak yang sepatutnya kepada setiap manusia di sekeliling kita.

Kan Nabi SAW sudah lama bersabda,"Dan bagi setiap sesuatu itu ada haknya. Maka berilah hak tersebut kepada yang berhak menerimanya". 

Hadis ini adalah teguran kepada seorang 3 orang sahabat yang ingin berterusan beribadat kepada Allah hingga tanpa sedar telah mengabaikan hak orang lain dalam hidup mereka.

6- Merasa diri dipergunakan dan tidak dihargai.

Malangnya kita jika mendapat kerja seperti ini. Sudahlah dipergunakan untuk membuat 40 kerja dalam satu posisi jawatan yang lain, malahan anda juga tidak dihargai. 

Jika setelah bertahun-tahun kerja tetapi masih dipinggirkan untuk dinaikkan pangkat walaupun segala macam jenis kerja telah anda lakukan, maka mungkin masanya untuk anda sudah tidak membazirkan masa di sana.

Pergilah ke tempat lain yang lebih menghargai anda dan kelulusan atau kemahiran yang anda ada. Jangan menyesal untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik. 

Walaupun anda membawa diri ke tempat lain dengan 'tersentap' hati tapi buktikan semula bahawa bekas majikan akan akan tersentap juga setelah ketiadaan anda.



Lihat juga potensi pengembangan karier anda di pejabat tersebut. Jika kursus pun diadakan setahun sekali dengan alasan bajet tak mencukupi, nampak sangatlah bahawa itu bukan tujuan utama syarikat anda dalam menjadikan anda pekerja mahir dalam bidang tersebut.

Mungkin juga syarikat tidak ingin anda keluar dari kepompong mereka kerana ketiadaan kemahiran, pengalaman dan potensi yang diperlukan oleh industri ketika itu adalah sangat menyulitkan untuk anda berpindah kerja di tempat lain.

Jangan buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut sebelum umur anda menginjak ke usia 'tidak diterima bekerja'!

7. Suka merungut tentang kerja anda.

Saya sering berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak gembira dengan kerjaya yang disandang sekarang. Hampir setiap kali berjumpa, asyik merungut jer. 

Di mana-mana je pasti cerita tentang masalah pejabat, maka penyakit 'trauma' pekerjaan ini hanya boleh dihilangkan dengan pekerjaan baru.

Kebanyakan yang merungut adalah tentang lambakan kerja dengan hasil gaji yang tidak lumayan atau bersesuaian dengan pekerjaan. 

Adalah sangat zalim jika majikan terus memberi gaji kepada para pekerja mengikut kelulusan mereka sedangkan dunia Barat telah lama membayar gaji mengikut prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja mereka.



Inilah yang disebut oleh Muhammad Abduh,"Aku menjumpai Islam ketika aku di negara bukan Islam dan tidak aku temui Islam di dalam negara Islam".

Itulah yang diajar oleh Islam, beri upah berdasarkan prestasi kerja bukan semata-mata kelulusan. Hatta Nabi SAW bersabda,"Berilah upah kepada pekerjamu sebelum kering air peluhnya". 

Hadis yang ditafsirkan oleh para ulama tentang aras ketetapan gaji berdasarkan prestasi kerja dan tempoh pembayaran gaji yang jelas untuk panduan kita di akhir zaman ini.

Anda ada tak ciri-ciri ni? 

Kalau ada, bersiaplah untuk meninggalkan kerjaya anda sekarang dan pilihlah untuk bekerja dengan ikhlas dan diberkati, dihargai dan dirahmati. Hidup adalah PILIHAN. Pilihlah yang terbaik untuk kehidupan anda!



Untuk mereka yang tersepit dengan keadaan pekerjaan ini, bolehlah download ebook tulisan saya ini secara PERCUMA.

Semoga anda dapat inspirasi dari ebook eksklusif ini. Klik SINI.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

194 comments :

  1. memang rasa nak berhenti kerja dah nie

    ReplyDelete
  2. Kalau tak rasa 'berani' teruskan la aja kerja yang sedia ada dan jangan komplen macam filem labu-labi " hari-hari cari kayu api ". hehehe... entri yang mantap.

    ReplyDelete
  3. salam...
    saya dah berkhawin husband kerja kerani sekolah sahaja
    saya nak berhenti kerja just nak buat bisnis but ada ka perlu saya berhenti ngan gaji rm900 sebulan ngan tanggungan hutang mcm mna??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam puan....Nasihat saya adalah tinggalkan zon selesa anda sekarang utk dapatkan zon lebih selesa pada masa akan datang. Tinggalkan 3,4 hatta 5 angk utk puan dapatkan semula jumlah tu tp dengan cara yg lebih seronok dan lebih bebas.

      Buangkan rasa pergantungan kepada gaji atau majikan, selitkan rasa pergantungan sepenuhnya pada Allah dan rezekinya.

      Delete
  4. salam, boleh ke bantu saya mcm mna nak tetapkan hati untuk berhenti kerja? bukan apa saya rasa dah tak seronok kerja dengan suasana boss yang jenis suka mengumpat staff.. dan staff baru masuk pun jenis kaki bodek.. skrg saya nak berhenti tapi hati saya berbelah bagi..saya dah pun buat istikarah..jwpnnye hati sy rasa tak seronok bila di tempat kerja.. dan suasana pun dah buat saya tension.. untuk makluman saya juga telah dapat kerja lain berhampiran tapi walau macam mana pun hati saya tetap berbelah bagi unttuk memberi notis berhenti..saya harap semua yang membaca boleh beri pndngan dan cdangan kpd sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika telah istikharah, maka ikutlah jawapan istikharah kera tidak akan menyesal org yg beristikharah dan mengikut jawapan istikharahnya. Berhentilah, mulakan pekerjaan baru dengan hidup baru. Beri 'peluang' kepada diri utk berjaya di tempat lain pula.

      Dan maafkan majikan dan rakan2 anda. Memaafkan bukan beerti kita kalah, tapi kita memaafkan kerana kita layak untuk bahagia.

      Delete
  5. salam,umur saya baru 22 tahun dan baru sahaja menamatkan pelajaran december tahun lepas. Saya telah bekerja sbg admin asst 6 bulan yg lepas dan kini saya baru sahaja bekerja 2 bulan untuk majikan yang baru. Masalah saya, saya rase keliru dengan jawatan saya sekarang yang seakan tidak mmbawa ape ape erti. Saya tak boleh menerima bahawa saya downgrade ke position lebih rendah daripada position 6 bulan yg lepas. Bila jadi mcm tu, hati saya macam tak ikhlas untuk bekerja sbab saya rasa macam di pandang rendah. Environment tempat keje ni bagus dan kebajikan pekerja nye dijaga based on ape yg staff lama maklumkn kepada saya. Masalah saya hanyalah tak nak dipandang rendah sbb saya ada kelulusan tinggi namun ini sahaja taraf yang saya boleh capai. Tolong bantu saya tetapkan hati saya dan bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah tuan kerana berjaya mempunyai kerja.

      Jika tuan hendak tetapkan hati, pertama sekali, BERSYUKUR!

      Apa2 pun bersyukur. Kerana dari syukur itulah datangnya rezeki yg lebih besar.

      Mungkin tuan rasa macam tak berfungsi utk satu-satu jawatan tapi mungkin banyak 'pelajaran' yg akan tuan belajar daripadanya apabila tuan mula bersyukur.

      Solat sunat Dhuha jangan ditinggalkan. Itu kunci kejayaan akan datang.

      Jika perlukan istikharah, beristikharahlah untuk tetap berada dalam syarikat yg sama atau sebaliknya.

      Delete
  6. Asslamualaikum saya berusia 22 tahun, saya sudah bekerja hampir masuk 2 bulan tetapi hati saya tidak tenang setelah saya bertekak dengan supervisor saya yang suke menghina dan mencari kesalahan saya yang walaupun sekecil kuman, saya suka dengan pekerjaan saya tetapi sikap supervisor saya yang suke mencari kesilapan saya, yang menghina saya dan lokek untuk mengajar atau memberi ilmu nya. hati saya mula terasa tawar untuk ke kerja. jika saya berhenti adakah cara saya ini diibaratkan seperi tidak bersyukur dengan rezeki Allah dan tidak pandai bersyukur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Pertama, puan perlu faham tentang syukur itu sendiri. Syukur adalah tanda terima kasih kita kepadaNya atas NIKMAT yang diberi. Situasi puan ni lebih kepada sifat sabar. Iaitu, tanda menahan diri dari menyalahkan Allah atau orang lain atas musibah atau ujian yang menimpa. Sabar juga tak menafikan usaha.

      Jika cik rasakan tiada lagi kegembiraan di sana, USAHALAH untuk mencari pekerjaan serupa di tempat lain. Berusaha keluar dari musibah juga adalah tanda syukur kerana usaha itu sendiri nikmat dan keberanian yg Allah campakkan di dalam hati. Elakkan seksa hati dan diri di tempat yang puan tidak ikhlas bekerja. Ia akan lebih banyak merosakkan diri dan hidup puan sendiri.

      Allah juga berfirman ayat ini sebagai 1 galakan untuk berusaha mencari suatu pekerjaan yg kita suka dan Allah redha,

      “Bukankah bumi Allah itu luas? Maka berhijrahlah (teroka/berpindah) di bumi itu” (Q.S. 4 ; 97)

      “Sesiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak” (Q.S . 4 ; 100)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam puan....

      Pertanyaan puan di akhir tahun 2014 ini sangat tepat dengan masanya.

      1. Ada eloknya puan menggunakan kemahiran tersebut sebagai satu cara untuk melakukan side income. Maksudnya sediakan servis tersebut untuk membantu menyelesaikan masalah orang sekeliling dengan bayaran yang setimpal.

      2. Tambahkan ilmu untuk lakukan side income aka bisnes kecil-kecilan ini. Ia bukan sahaja memantapkan kemahiran sedia ada malahan dapat menjadi sumber pendapatan yang lebih baik.

      3. Cari mentor yang baik supaya puan lebih mudah untuk berjalan dalam melaksanakan projek side income puan di samping ia juga sebagai sumber inspirasi puan utk berjaya.

      Mudah-mudahan menjawab persolaan puan,

      Delete
  8. Assalamualaikum..skrg saya bekerja di sektor awam sebagai seorang pengajar di sebuah institut kemahiran di Sabah.saya telah bekerja sebgai pnjawat awam hampir 1 tahun.sebelum ini saya ade mendapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat GLC tetapi saya telah menolak tawaran tersebut kerana gaji yg lebih kecil dan merasakan hanya bekerja di sektor yg boleh menjamin kehidupan saya.tetapi saya rase saya silap membuat keputusan.selepas saya menolak twaran drp syarikat tersebut saya merasa amat menyesal sekali kerana telah melepaskan kerja yg merupakn minat saya yg sebenar hanya disebbkn gaji yg ditwarkn lebh kecil drp gji yg ditwarkn kerajaan.sebenarnye saya tdk berminat utk mengajr dan disbbkn kerja sbg penjawat awam saya masih berthn.rse menyesal kerana tdk berhenti kerja tempoh hari.saya merasakn saya tdk seronok dan tidk ikhlas utk bekerja.setiap hari saya bngun dri tdo, pg saya akn berfkir tntang kerja saya sekrg.saya cube mlupekn bnde yg lps tetapi x bleh.sdh brpe buln hmpir setiap hari sy fikir mslh ni.smpi mnjdi stress..mohon drp admin sdkt nsht dan bg sy care utk menyelesaikn mslh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan. Saya rasa gembira bila tuan akui bahawa tuan ada 'minat' tersendiri, sekalipun bukan kerjaya tuan sekarang. Tak ramai orang tahu apa minatnya dan lagi kurang yang berjuang untuk melakukan apa yang ia minati.

      Saya cadangkan:

      1. Istikharah dan solat hajat. Minta petunjuk dari Allah untuk sebarang keputusan tuan pada masa depan.

      2. JANGAN BERHENTI KERJA dulu. Sekurang2nya bukan pada tahun 2015. Saya ada alasannya. Gunakan wang dan masa setahun yg ada ini untuk mengasah kemahiran dari minat tuan itu sama ada dengan menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi atau mula memohon untuk bekerja dengan syarikat GLC atau lainnya.

      3. Atau gunakan minat tuan sebagai kerjaya di waktu lapang selain waktu pejabat. Jadikan 'minat' itu sebagai modal untuk menambahkan pendapatan di samping mengilatkan kemahiran itu. Mulakan kecil-kecilan, manatau rezeki, mungkin anda boleh bekerja sendiri satu masa nanti. (Jika saya tahu minat tuan, pasti lebih mudah saya cadangkan jenis bisnes yg tuan boleh jalankan dgn kemahiran itu.)

      4. Minta pandangan ibu bapa, senior dalam pekerjaan tuan sekarang, orang sekeliling sebelum tuan membuat persediaan berpindah kerjaya. Pandangan mereka juga perlu ditimbangkan sebaiknya untuk kebaikan tuan.

      5. Jika terasa kerjaya sekarang menyesakkan jiwa tuan, istighfar, lapangkan dada, betulkan niat semula. Mengajar juga adalah kerjaya yang baik sekalipun tuan tiada minat di dalamnya TAPI percayalah setiap aturan Tuhan itu pasti ada 'kebaikan' yg terselit di dalamnya. Mula fokus untuk mengajar...bukan kerana duit, bukan kerana minat tapi kerana tujuan develop your skill dan persediaan masa hadapan.

      Semoga cadangan saya dapat membantu permasalahan tuan.

      'First, love what you do,
      then do what you love'

      Delete
  9. Terima kasih cikgu mat atas nasihat dan cadangan yg diberikan. Minat saya dalam kerjaya yg sebenarnya adalah jenis hands on job dalam bidang teknikal oil and gas. Sebelum saya kerja sebagai pengajar saya pernah menjalani latihan industri di salah satu anak syarikat Petroliam Nasional Berhad sebagai juruteknik. Saya merasakan saya lebih cenderung membuat kerja2 tersebut walaupun kerja tersebut agak berisiko tinggi dan mengotorkan tangan berbanding kerja sbg pengajar yg tidak memerlukan mengerah tenaga yg bnyak. Selepas 6 bln saya menamatkan latihan industri di syarikat tersebut saya telah ditawarkn kerja di syarikatt tersebut sebagai juruteknik. Tetapi saya telah menolak tawaran tersebut kerana saya ragu2 utk membuat keputusan pada masa itu sama ada berhnti kerja gov atau pun tidak. Akhir sekali saya mengmbil keputusan untuk teruskn kerja sbg pengajar. Tetapi hasilnye saya rase menyesal hingga ke hari ini dan tidak semangat untuk bekerja. Selepas itu baru saya dapat tau minat saya yg sebenar. Saya tidak biasa membuat kerja pengurusan dan kurang minat dgn kerja2 tersebut kerana saya telah biasa kerja hands on iaitu kerja saya sebagai juruteknik di industri sebelum ini. Selain itu punca saya stress dgn kerja sekarang adalah disebabkn sistem pengurusn yg agk teruk dan staff lain yg tidak komited dalam tugas masing2. Yg terkesannya adalah saya sbg staff bru yg banyak lagi tidak tahu pasal tugas sbg pengajar ni. Sampai 1 tahap saya merasekan mahu berhenti kerja. Rakan2 yg banyak mengesorkan agar tidak berhenti kerja gov ni. Saya telah banyak mendengar pendapat org lain. Saya rase, saye buat keputusan mengikut kata2 orang lain. Rase agk menyesal tidak berhenti dulu. Sekarang saya terpaksa bekerja dgn apa yg saya tidak suka. Terasa tidak ikhlas untuk bekerja dan merasa hasil gaji yg saya dapat tidak berkat. Itulah serba sedikit kenapa saya tidak suka dengan kerja sekarang dan mahu mencari kerja lain. Tlg cikgu mat memberi sedikit cdngn dan nasihat pada saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah tuan telah berhenti kerja? Saya berminat untuk tahu keadaan tuan sekarang. Saya sangat kagum dengan keazaman dan keberanian tuan yg tiada pada orang lain yang ramai. :)

      Delete
    2. Assalamualaikum cikgu mat. Maaf kerana agk sudah lama tidak singgh di blog cikgu mat. Utk makluman cikgu mat sy telah mndpt twrn kerja baru yg saya rasakn kerja baru yg sy dpt adalah ape yg sy minat. Cume gaji yg ditwrkn agk rndh dgn gji yg sy dpt skrng. Tp wlpun gji yg ditwrkn agk rndh, tmpt kerja itu dkt dgn rmh isteri sy dan sy dpt tggl brsme2 dgn istri dan ank yg bkl dilahirkn x lama lg kerna sudah lme sy tggl berjauhan dgn istri sejak kawin lg.isteri sy baru bkerja dan sy bg kebenaran utk dia bekerja dahulu. Cume sy positifkn dri sy dan yakin rezeki Allah ad dimana2. Wlpn dpt gji agk rndh tp dpt hdup brsme dgn kelurge merupakn 1 nikmat dan dpt ank mmbesar di dpn mate sy. Skrg ni sy sdg menguruskn peletakn jwtn sy di kerjaan dan menunggu hari istri sy hndak berslin utk ank kami yg pertma tidak lama lagi. Sy anggap ini adalah rzki kami sekeluarga kerana akhirny kami dpt tggl bersme setelah bbrpa thun tggl berjauhan. Tggl berjauhn dgn istri merupkn 1 dugaan dan perlukan kesabaran.

      Delete
    3. Alhamdulillah. Semoga tuan terus bahagia dengan kerjaya baru dan 'keluarga' baru. Terima kasih kerana terus sudi bersama saya berkongsi kisah kehidupan dan kerjaya :)

      Delete
  10. Salam cikgu. Saya baru berhenti kerja. Alasan saya berhenti sebab saya tak tahan dengan perangai bos yg suka mengumpat staff, suka suruh orang lain campur urusan kerja saya. Ada pekerja baru masuk pula jenis kaki bodek dan menghuru-harakan kerja saya. Saya telah cuba bersabar sehingga satu tahap saya tak mampu bersabar. So saya ambil keputusan untuk berhenti. Saya percaya rezeki Allah luas dan saya mahu membina kerjaya di tempat lain. Saya suka dengan kerjaya sekarang tapi tidak bersetuju dengan pegurusan syarikat yg amalkan sikap bodek-membodek. Adakah keputusan yg saya buat betul? Mohon pandangan dari cikgu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan. Keputusan tuan betul apabila percaya rezeki Allah luas dan mendapat kerjaya yang lebih menggembirakan. Saya tumpang gembira. :)

      Delete
  11. Salam cikgu Mat, saya baru berhenti kerja hari ni atas sebab tak tahan dengan sikap boss yang agak perkauman dan tak pernah hargai hasil kerja saya. saya dah pun dapat kerja baru dan saya juga bersyukur atas pertolongan Allah dengan rezeki yang diberikan. Adakah keputusan yang saya lakukan ini betul. Maklum lah. kerja di tempat lama mula2 memang okay kerja tak ada masalah dan saya sendiri pun sanggup buat satu sistem untuk company supaya company saya menjadi lebih mudah/senang tapi semuanya dipandang sepi. malah kesalahan orang lain di lontar kan kepada saya yang tak tahu pucuk pangkal cerita. akhir sekali saya ambil keputusan cari kerja lain dalam diam dan berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasalah melakukan kerja yang baik. Sesungguhnya Allah dan nabi melihat kerja buat anda. :)

      Delete
  12. Assalamualaikum....saya bekerja di syarikat ini sudah hampir 12 tahun. Semakin lama saya semakin demotivasi apatah lagi selepas penstrukturan semula syarikat.Stress level saya semakin meningkat serta semakin tidak suka berada di tempat kerja. Tetapi dengan keadaan ekonomi tahun ini beserta dengan perniagaan yang baru diusahakan bersama suami yang masih hijau saya masih di berani untuk melepaskan kerja saya ini. Sementelaah gaji saya adalah agak besar serta tahap tanggungan yang agak tinggi. Apakah yang perlu saya lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solat istikharah 2 rakaat dan kemudian cuba tulis surat berhenti kerja dan rasai keputusan yang diberikan oleh hati nanti.

      Jika hati rasa tenang ketika tulis atau setelahnya, itu tandanya berhentilah dan berusahalah dengan bisnes yg masih hijau itu.

      Jika rasa sebaliknya, teruskan kerja tapi solatlah istikharah dan solat hajat setiap hari. Minta Allah mudahkan pekerjaan dan buat keputusan bila sepatutnya puan boleh berhenti kerja.

      Delete
  13. AsSalam tuan... saya nak minta pendapat. saya bekerja tp dlm masa yg sama sy minat dlm perniagaan. skrg ni dh seminggu sy cuti kecemasan sbb nak berniaga. saya paksa diri saya utk bekerja sedangkan sy x suka pergi keje. saya kerja utk mbayar hutang2 saya. pd pendapat tuan patut x sy berhenti kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam puan. Sebelum berhenti kerja pastikan ada sedikit simpanan supaya jika apa-apa terjadi pada perniagaan, puan masih boleh berdiri dengan gagahnya.

      Bercuti semata-mata nak berniaga? Keputusan yang baik kerana puan amanah dengan kerja puan. Jika disekalikan kerja + perniagaan, dikhuatiri amanah pekerjaan telah dicerobohi yang memberi kesan kepada keberkatan rezeki.

      Berhenti kerja?
      Istikharahlah dan tanya hati. Jika kuat keinginan untuk berniaga dan cukup persediaan, berhentilah.

      Jika belum kukuh persediaan, usahalah untuk seimbangkan kerja dan perniagaan. Tiba masanya, berhentilah dan mulakan perniagaan puan dengan senang hati.

      Delete
  14. Assalamualaikum tuan, mohon pendapat tuan. Saya baru bertukar kerja baru dan baru bekerja selama sebulan. Tapi selama sebulan ni, hati saya selalu susah hati sehingga sukar tidur malam. Saya merasakan tiada komunikasi yang bagus antara rakan sekerja di mana mereka jenis yang 'keep to themselves' membuatkan saya rasa hilang keseronokan bekerja. Tambahan pula syarikat tersebut merupakan syarikat cina di mana surau tidak disediakan. Mereka membenarkan saya solat di meeting room tetapi sukar bagi saya utk solat apabila meeting dijalankan. Tiada surau berdekatan melainkan perlu drive ke luar.Pada mulanya saya anggap semua ni alasan kerana belum dapat menyesuaikan diri di tempat baru tapi hati saya ingin berhenti namun risau tidak dpt mencari pekerjaan baru. Mohon nasihat tuan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam puan.

      1. Islam agama keluasan. Bab solat, puan boleh solat di mana sahaja sekalipun di sudut meja puan atau di sudut dinding. Asalkan bersih dan tidak terganggu atau mengganggu urusan orang lain dalam pejabat.

      2. Untuk seronok bekerja, puan perlu mencorakkan suasana sekeliling, bukan suasana itu yang mencorakkan puan. Perlu sabar dan berusaha untuk mengubah sistem sosial pejabat sedia ada untuk beberapa ketika. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin 3 tahun.

      3. Jika tidak berjaya juga setelah beberapa lama, istikharah dan carilah pekerjaan baru. Semoga dengan bimbinganNya, puan dapat bertemu dengan pekerjaan yang lebih sesuai.

      Delete
  15. Salam Cikgu Mat, saya berusia 24 tahun dan lulusan sebuah kolej kerajaan. saya sudah bekerja di sebuah hospital kerajaan selama 2 tahun. Pada mulanya saya amat bersemangat untuk bekerja dan saya bekerja dengan rajinnya. Namun setelah sekian lama, bos pandang saya ni rajin dan suruh saya buat kerja macam2.. padahal orang lain tidak disuruhnya atas alasan orang lain malas nak buat. kemudian kalau saya tak buat kerjatersebut bos potong markah skt saya, marah saya depan orang lain dan jadikan saya ni macam punching bag bila dia ada masalah. Bos nak bagi pekerja lain terasa seperti mereka tak boleh diharap dengan bagi saya kerja macam2.. tapi last2 sy jugak yg stress sebab sy seorang je yg kena buat kerja2 tu.. saya rasa mula hilang minat kerja di sektor kerajaan dan mahu membuat bisnes tapi saya sendiri buntu dan tak yakin dengan masa depan saya.. mintak pendapat cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasslama cik puan.
      Tahniah diucapkan kerana orang seperti andalah, perkhidmatan awam berjalan lancar tanpa sebarang birokrasi yang tak diperlukan.

      Untuk masalah anda:

      1. Anda seorang yang rajin tetapi anda kena faham bahawa setiap perkara itu ada haknya. Hak badan yang letih, hak keluarga yang memerlukan, hak suami dan anaka2 (jika ada) yang perlukan perhatian. Jadi, sebelum hidup anda menjadi kucar kacir, berikan semua perkara itu haknya.

      2. BERBINCANG. Ini adalah masalah komunikasi dengan bos anda. Jika anda selalu menerima tugas tetapi kerana sebab tertentu, anda menolaknya, ia akan memberi persepsi negatif bos itu kepada anda. Mungkin ia merasakan anda telah berubah sikap atau terpengaruh dengan sikap rakan2 yang lain. Berbincang dari hati ke hati. Nyatakan mengapa anda menolak tugas2 tertentu pada waktu2 tertentu.

      3. Teruskan pekerjaan anda untuk seketika di samping anda usahakan untuk selesaikan masalah anda dengan berbincang, dengan solat hajat dan lainnya. Jika masi terasa berat untuk anda, maka istikharahlah sama ada pekerjaan itu serasi dengan anda ataupun tidak.

      4. Jika cik puan ingin buat bisnes, boleh contact saya (019 248 6694) untuk saya kenalkan dengan perniagaan yg berkaitan bidang kesihatan cik puan sebagai side income. Jika cik puan dapat yakin dengan masa depan bisnes ini suatu ketika kelak setelah dijalankan, ketika itu berhenti kerja menjadi satu pilihan yang bijak untuk anda.

      Saya harap jawapan ini dapat membantu. :)

      Delete
  16. assalam cikgu mat saya isnur ingin minta pendapat cikgu mat saya bekerja di sektor swasta dan tahu dan rasa diri ini tak dihargai dicampak sesuka hati untuk buat kerja berbaki sahaja, jadi saya juga ada masalah anak saya yang perlukan saya kerana masalah pembelajaran saya pernah menyatakan kepada suami pada mulanya suami setuju tapi setelah saya bertanya sekali lagi dia menyatakan yang saya perlu tunggu hingga habis kereta saya dilangsaikan dan saya merasa kan matlamat saya adalah anak saya yang perlukan bantuan lagi pekerjaan saya yang tidak dihargai dan saya rasa kereta saya tak perlu kerana saya sudah ada kereta satu lagi tapi suami kata ikut saya jer apakah penyelesaiannya saya tak tahu dan keliru tapi kuat hati ini untuk berhenti sejak tahun lepas lagi untuk anak saya kerana anak saya bermasalah dari segi pertuturan, telinga dan sekolah masih berumur 5 tahun saya rasa dia perlukan saya bagaimana cikgu rasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasslm cik puan. Maaf kerana lewat menjawab. Kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Ini yang saya cadangkan untuk puan.

      1. Sebagai ibu, anak adalah lebih utama dari segalanya. Tidak guna duit berjuta jika anak dan keluarga umumnya menderita di masa depan.

      2. Saya sarankan puan berhenti kerja dengan berbincang masa depan keluarga dengan suami. Suami pasti faham. Jika beliau tidak faham, puan tetap boleh berhenti kerja kerana hak nafkah adalah hak suami, bukan isteri. Tapi perlu sy tekankan, saya sarankan berbicang dahulu. Jangan berkeras dengan suami. Guna cara yang lembut untuk tawan hati yang keras. I.allah dipermudahkan.

      3. Jika kewangan keluarga masih belum kukuh mengikut pandangan puan dan suami, boleh hubungi saya untuk saya cadangkan perniagaan yang terbukti baik dan mudah untuk puan mulakan dan jalankan dari rumah sahaja. I.allah ia akan banyak membantu puan.

      4. Jika puan perlukan supplemen yang boleh membantu anak puan dalam proses pembelajaran dan fungsi pancainderanya, boleh hubungi saya di FB (ada di bahagian tepi blog) atau whatsapp saya (019 248 6694)

      Semoga pandangan saya dapat membantu puan dalam menyelesaikan masalah ini. :)

      Delete
  17. salam saya sekarang tgh menjalani praktikal di salah sevuah syarikat swasta. sejak kebelakangan ni saya merasa hati tidak tenang dan fikiran kusut bila berada di tempat kerja. saya minat memandu. saya tk kisah kalau memandu sampai malam. dan minat dengan kerjaya sbgi pemandu taxi. minta pendapat tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasslm tuan. Saya ringkaskan ye.

      1. habiskan praktikal dan belajar sungguh-sungguh tentang pengurusan dalam proses praktikal ini. sekalipun anda tidak berminat dengan tempat praktikal sekarang, tapi jangan disiakan peluang belajar ketika berada di sana.

      2. jangan bekerja semata2 bergantung kepada minat. Maksudnya jadikan minat itu lebih dari kerjaya. Buat bisnes misalnya yg berkaitan dengan memandu. Sekolah memandu, kereta UBER, kereta sewa berdriver dan lainnya. penuhi minat tuan, di samping buka peluang bisnes bersama rakan-rakan.

      3. tahniah untuk tuan kerana punyai impian dan halatuju setelah grad nanti. tiada salahnya menjadi pemandu teksi, tapi lebih baik daripada itu adalah menghasilkan lebih ramai pemandu yang berpendapatan lebih tinggi daripada teksi.

      4. jangan lupa istikharah juga sebelum melakukan sebarang keputusan.

      Semoga membantu.

      Delete
  18. Assalamualaikum cikgu mat..saya sudah 9 thn bekerja dlm sektor utiliti swasta.8 thn pertama saya bekerja di wilayah kecil dengan beban kerja yang masih dalam kawalan namun terpaksa berjauhan dgn suami yg bekerja dgn kontraktor.rezki dari Allah saya dpt bertukar utk duduk dgn suami bersama 3 org anak kami,namun suami pula terpaksa outstation memandang projek bertukar ke negeri lain..kini saya menguruskan 3 anak sendiri dgn keadaan kerja yg saya kira agak membebankan..tiap kali solat saya tidak kusyuk dgn berfikir hal kerja dan anak2..adakah itu tanda saya perlu buat keputusan beralih atau berhenti kerja kerana saya pernah tanam niat yang sama sejak mula bertukar tempat bertugas..ada sertai biznes MLM,tp spt terpaksa dan tidak ikhlas utk memajukannya.saya berbelah bahagi utk berhenti mengenangkan manfaat n faedah yg sykt berikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusslm.Puan hubungi saya melalui whatsapp nnt jika betul2 nak berbisnes dari rumah.

      Secara ringkasnya, saya tekankan satu sahaja, keberkatan dalam rezeki.

      Jika gaji kita tinggi tapi hati masih tak mampu tenang untuk solat kerana masalah yg pelbagai, percayalah, itu petanda gaji itu tak memberi berkah kepada hidup dan keluarga.

      Biar gaji kita sedikit tapi keluarga bahagia dan gaji itu berkat. Jadi jika berhenti, buat bisnes dan cari rezeki yg banyak dengan hati yg tenang. Buat dari rumah. Uruskan keluarga sebaiknya.

      Percayalah sungguh2, rezeki Allah itu luas. :)

      Delete
  19. Assalam.. saya dah hantar surat berhenti, dan telah mendapat tawaran tempat lain, tetapi sekarang saya dalam dilema bila tempat kerja sekarang menawarkan gaji yang tinggi, pengurus besar memujuk saya, namun dalam hati saya passion itu telah tiada. Minta pendapat cikgu Mat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang....minta fatwa/keputusan dari diri puan.

      Tak cukup kuat keputusan hati itu, istikharahlah.

      Sudah cukup kuat, berhentilah!

      Jika masih ragu2, teruskan bekerja! :)

      Semoga membantu

      Delete
  20. Salam. Saya baru tukar kerja di tempat baru tetapi saya rasa tak seronok, tak tenang & boring walaupun gaji agak berpatutuan bagi saya. Rasa macam nak berhenti terus pun ada.Adakah ini berkaitan dengan keberkatan.Kerja saya ni sibuk sampai kadang2 saya lambat solat & tergesa2 & selalu balik lewat. Kesibukan ini membuatkan saya tidak suka bekerja disitu & ingin cari kerja lain. Saya tahu sesibuk mana pun kita mesti mengutamakan urusan dengan Allah tetapi ia tak berlaku kepada diri saya. Saya ada niat nak bekerja sendiri tetapi tiada idea & tidak confident nak survive memandangkan saya mempunyai isteri & 3 orang anak & hutang rumah, kereta & ptptn. Mintak nasihat dari Tuan. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Terima kasih atas perkongsian tuan.

      Pertamanya Islam itu mudah. Sangat mudah. Ia tidak membebankan kita dengan sesuatu yg tidak sanggup kita pikul.

      Solat itu boleh dilewatkan sekiranya terdapat urusan kerja yang melibatkan orang lain atau hanya kita sahaja yang benar-benar boleh melakukan kerja tersebut.

      Saya tidak nampak dari sudut agama itu yang menyempitkan urusan kerjaya tuan tapi kemungkinan besar suasana kerja atau orang kata baru bertukar angin dengan kerjaya baru mungkin memberi sedikit kesan kepada perasaan tuan.

      Elok rasanya jika tuan luangkan masa untuk lebih banyak meramaikan kawan, hnag out dengan mereka sekali sekala dan wujudkan suasana kerja yg positif di samping baiki lagi cara pengurusan ibadat tuan di tempat kerja. Mungkin boleh buat usrah, soalt berjemaah, zikir berjemaah pada hari2 tertentu dan sebagainya.

      Ringkasnya, jangan biarkan suasana membentuk kita, tapi kita mesti membentuk suasana sekitar kita.

      Wallahu'alam. Semoga membantu. :)

      Delete
  21. Assalamualaikum,saya sayangkan melayu saya,saya sangka kerja dengan melayu segalanya baik.saya kerja dengan ikhlas tapi saya tak dibayar gaji,sampai bulan kedua saya kerja baru dibayar gaji untuk bulan pertama saya,apabila dia minta kerja lebih masa saya turutkan tapi tiada gaji lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Terima kasih atas luahan rasa itu.

      Sebelum tu, saya tertarik antara kaitan ikhlas dan gaji. Ikhlas tak bermaksud kita boleh dilyan sewenangnya. gaji tak bermaksud kita bekerja tanpa keikhlasan di hati.

      Untuk permasalahan gaji, cik perlu berbincang dengan pengurusan syarikat. Kemungkinan ia telah dinyatakan di dalam kontrak cik atau juga mungkin syarikat dalam fasa sedang menapak dalam industri niaga. Cik perlu berbincang dengan mereka supaya mereka faham masalah cik dan cik faham masalah mereka.

      Jika perbincangan tidak membuahkan hasil, carilah kerja di tempat lain, jika itu menyebabkan cik lebih tenang dan lebih gembira bekerja.

      Saya percaya masih ada majikan yang baik sekalipun ramai yang tidak sebegitu. Yang penting, jangan suka simpan masalah berseorangan sebagai pekerja, luahkan dan kongsikan serta cari jalan penyelesaian bersama pihak syarikat yang bertanggungjawab.

      Semoga membantu. Wallahu'alam

      Delete
  22. Assalamualaikum tuan,

    Saya sudah bekerja di syarikat ini setahun lebih. Baru berkahwin bulan Disember lepas. Saya kini duduk dengan mak dan sudah tiba masanya untuk saya keluar dan mencari 'sarang' untuk keluarga saya. Saya bekerja berdekatan dengan rumah sekarang. Memang mudah ke tempat kerja.

    Setelah berbincang dengan suami, kami bercadang untuk pindah dan rumah yang kami dapat jauh dari tempat kerja saya tapi dekat dengan tempat kerja suami. Saya gusar jika suami kerja jauh kerana dia menaiki moto. Pergi gelap, balik gelap kata orang. Saya dah letak surat berhenti kerja tetapi majikan kerap kali melengahkan permohonan saya.

    Saya mahu berhenti atas sebab mahu fokus kepada perniagaan kami dan untuk luangkan masa bekeluarga. majikan cakap saya masih mentah dalam hidup, tak fikir masak-masak. saya sudah cakap yang saya tidak memandang wang dalam bekerja tapi ulasan saya dicantas dengan mengaatakan yang 'duit penting untuk masa depan anak-anak'. dia juga memberikan saya masa sebulan cuti untuk fokus pada perniagaan kemudian masuk bekerja seperti biasa.

    sekarang saya tersepit antara situasi mahu kerja tapi lokasi jauh atau bekerja dan jadi surirumah merangkap usahawan untuk perniagaan kecil saya. Bagaimana harus saya lakukan? atau dalam situasi saya ni, saya perlu berhenti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam puan. maaf atas kelewatan saya menjawabnya. Rasa bersalah pula hadir di hati.

      1. Tahniah kerana puan mendapat kepercayaan syarikat dengan kebolehan yang puan ada.

      2. Sudahkah bertanya suami dan Tuhan suami? Jika ada keputusan yang suami beri dan kata hati yang dicampakkan oleh Tuhan kepada suami, maka terus buat, jangan beri keraguan menapak dalam hati. Ragu-ragu itu jarum syaitan.

      3. Dengan kebolehan yang puan ada, carilah sedikit ilmu utk berniaga. Insyaallah jika majikan sayang, itu maksudnya puan termasuk orang yang bersungguh-sungguh dalam apa jua keadaan yang puan uruskan.

      4. Jika berhenti..berhentilah dengan baik. Jika tidak, teruskan kerja dengan lebih baik dan jika mahu berniaga ketika masih bekerja, bincanglah dengan majikan.

      5. Apa impian besar dan alasan puan untuk bekerja sendiri? Jika ia cukup besar dan memberi manfaat untuk keluarga, elok hentikan menelan cakap-cakap orang. :)

      Semoga membantu ye.

      Delete
  23. As salam
    Saya ingin mendapatkan pendapat berkenaan dengan kerja saya sekarang.Saya sudah tiada minat bekerja di sektor perkilangan kerana gaji terlalu kecil antara RM1300-RM1400..Hutang bulanan saja mencecah RM1600 sebulan.Saya mahu berhenti kerja tapi perlu memberi notis sebulan.Ini bermakna saya perlu kerja lagi selama sebulan.Adakah menjadi kesalahan sekiranya saya lari terus dan meninggalkan sepucuk surat notis berhenti kerja 24 jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan. Maaf atas kelewatan saya menjawabnya.

      1. Tuan tak perlu berhenti bekerja, Tuan perlu berhenti berhutang. Dan buat side income melalaui cabang bisnes yang lain.

      2. Jika tuan rasa kerja itu tak cukup untuk memenuhi kemahuan tuan, itu sangkaan yang silap. Kemahuan kita tak pernah cukup. Jadi betulkan semula kemahuan kita. Maka gaji itu akan mengikut apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

      3. Jika tuan berniat utk larikan diri, cuba tanya soalan ini,"Adakah tuan sewaktu masuk kerja dahulu, masuk ikut pintu belakang atau masuk ikut pintu hadapan?"

      Jika tuan masuk terhormat melalui pintu hadapan, keluarlah dengan cara terhormat melalui pintu yang sama.

      3. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita akan dibalas di dunia dan akhirat. Apa yang kita buat orang hari ini, orang akan lakukan perkara yang sama kepada kita esok hari.

      Harap membantu ye.

      Delete
  24. assalamua'laikum..cikgu mat..sy tengah berfikir utk berhenti kerja..sy seorng jururwt..berjauhan dengan ank dan suami yg brada di kg..sy sudh mohon surt pertukran..ttp ditolak..alasan krn sy kerja blum ckup 3 tahun...sy berasa tertekan dan berbelah bagi skrng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam puan. Maaf atas kelewatan saya menjawabnya.

      1. Jangan tertekan. Anda seorang jururawat perlu sentiasa bertenang. Tenang itu kunci segala keputusan.

      2. Setiap pekerjaan ada syaratnya. Jika tuan telah tandatangan syaratnya, maka itulah pengorbanan yang perlu puan tumpahkan.

      3. Sekiranya puan ingin berhenti kerja untuk 'merawat' keluarga, saya setuju sangat-sangat...tapi sebelum itu saya mahu tanya 1 soalan,"Apakah back up plan puan untuk masa depan seterusnya?".

      4. Sebenarnya banyak soalan mahu saya tanyakan tapi satu solution saya berikan untuk menjawab semua soalan itu. Sudah tanya Allah pemilik hati, pemilik kerjaya di langit dan di bumi? Jika telah rasa tenang untuk berhenti dengan back up plan yg ada....Jalanlah.

      Jika berat hati tambahan pula tanpa back up plan, maka hold on sebentar. Tarik nafas, buat back up plan dan letakkan target. "Saya nak berhenti setahun dari sekarang."

      Jika berat hati tapi tiada back up plan juga, tarik nafas dan letak target,"Saya nak kerja sungguh-sungguh hingga cukup 3 tahun dan saya mahu LULUS pertukaran". Solat hajat setiap hari supaya Allah mudahkan.

      Semoga membantu :)

      Delete
    2. trima kasih atas pndangan cikgu...

      Delete
  25. Salam..masalah saya ni saya rasa dipergunakan..saya rasa macam saya ni orang suruhan..saya kerja di legal firm (syariah), gaji memang tak berpatutan dgn kelulusan saya..selama 2 tahun saya kat sini,gaji tak pernah naik..bonus memang tiada. Kwsp pon tiada. Sedangkan semua kerja saya yang buat hatta beli makanan bos pon saya yang kena. Saya pon dah hilang minat kerja di sini tapi saya rasa takut untuk resign sebab waktu sekarang,susah utk dapat kerja baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam....

      1. Take the responsibility! Anda sudah pun buat keputusan anda dalam keadaan tidak sedar. Orang berjaya menjadikan ketakutan sebagai cabaran. Orang sebaliknya menjadikan ketakutan sebagai halangan.

      2. Sebelum anda rasa begitu, ada eloknya anda pakai cantik-cantik, ambil mood untuk senyum selebarnya, lihat cermin dan katakan pada diri anda,"Saya orang kepercayaan syarikat!"

      Lepas tu pergi kerja jumpa boss dan TANYAKAN sendiri pada majikan,"Adakah saya dipergunakan dalam syarikat ini atau saya orang penting syarikat ini?"

      3. Anda akan dapat jawapannya tanpa perlu bersangka-sangka atau berasa-rasa lagi.
      Jika yes anda dipergunakan, maka hantar surat resign dan gunakan diri sendiri untuk kaya berjaya.

      Jika,"No, U orang kepercayaan I." Tarik kerusi dan duduk berbincang. Minta gaji dinaikkan, Minta OT sebelum ini dikira, minta KWSP dan semua yg anda rasa perlu atas nama orang kepercayaan atau orang penting syarikat.

      4. Jika majikan tunaikan, bekerjalah dengan gembira. Jika berat, maka anda pasti tau jawapannya.

      *Jangan cakap saya ajar teknik ni. :)

      Semoga membantu.

      Delete
  26. Assalamualaikum cikgu mat,saya norhaya nk bertnya pendpt..ada kh sepatutnya buat keputusan berhnti kerja.Saya dh 24 thun kerja di syarikat industri sektor perkilangan dri tahun 91.Saya ni klau dh suka dgn perkrjaan itu..saya xsuka tukar tukar kerja.Tapi tu lh..suasana kerja tahun 91 dgn 2015 xsama..kebajikan kerja xada.Saya stress dgn org atasan,org sekeling yg sama2 buat kerja dgn saya..saya xsuka buat kerja kalau di paksa,di banding kerja org lain lbih baik dri saya di depan org,saya suka buat kerja setakat yg saya mampu buat.Saya ada terfikir seblum berhnti nk kumpul wang seckupnya..sekira saya berhnti,ada ke kerja yg sesuai..memndangkn umur dh 46?saya percaya rezeki kita Allah yg tentu kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam puan. Terasa bersalah sebab lambat beri pandangan saya. Lagi rasa kerdil pula kerana orang berpengalaman seperti puan bertanya saya yang masih budak ini tentang masa depan.

      1. Tahniah buat puan. masih sihat dan bertenaga untuk bekerja menyara keluarga. Ia satu nimat yang sangat besar untuk paun.

      2. Puan, kerja itu ada had umurnya. Umur seperti puan, cukuplah bekerja. Banyakkan masa untuk menyendiri bersama Tuhan dan mula memberi sesuatu kepada masyarakat.

      3. Saya tak bermaksud menjadikan puan suri rumah setelah sekian lama bekerja. Maksud saya, dengan duit yang puan ada, guna sebahagian kecilnya untuk mula berniaga. Berikanlah perniagaan itu untuk anak atau pengurus uruskan. Puan hanya monitor sahaja tanpa menganggu aktiviti paun.

      4. Tapi sebelum itu, pastikan puan belajar dengan mentor bisnes terlebih dahulu. Kerana bukan sedikit orang gagal dlm bisnes kerana tidak belajar dan tiada mentor. Jika puan mahu sy menjadi mentor pun boleh, add saja friend saya di FB ata whatsapp saya. Mungkin saya dapat bantu apa yg perlu.

      5. Puan yakin rezeki Allah yang tentukan? Maka, istikharahlah minta petunjuk pada Allah. Jika rezeki itu yg Dia tentukan, pastikan Dia juga yang akan tunjuk jalannya. Dengan syarat, tanya dulu apa keputusannya.

      Semoga jawapan pendek saya dapat membantu puan ye.

      Delete
  27. Assalamualaikum. Sy kktgn kontrak kerajaan. Thn ini adlh thn ke-11. Y suka kerja sy. Namun, tindakan pegawai atas yg bagai lalang, sy sering mnjadi bhn jenaka para pemaju. Malah, kelayakan sy utk diserap tetap masih dlm tanda tanya. Sedgkan..sepanjang tempoh perkhidmatan, sy digred yg baik dan 2 thn di gred terbaik. Akhirnya pd thn ini, sy diduga dgn pengadu yg mempertikai tindakan sy, sdgkn sy hanya mematuhi arahan pegawai. Lebih menyedihkan, kerja semakin banyak tanpa had. Sy nekad utk berhenti. Cuma, usia sy telah lebih 30 thn, perempuan...apakah ada lagi peluang sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Puan perlu tahu, bukan puan seorang mengalami masalah ni. Ramai orang yang kerjanya komited dan berdedikasi mengalami masalah yang serupa. Tidak dihargai dan dilindungi!

      1. Seeloknya, adukan masalah puan pada majikan/pegawai atas puan dan BERBINCANG. Seeloknya bawa juga pegawai yang lebih atas lagi sekiranya perlu. Saya yakin, perbincangan perlu diadakan untuk pastikan gerak kerja seiring dengan ketetapan SOP yang telah ditetapkan.

      Perbincangan seperti ini sangat baik untuk memulihkan hubungan antara majikan dan pekerja serta menunujukkan kematangan kita sebagai pekerja berdedikasi.

      2. Sekiranya tiada penyelesaian, mintalah pertukaran di jabatan lain atau di tempat lain jika puan masih sayang dengan kerjaya puan sedia ada.

      3. Jika mahu berhenti, mulakan riki pekerjaan yang sesuai dari kenalan puan dan pastikan peluang lebih cerah di tempat baru.

      4. Untuk mendapat sesuatu yang baru, kita kena lepaskan yang sedia ada. Itulah kehidupan. Peluang sentiasa ada. Cuma mungkin Allah tangguhkan sementara untuk melihat kesabaran kita.

      5. Istikharah dan minta petunjukNya setiap hari. Ia Maha menunjuk jalan yag benar!

      Delete

  28. Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan pendapat dan pandangan. Saya baru bekerja di klinik veterinar sebagai pembantu klinik. Semestinya anjing keluar dan masuk. Sejak saya mula bekerja, saya rase tak tenang langsung, jiwa rase ragu2, takut2, rase tak ikhlas langsung. Setiap pagi saya macam mengalami masalah jiwa, menangis tanpa sebab. Ape patut saya buat? Patut ke saya berhenti? Saya rase macam nak lari pon ade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam cik puan.

      Apa kaitan anjing dengan cik puan? Anda kan hanya memegang anjing atas nama pembantu klinik bukan atas nama anda secara suka-suka. Ia tidak salah dari segi hukum. Itu yang pertama.

      Kemudian. Jika rasa tidak selesa, mungkin kerana hal anjing atau lainnya terutamanya yang berkaitan perasaan, timbangkanlah untuk berhenti kerja.

      Jangan tekan perasaan untuk terpaksa bekerja. Anda akan ada sakit misteri nanti. Sakit yang susah untuk diubati.

      Jika ia menjadikan anda pasif, murung, sedih, tak bermotivasi dalam kerja dan hidup, letak jawatan dan carilah kerja yang anda minati.

      Jangan kerja kerana 'terpaksa', kerjalah kerana 'suka'!

      Semoga Allah bantu meringankan masalah cik puan.

      Delete
  29. assalamualaikum....

    sy penjawat awam..kerja dah 8 tahun.. baru2 ni terasa sgt bosan dengan kerja. minta cuti tanpa gaji,...bos tidak sokong....sbb alasan...tiada orang nak cover kerja sepanjang sy cuti tanpa gaji. seolah2 nak sy letak jawatan.

    sy terfikir nak berhenti dan buat bisnes dr rumah...cuma was2...adakah mampu utk sy byr hutang2 bulanan dengan bank dan loan rumah? risau nama kene black list.

    adakah sy perlu buat keputusan berhenti kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Bosan dengan kerja?
      Bawa diri bercuti. Tapi jangan lama-lama. Nanti terus lemau. memang confirm berhenti kerja. :)

      Pandangan saya,

      1. Minta tukar skop kerja daripada majikan. Mungkin kerana terlalu lama melakukan kerja yang sama, perasaan bosan itu datang. Mungkin boleh berpindah kepada jabatan lain untuk merasai cabaran baru dengan suasana baru.

      2. Minta double triplekan kerja sedia ada daripada majikan. Pastikan majikan tahu. Mungkin ada imbuhan untuk anda. Siapa tahu?

      3. Anda was-was untuk bisnes sudah memberi syarat bahawa anda tidak pernah berbisnes secara serius. Betul-betul?

      Jangan jadikan sebab untuk bisnes kerana anda bosan dengan kerja anda sedia ada. Bisnes lebih tinggi dan lebih mulia sebabnya daripada itu. Kemungkinan nanti, anda perlu pula mencari kerja semula kerana bosan dengan bisnes anda pula.

      4. Mulakan buat side income dengan bisnes. Sambil bisnes sambil belajar untuk bisnes. Selepas income bisnes anda telah capai 3-5 kali ganda gaji anda sekarang, berhentilah kerja.

      5. Adakah perlu buat keputusan berhenti kerja?

      Jawabnya PERLU. Jika bukan sekarang, satu hari nanti tetap akan berhenti kerja. Soalan yang betul, "Adakah saya telah bersedia dari segi mental, emosi, kewangan jika saya berhenti kerja?"

      Fikir-fikirkan pandangans saya.

      *Untuk berbisnes kesihatan, boleh hubungi saya, 019 2486694 atau boleh tinggalkan no telefon cik puan.

      Delete
  30. Assalamalaikum, saya siti. saya nak bertanya pendapat. saya baru 4 bulan bekerja di sektor kerajaan contract. Tetapi saya ada masalah di tempat kerja saya sekarang. bukan saya tidak bersyukur mempeoleh rezeki bekerja di sektor kerajaan tetapi kesihatan saya menjadi taruhan. selama 4 bulan saya bekerja di kerajaan ini, sudah 2 kali saya diganggu makhluk halus. dan sekarang masih lagi saya diganggu di dalam badan. Badan saya tidak kuat,tidak ada selera makan, malas pergi kerja, bila waktu solat je macam2 perasaan saya alami. saya bernekad untuk berhenti dari kerja saya sekarang dan menyambung pelajaran atau bekerja di sektor swasta . saya risau dengan tahap kesihatan saya dan kemurungan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam cik puan Siti.

      Cik puan perlu pastikan beberapa perkara.

      Pertama; Adakah gangguan itu dari tempat kerja atau orang di tempat kerja?

      Kedua: Adakah gangguan itu pada diri puan atau pada tempat kerja itu sahaja?

      Pendek katanya, berubat dahulu dan ketahui puncnaya. Jika gangguan itu hanya setakat berlaku di tempat kerja dan hanya cik puan seorang sahaja yang 'kena', maka elok berubat dan ubah gaya hidup.

      Jika gangguan itu tidak mengira tempat dan masa serta mungkin dari sakit cik puan sendiri, maka tidak ada gunanya bertukar tempat kerja kerana gangguan akan terus berterusan selagi tidak diubat hingga sembuh.

      Ini pendapat saya.

      1. Berhenti kerja bukan tindakan pertama. Ia tindakan terakhir selepas tiada lagi solusi.

      2. Dekatkan diri pada Allah. Dalam maksud lain, ubah gaya hidup. Selalu bac/dengar Quran. Selalu solat sunat dan berzikir.

      3. BERUBAT. Ini paling penting apabila telah diganggu. Cari ustazah yang betul dan berubat hingga sembuh.

      4. Laporkan pada majikan untuk diambil perhatian. Jangan simpan seorang diri. Ia akan memberi bad impact kepada hasil kerja anda kerana majikan tidak tahu apa masalah anda yang sebenar dan mungkin ia boleh membersihkan kawasan kerja itu mengikut budi bicaranya.

      5. Semoga puan terus sihat dan bekerja dengan baik.

      Semoga ada manfaatnya.

      Delete
  31. Assalamuaikum cikgu mat, sy mula bekerja sbg pembantu tadbir N17 (sambilan) selama 5 thun di salah sebuah badan berkanun, lps 2 dpt pula pen.pegawai tadbir N27 (sambilan) selama 1 tahun salah sebuah perbadanan. dan sy dpt pula kerja pembantu tadbir G21 (sambilan) di badan kerajaan selama 2 tahun dan kini sbg Pen. Eksekutif salah sebuah syrikat swasta (kontrak) yg
    merupakan syarikat masih baru dn byk lgi pengurusan yg x sempurna. Sy telah berkahwin dn dikurniakan seorg ank. Alhamdulillah. Umur pon dh mececah 30 tp masih tidak mempunyai kerja tetap. mana silapnya sy? dn bila difkirkan rasa becelaru je fikiran. isteri tidak bekerja, kos hidup meningkat, gaji pun x besar. ank semakin membesar.. pepun sy rasa syukur walau x cukup duit, kami sekeluarga mampu lg makan dan minum. ttp hati mula bimbang kemudian hari.. mungkin ada nasihat atau pandangan cikgu.. ataupon penyelesaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam tuan. Maaf atas kelewatan membalas keluhan tuan.

      1. Tuan telah lama bekerja. Apa yang tuan dapat belajar dari pekerjaan tuan?

      2. Tuan belum punyai kerja tetap walaupun telah lama bekerja. Mengapa tidak mahu berniaga? Jika telah begitu lama bekerja tapi masih belum ada pendapatan tetap dan bimbangkan masa depan...

      Adakah tuan akan terus mencari kerja satu demi satu? Mengapa tidak berbisnes.
      Mulakan dengan side income. Sekiranya berjaya, itulah kerjaya tetap tuan.

      3. Jangan takut untuk berniaga. Risiko berniaga itu kaya. Sangat mudah. Cuma, soalnya berani atau tidak?

      4. Isteri tuan tidak bekerja. Itu sudah peluang yang besar. Ramai hari ini telah menjadi suri rumah bergaji 4-5 angka walaupun tidak bekerja di luar rumah.

      Pilih bisnes yang betul. Sediakan kemudahan telefon, komputer dan internet dan mulakan berniaga. Simple bukan?

      *Bisnes yang baik untuk 2015 adalah bisnes kesihatan, emas dan penasihat kewangan. Ini pada pandangan saya.

      5. Tapi pastikan modal di bawah RM1000. Itu maksimum. Lagi kurang modal lagi bagus. Jangan buat sebarang pinjaman untuk mulakan perniagaan pertama.

      Boleh whatsapp saya untuk tujuan bisnes. 019 2486694.

      Semoga membantu. :)

      Delete
  32. Assalamualaikum cikgu mat, saya suka artikel ni. Saya ada terbaca cikgu mat kata "jangan berhenti kerja dulu sekurang2 nya tahun 2015 ni" komen di atas. Saya rasa tertanya2, kenapa ye? Saya merasakan tahun ini, adalah tahun yang agak tidak stabil untuk saya mula bekerja (baru tamatkan pengajian diploma), kerana rata2 company yang saya target untuk kerja sedang mengalami kemerosotan, pekerja dibuang & sebagainya. Sekarang saya buat keputusan untuk bekerja di econsave dahulu sementara menunggu ekonomi stabil haha, tak pasti betul atau tidak tindakan saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mungkin tuan/puan agak keliru dengan pernyataan 'jangan berhenti kerja...'. Itu adalah untuk orang yang telah bekerja.

      Untuk yang baru nak mula kerja, silakan berkuli di tempat yang anda rasa anda boleh buat duit dengan syarikat anda sendiri 3 tahun akan datang.

      Maksud 'berkuli' adalah bekerja tanpa melihat tangga gaji di semua jabatan dalam sebuah company yang boleh jadikan anda 'manager' di syarikat anda nanti.

      Jangan berimpian untuk selamanya bekerja atau selamanya dibayar gaji dalam keadaan ekonomi separa stabil ni. Ambil peluang sebagai graduan untuk raih pengalaman dengan impian berbisnes satu masa nanti.

      Berkuli sekurang-kurangnya 3 tahun atau maksimum 10 tahun. Then bukan syarikat sendiri. Ekonomi anda akan lebih kukuh.

      Cth: Anda graduan IT dan minat IT. Cari syarikat IT. Berkuli di sana. Selepas 3 tahun kenal 'dunia' bisnes IT, mulakan company anda sendiri.

      Mudah ke mudah? :)

      Delete
  33. Salam saya Nak mnta pndapat tuan

    Saya graduan undang2 Dan baru sahaja dua bulan memulakan chambering (total chambering 9 bulan) di sbuah firma guaman. Saya sgt stress dengan bos saya yang suka mencari kesalahan saya Dan marah2 apabila sy tidak pasti utk melakukan sesuatu. Kerja peguam bukanlah senang Dan sy takut utk buat decision sndiri kerana Ini melibatkan byk pkara n pihak. Lalu stiap Kali saya mnta pendapatnya saya pula dimarahi balik. Ia menyebabkan saya memgalami insomnia yg teruk Dan sudah beberapa Kali mc kerana Ini. Saya menjadi tidak minat terhadap kerjaya peguam Dan terasa ingin berhenti. Tp mak ayah sy Nak sgt saya jadi peguam so hati sy berbelah bahagi. Semua org asik kata.. Normal lah chambering kene marah.. Tapi saya mmg x suka n stress akibat Ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Fira Fahmi.

      Selamat datang ke dunia pekerjaan.

      Itulah dunianya. Sama ada anda suka atau tidak. Cumanya persoalan stress atau yang melibatkan perasaan sangat susah ditangani melainkan oleh diri sendiri dan persekitaran sekeliling tuan/puan.

      Benar. Kerjaya sebagai peguam bukan mudah. Tersalah satu huruf atau satu perkataan pun memberi kesan yang besar. KERANA ITULAH, bos anda mencari2 salah anda dan bertegas dalam memperbetulkannya kerana mungkin itulah cara yang diyakininya untuk menjadikan kamu peguam yang berjaya suatu hari kelak.

      Lihat dari sudut positif. Pasti ada tujuannya bos anda berbuat begitu.

      Jika beliau berjaya sebagai peguam, pasti ia juga sedang 'menukul' anda dengan cara yang telah ia lalui satu masa dulu.

      Untuk anda ubah bos anda, itu mustahil. Ubahlah diri sendiri.

      Kena marah, ucap,"Terima kasih bos kerana marahkan saya. Kalau tak, tentu saya masih buat silap lagi."

      Kena maki,ucap,"Terima kasih bos. Saya suka bila bos tegur saya. Saya tau saya silap. Saya baiki sekarang ye."

      Jangan lupa untuk senyum dan berkomunikasi sebaik mungkin.
      .
      Ingat, anda buat begitu bukan kerana takutkan bos anda tapi kerana anda sayang diri anda sendiri. Supaya anda tak stress, tak insomnia dan tidak berlaku kemurungan.

      Buatlah begitu seminggu penuh, pasti selepas itu bos anda akan berubah 180 darjah.

      Semoga membantu.

      Delete
  34. BUAT SEMUA YANG MTERSEPIT DENGAN KEADAAN PEKERJAAN SEKARANG, DIPERSILAKAN UNTUK DOWNLOAD EBOOK TULISAN SAYA INI, 'AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG' SECARA PERCUMA.

    Semoga anda dapat inspirasi dari ebook eksklusif ini. Klik http://wafiqulya.blogspot.my/2015/09/e-book-aku-yang-dulu-bukanlah-yang.html

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum saya SHAHRUL bekerja sebagai penjawat awam. Dahulu sebelum masuk kerajaan saya berniaga kedai kompiter CC. Dah 2 kali perniagaan tak berapa maju akhirnya tutup. Makayah saya ni dah bersara dari kerajaan. Insiden lepas lelong sume konputer tu makayah saya tolong saya kerja kerajaan akhirnya dapat. Tapi saya di paksa bukan kehendak hati saya. Skrg ni dah 12 tahun kerja kerajaan HATI saya tak minat. Tension. Selalu penyakit dtg saya stress setiap hari. Sampaikan bila balik kerja anak isteri jadi mangsa. Minta pndgn tkasih. Seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Sedih saya dengar luahan ni.

      Kenapa anak isteri jadi mangsa libasan stress kita?
      Adakah harta lebih bernilai dari mereka setelah nyawa?

      Anda dalam bahaya!

      Anda bekerja bukan untuk orang tersayang, anda hanya bekerja untuk lepaskan tanggungan sendiri.

      Anda buat apa yg anda tak minat selama belasan tahun. Jiwa terbeban mampu menjadikan anda gila seorang.

      Anda pilih bisnes yg anda minat. Jangan laburkan wang terlalu banyak untuk bermula.
      Mula kerja dengan orang dulu pun tak mengapa...tapi disertai MINAT dan KESUNGGUHAN.

      Saya tak rasa anda minat bisnes komputer. Tapi mungkin anda lihat ia bisnes yang mudah atau hanya mengikut trend ketika itu hingga akhirnya kurang maju.

      Kumpul semula saki baki kekuatan dan mulakan bisnes secara sampingan semula.
      Kalau terikat dengan pekerjaan sekarang, buatlah part time pada job yang anda minat dulu.
      Improve diri setiap hari dan letakkan target berapa lama mahu timba pengalaman.

      Yang paling penting, kalau stress, jangan bali rumah.
      Pergi masjid,solat dan tidur di sana.

      Mengadu pada Dia.
      Dia akan tolong sesiapa saja yang kembali kepadaNya.
      Jangan percaya diri terlalu tinggi. Ada batas antara percaya dan ego.

      Kembali kepadaNya. Dia akan urus semuanya.

      Delete
  36. Assalamualaikum. Nama saya liza dan telah bekerja ditempat yang sama selama 11 tahun. Sepanjang waktu itu saya tidak pernah ada niat untuk berhenti tetapi sejak kebelakangan ini saya mula hilang minat dan stress dengan kerja yang saya lakukan. Ditambah lagi dengan penukaran skop kerja saya yang lebih luas agak membebankan saya. Adakah patut saya berhenti kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Luahan puan kurang jelas untuk saya fahami.

      Cumanya manusia memang akan sampai satu tahap, hilang minat, bosan dan mula tertanya-tanya diri sendiri dengan apa yang telah mereka lakukan satu masa dulu.

      Cadangan saya:

      1st: Ingat balik apa push factor puan pilih kerja tersebut hingga sekarang.

      2nd: Bawa berehat dengan kerja sedia ada. Buat kerja sampingan yang lain yang puan minat sebagai selingan.

      3th: Istikaharah untuk beberapa lama. Cari passion puan melalui bantuan ilham Tuhan.

      Semoga bermanfaat.

      Delete
  37. asslammualaikum cikgu.. saya ni iqbal.. berumur 22 tahun .. telah grad diploma in IT september konvo bulan lepas.. dan saya dapat kerja di hospital pantai milik penuh swasta lulus interview diterima bahagian finance/kewangan iaitu billing, clerk, admission counter.. masalah saya skrang kerja tu dah lari dari bidang apa yg saya blajar diploma slama ni. baru 2-3 masuk kerje hari rasa murung.. sebelum masuk kerje mesti terpikir, termenung layak ke aku kerje ni, boleh bawak ke, boss plak tngok saya ni kurang keyakinan, rasa nak berhenti pun ade stress gila gaji yg ditawar basic 975 x termasuk OT.. apa patut saya nk buat ni tido x lena, makan x kenyeng, mandi x basah.. lama2 leh jd migrain woh.. tlong lah cikgu apa patut saya buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam iqbal. tahniah atas pekerjaan baru anda.

      1. Itulah suasana kerja di pihak swasta. Kita bukan sahaja lakukan kerja berdasarkan sijil kita bahkan terpaksa belajar untuk lakukan sesuatu yg tiada dalam sijil kita.

      2. Adapt dengan suasana itu jika anda kuat keyakinan untuk belajar. Tiada masalahnya jika ia bukan bidang anda tapi dengan syarat semangat anda utk belajar menguruskan kerja anda adalah tinggi.

      3. Jika tidak mampu atau memang tiada langsung minat untuk belajar dalam bidang baru ini, boleh rujuk bahagian HR dan buatlah konsultasi untuk tukar ke bahagian IT sahaja. Jika tiada, carilah tempat kerja lain yang lebih bersesuaian.

      4. Jangan mudah stress dengan kerja. Anda harus melangkaui tahap keyakinan diri anda sendiri. Belajar dan terus belajar kerana ia tidak pernah terhenti atas sijil semata. Dunia pekerjaan adalah dunia berbeza dan dunia penuh cabaran.

      5. Ambil makanan tambahan atau supplemen jika anda terlalu stress terutamanya Vitamin C dan B Complex, ia akan mampu bantu anda relax dan lebih tenang.

      Semoga membantu.

      Delete
  38. Assalamualaikum tuan,saya berumur 27 tahun..saya telah bekerja dengan company saya selama 9 thun..selama 9 tahun itu gaji saya dinaikkan sama seperti semua pekerja baru atau pun lama..bukan mengikut prestasi kerja saya..keadaan itu membuatkan saya mengambil langkah yang tidak sepatutnya saya buat..seperti mencuri barang2 kilang..dan akhirnya saya tertangkap dan diberhentikan kerja..sy berasa sangat menyesal..selepas itu saya berazam untuk memulakan pekerjaan yang baru dan ada benefit berdasarkan pengalaman yang saya ada selama 9 tahun..tapi,semua pekerjaan yang saya mohon memerlukan detail company saya sebelum ini..keadaan itu membuatkan saya terpaksa menipu seperti memalsukan sebab kenapa saya berhenti kerja..apabila,company yang saya memohon kerja membuat call ke company saya sebelum ini..dia mendapat tahu saya ada kes..langsung saya tidak diterima kerja disitu..adakah saya tidak ada peluang langsung untuk memulakan kehidupan baru untuk kerja yang sihat dan ada benefit berdasarkan pengalaman saya..saya berharap sangat tuan dapat memberi saya tips2 untuk saya memohon pekerjaan baru..adakah saya perlu berterus terang mengatakan saya diberhentikan kerja oleh sebab2 yang telah saya lakukan..sekian,terima kasih tuan..assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Takziah diucapkan atas ujian yang menimpa tuan.

      1. Jadikan ia sebagai pengajaran buat tuan. Masalah pada ramai orang adalah berkomunikasi. Jika boleh selesaikan melalui perbincangan, pasti tuan tidak perlu melakukan kesalahan seperti itu.

      2. Sebagai orang berjiwa muda, saya faham kita selalu memberontak, cumanya kena selalu ingat, ia lebih banyak membawa mudharat jika kita tidak dapat mengawalnya. Inilah sebab utama mengapa tuan tidak diambil bekerja di tempat baru.

      Bukan semata-mata kes hitam dahulu tapi kerana sikap ketika diinterview. Tiada siapa akan menyenaraihitamkan tuan melainkan tuan tidak menunjukkan sikap penyesalan dan pembaharuan dalam diri tuan.

      3.Tidak perlu berterus terang dengan sebab pemberhentian tuan, cuma tunjukkan kesungguhan tuan untuk mulakan semula hidup baru. Tak perlu fikir benefit yg terlalu banyak. Daki semula dari kosong, dari awal sebagai tanda penyesalan dan kesungguhan tuan untuk berubah.

      Tuan tidak akan lalui 9 tahun lagi utk capai semua benefit itu kerana tuan telah ada pengalaman lalu yang boleh memintas tahun-tahun itu dengan lebih cepat.....

      Cuma perlu ubah sikap.

      4. Jangan berputus asa. Minta pada Allah dan taubat kepadaNya. Mungkin tuan rasakan meminta maaf kepada majikan tuan itu sudah cukup besar dalam menutup sejarah silam tuan, tapi sebenarnya memohon ampun dariNya itulah yang lebih utama dan lebih mengesankan pada rezeki dan kehidupan tuan.

      5. Banyakkan solat hajat agar dapat peerjaan yang lebih baik.

      Saya doakan tuan berjaya!

      Delete
  39. Assalamualaikum.

    Nama saya shida. Saya bekerja sebagai pegawai bank dah lebih 4 tahun. Tapi semenjak saya berkerja bank, saya tak pernah rasa gembira. Baru-baru ni keadaan saya makin teruk. Saya selalu saja stress dan murung. Ini mungkin disebabkan kerja yang terlalu banyak dan saya perlu stay back sampai malam. Selalu nya saya bekerja 11-12jam sehari.

    Kadang-kadang airmata mengalir tanpa saya sedari semasa solat zohor. Saya telah membaca ebook cikgu mat dan rasa kagum. Saya juga ingin memulakan pernigaan sendiri tapi tak tahu bisness apa yg sesuai. Saya juga tak berani utk mengambil risiko. Apa yg perlu saya lakukan sekarang?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusslam puan.

      Saya mengambil masa yang lama untuk mejawab persoalan puan memandangkan puan meletakkan beberapa syarat penerimaan cadangan dari saya.

      ".....tak tahu bisnes apa yang sesuai." - Persoalan ini mudah saja. Mulakan dulu apa jenis bisnes yang kita suka. Apa yang kita suka, ia akan jadi sesuai untuk kita.

      Pilih bisnes part time dahulu supaya tidak meganggu kerja hakiki puan. Belajar menguruskan bisnes kecil dahulu sebelum uruskan bisnes yang besar.

      "Saya tak berani ambil risiko."- Ini syarat yang buat saya kelu. Bagaimana puan mahu ubah hidup jika tidak mahu ambil risiko? Puan bekerja sekarang pun dalam menanggung risiko hingga stress dan murung.

      Nak ubah hidup, mulakan dengan keluar dari 'keselesaann'. Risiko adalah salah satu perkara yang tidak selesa. Bagus! Hadapi risiko. Tiada jalan short cut untuk berjaya.

      Terima kasih.

      Delete
  40. salam cikgu mat,saye bekerja disektor kesihatan disalah sebuah hospital, saya baru bkerja dlm 1 1/2 tahun,pada mulanya saya excited dgn kerja saya, saya tak kesah berulang alik mengharungi traffic jam,tapi dalam setengah tahun slpas bekerja,saya mula kurang berminat dgn kerjaya saya,antara sbb2,saya masih dilabel junior,tiada kerja sama dlm pasukan,tiada komunikasi,dan cara teguran yg teruk dari rakan skerja,sampaikan memarahi dan menengking saya dihadapan orang,saya terpaksa berdiam diri dan bersabar dgn semua yg terjadi tetapi semakin makan diri,kerja saya smkin merudum,tiada peningkatan,low self esteem,komunikasi berkurang, saya telah memberi masa utk diri saya berubah,utk bersabar tetapi utk masa nak masuk 2 tahun ini,saya berasa,saya tidak berpotensi utk meneruskan kerja di tmpat itu,saya teringin utk mencari potensi diri saya yg sebenar dlm kerjaya saya di tmpat lain,apa kah yg sepatotnya saya buat cikgu? teruskan? atau bertahan di tempat lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Diam selalunya memakan diri tuannya dalam kerjaya yang memerlukan teamwork.
      Mulakan bercakap dan berbincang.

      Saya tidak nampak masalah lain melainkan masalah komunikasi dalam luahan kerja anda sepanjang 1 1/2 tahun ini.

      Ambil masa untuk ke kelas atau seminar mengubah diri dan sikap, percuma ataupun berbayar. Perlu!

      Bekerja pada tempat penuh tekanan memerlukan sikap dan jati diri individu yang kuat. Ia bukan pekerjaan orang biasa yang hanya duduk di pejabat dan menguruskan fail sahaja.

      U should chages first. Ubah diri anda sebelum ubah kerjaya anda.

      Potensi wujud bila kita mula kenal diri dan ubah diri untuk bersedia mencapai potensi diri sebenar. Bukan ubah kerjaya atau tempat kerja.

      Pesan mentor saya,"How you do a anything is how you do everything."

      Bertahan 6 bulan lagi dan UBAH diri anda.

      Delete
  41. Assalamualaikum cikgu mat,saya seorang surirumah dan berkelulusan diploma perbankkan.sblum ni saya mempunyai pengalaman berkerja seperti pembantu akaun(2008),kerani akaun(2009),dan sebagai kerani HR(2013) di salah sebuah pasaraya.saya berhenti kerja sebagai kerani HR disebabkan saya sgt stress dengan skop kerja yg terlalu banyak seperti mengurus syarikat dan karenah staff, yg paling saya tidak selesa apabila menguruskan dokumen untuk pembaharuan lesen arak dan ini sgtlah bertentangan dengan agama islam.sy kuatkan hati utk berhenti kerja memandangkan suami(berkerja sebagai guru) mampu menyara hidup kami.
    Persoalannya sekarang,sy merasa sgt sedih dan pilu mengenangkan nasib mak,bapa dan adik-adik sy sgt dhaif dan miskin dan mereka tinggal di kawasan setinggan.sy sedih apabila sy tak berjaya untuk membantu membelikan mereka sebuah rumah memandangkan hanya sy sahaja berkelulusan tinggi di antara adik-adik sy.2 org adik berkerja biasa sahaja manakala 2 org adik penganggur.
    Sy ingin mencari kerja semula tetapi anak(umur setahun 3 bulan) tiada org menjaganya.sy minat juga berniaga tapi malu dan segan serta tidak biasa untuk promosi produk2 yg sy mahu jual.
    Apa patut sy lakukan sekarang cikgu mat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Apa perlu puan lakukan? Berniaga.

      Tapi sebelum tu, adakah puan berniaga kerana diri puan atau kerana membela nasib mak bapa dan adik-adik puan?

      Persoalan ini harus ada jawapannya. Jika puan berniaga hanya untuk diri puan sendiri, bisnes puan tidak akan bertahan lama dan kemungkinan bisnes pun puan tidak akan jalankan. Mungkin kerana malu atau segan.

      Tapi jika puan mula berbisnes untuk impian membantu keluarga puan jika puan bermaksud yang demikian melalui luahan di atas, segala sikap malu segan dan pelbagai alasan lain, puan perlu korbankan. Sikap tanggungjawab akan mengatasi sikap selfish melalui cara ini.

      Puan buat keputusan, saya hanya boleh membantu.

      Tanpa keberanian, impian hanya angan-angan yang tak mungkin tercapai.

      Delete
  42. salam.. saya khairil baru bekerja di tempat baru kira-kira 4 bulan. saya telah meletak jawatan setelah 4 tahun bekerja di tempat lama. Tempat kerja baru ini setelah saya melaporkan diri selama 1 bulan, boleh di katakan setiap bulan akan ada orang yang meletak jawatan di jabatan saya bekerja kerana terpaksa membuat kerja "multi tasking' dan 'work load' yang menyebabkan saya mengalami stress dalam kerja serta masalah untuk menyiapkan kerja dalam masa sebelum 5.30 petang setiap hari. Masalah ini diberitahu sendiri oleh pekerja lama yang telah lama berkhidmat dan rata-rata mengatakan mereka tidak mahu meletak jawatan kerana telah bekerja lama dan tidak yakin akan meperoleh kerja yang lain dalam masa terdekat.

    Masalah yang lain adalah komitmen untuk untuk menjemput anak dan isteri dari tempat kerja ke rumah dan boleh dikatakan sampai ke rumah setiap hari adalah dlam pkul 9 mlam serta terkejar untuk memasak,membasuh baju dan sememangya tidak cukup rehat kerana terpaksa bangun pukul 4 pagi setiap hari untuk menyiapkan anak2 dan bertolak ke tempat kerja pada pkul 6 pagi kerana untuk mengelakan kesesakan lalu lintas.

    Tempat kerja baru saya ini mmg ssh untuk meminta cuti dan perlu penjelasan kenapa perlu mengambil cuti kerana jabatan saya adalah jabatan perhubungan pelanggan dan tidak boleh kekurangan kakitangan kerana dikatakan akan menganggu tugasan rakan sekerja yang lain.

    Saya sememangya nak berhenti kerja tapi bila difikirkan anak-anak dan isteri terpaksa saya lupakan hasrat saya kerana setiap kali pergi temuduga kerja yang lain dan memperoleh keputusan yang negatif. Isteri bekerja tetapi masing-masing ada komitmen dalam membuat pembelanjaan atau pembayaran.Disebabkan masalah ini juga kami sering bergaduh berkenaan masalah kewangan dan masa rehat yang tidak cukup, strees di tempat kerja menyebabkan saya sering mengambil cuti sakit. Semamnya cuti sakit akan memburukan rekod kerja tetapi saya sememangya tidak ada pilihan lain untuk mendapatkan cuti rehat.

    Saya berminat dalam perniaagaan dan bercadang terlibat dalam perniagaan kontraktor kelas f. Kerana mempunyai perniagaan keluarga dan ingin untuk merasa duit dan masa sendiri tanpa kekangan dan hasil adalah dari usaha sendiri.

    Dalam perkara ini apa yang harus saya lakukan bagi memastikan saya tidak perlu lagi strees dengan kerja sekarang dan memastikan masa bersama keluarga adalah masa yang berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      Berhenti kerja dan libatkan diri dengan bisnes JIKA:

      1- Kebebasan masa dan kewangan yang dicari
      2- Kebahagiaan rumahtangga lebih utama dari wang ringgit
      3- Berani untuk gagal dan sanggup untuk belajar
      4- Buang segala alasan dan sanggup kerja 10x lebih teruk dari kerjaya sekarang
      5- Istikharah dan perbincangan bersama isteri dan keluarga

      Jika cukup syarat, dipersilakan. Jika tidak, teruskan. Tiada kerja yang senang, tapi jika kita senang dengan kerja yang dilakukan, ia sebahagiaan dari kebahagiaan.

      Delete
  43. Salam. terima kasih cikgu mat atas nasihat yang diberi. Saya ingin bertanyakan cikgu mat beberapa perkara.

    1-Bagaimana untuk saya kenal diri,kekuatan,kelemahan dan hala tuju kehidupan bagi diri sendiri dan keluarga? Dari segi pekerjaan,kewangan dan kebahagian?

    2-Bagaimana untuk saya menjadi jujur terhadap diri sendiri untuk memastikan setiap apa yang dilakukan menjamin rezeki yang diperolehi adalah halal, tenang dalam setiap keputusan yang dibuat adalah betul serta berani mengaku kesalahan?

    3-Saya pernah berkongsi masalah dengan pasangan tetapi selepas menyatakan sesuatu kepadanya menjadikan masalahh saya tidak selesai malahan disalahkan bagi masalah tersebut. Tujuan hanya untuk berkongsi dan mencari penyelesaian bukan merumitkan keadaan. Bagaimana untuk saya membuat pasangan saya benar2 faham masalah yang dihadapi dan dalam masa yang sama mencari kata sepakat dan penyelesaian yang perlu?

    4-Saya banyak membuat masalah dengan majikan yang baru serta menimbulkan rasa tidak puas hati tehadap rakan sekerja yang lain. Saya telah hilang minat untuk bekerja di tempat baru kerana masalah yang sebelumya. Bila bangun pagi mmg terasa berat sangat untuk ke tempat kerja dan rasa terpaksa. Sememangnya saya nak meninggalkan tempat baru dengan cara yang baik tapi entah kenapa ada sesuatu yang menghalang saya berbuat demikian. Setiap kerja yang saya dibuat sememangya tidak ikhlas dan rasa terbeban sangat.

    5-Adakah saya masih belum pasti apa yang perlu saya buat dalam hidup atau masih mencari-cari rentak kehidupan yang belum saya temui?

    6-Saya percaya dan akui pada rezeki ada di mana2 tapi klau x cari rezeki tidak akan datang bergolek. Saya masih mencari-cari kerja lain tapi entah kenapa ssh sangat untuk saya mendapat rezeki yang lain kerana saya sekarang berhempas pulas untuk memberikan keselesaan pada isteri dan anak2. Kalau boleh saya x nak mereka ini terbeban dengan masalah saya kerana kami mempunyai anak kecil, kewangan pula tidak stabil dan saya xnak bergaduh dengan pasangan berkenaan masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan.

      1. Tuan, manusia bukan bomoh. Kita takkan dapat kenal diri melalui tilik nasib atau sebagainya. Manusia hanya akan kenal dirinya bila ia kenal tuhannya.

      Nak tahu potensi diri tuan? Dekatkan diri kepadaNya. Bangun tahajud di malam hari. Solat hajat, solat istikharah, minta petunjuk padaNya. Hanya Dia yang tahu ke mana takdir kita.

      Jaga solat 5 waktu, jaga solat Dhuha, jaga tahajud, insyallah tuan akan lebih cepat kenal potensi diri tuan baik dalam segala segi.

      2. Jawapannya sudah ada pada tuan. Jujur pada diri sendiri! Apabila tuan sudah mengambil suatu keputusan dalam kerjaya tuan, lakukan dan ambil tanggungjawab untuk pastikan ianya berjaya ditunaikan sebaiknya.

      Dengan melakukan KEPUTUSAN dan melakukan yang TERBAIK, tuan akan tenang dalam hidup.

      Kita rasa bersalah kerana kita tidak berani bertanggungjawab terhadap keputusan yang kita ambil dan kita tidak melakukan secara luar biasa untuk memenuhi keputusan itu.

      3. Tuan perlukan orang tengah jika begitu atau tuan perlukan masa dan tempat yang lebih sesuai untuk berbincang bersama pasangan.

      Dalam keadaan tuan sekarang, mungkin agak rumit untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan tapi jika tuan telah lakukan step 1 dan 2 yg saya cadangkan, isteri tuan pasti akan terbuka untuk berbincang bersama.

      Kemungkinan pasangan rasa masalah itu puncanya dari tuan, kerana itu ia menjarakkan diri supaya tuan sedar dan baiki dahulu sebabnya kemudian baru kembali berbincang bersamanya.

      Atau kemungkinan juga, pasangan sudah letih memberi cadangan dan pendapatnya kepada tuan tapi tidak diendahkan. Pelbagai kemungkinan boleh saya fikirkan tapi sejujurnya hanya tuan yang tahu punca dan cara untuk menyelesaikannya.

      4. Perkara yang paling berat bagi lidah tapi paling ringan bagi hati adalah meminta maaf. Minta maaf kepada majikan dan rakan sekerja atas sikap yang tuan lakukan sebelumnya.

      Kongsikan permasalahan tuan bersama majikan atau rakan sekerja sekiranya mereka terbuka untuk mendengar dan membantu atau memahami keadaan tuan.

      Banyakkan berkomunikasi bersama mereka dalam soal kerja. Jangan dipendam seorang diri atau menghilang secara tiba-tiba tanpa pengetahuan mereka. Etika kerja perlu dijaga supaya halal gajinya dan berkat kerjayanya.

      Jangan bawa masalah rumah ke tempat kerja dan jangan bawa masalah tempat kerja e rumah. Bukan mudah, tapi usahakan supaya menjadi mudah.

      5. Tuan belum jumpa jalan tuan sendiri. Kembali ke pangkal jalan. Mulakan bisnes side income. Melalui bisnes, tuan akan lebih cepat temui diri tuan yang sebenar. Kerana tanpa majikan, tanpa gaji, tanpa jaminan, tuan akan lebih cepat kembali kepadaNya.

      Hanya dengan kembali kepadaNya, akan terbuka jalan untuk kita lalui rentak hidup kita. Kuncinya, balik ke pangkal jalan. Jangan jalan terus, nanti tuan aan terus teraba-raba jalannya.

      6. Juga ada jawapannya pada persoalan tuan. Rezeki ada di mana-mana. Cari rezeki itu, tiada siapa yang menghalang. Jangan merungut, jangan berputus asa. Teruskan mencari hingga berjumpa.

      Saya tahu ia bukan mudah tapi setiap perkara jadi mudah bila kita USAHA dan TAWAKKAL.

      7. Cari ilmu, baik ilmu agama, ilmu kehidupan atau ilmu bisnes/kerjaya. Jangan berhenti cari ilmu. Kerana ilmu menjaga kita dari banyak perkara. Ilmu juga menyuluh kita kepada banyak perkara.

      Cuba tuan download ebook saya dan tuan cuba habiskan bacaannya. Ada satu bahagian pada bab imipian. Cuba tuan senaraikan 101 impian tuan dalam hidup ni.

      Kita perlukan impian untuk mula faham dan mula kenal serta mula jujur dengan diri kita sendiri. Tanpa impian,, kita akan jadi layang-layang tanpa tali. Kan terbang mengikut tiupan angin ke kanan dan ke kiri tanpa tujuan.

      Semoga membantu.

      Delete
  44. sàlam..tmpt sy kerja skrg secara keseluruhan kerja OK tiada tekanan tugas..gaji pun ok..cuma x gembira sebab tiada masa sosial,keluarga,kurang berkawan di tmpt kerja ni..kerja atas kapal yg hari² duduk kapal..kadangkala sahaja cuti..namun cuti perayaan mmg tiada msalah..namun terbit rasa rindu pda keluarga,sahabat kerana tinggal atas kapal menyebabkan masa bersama keluarga terhad..dan SAYA x berapa nampak arah tuju masa depan kerja ni memandangkan ia bergantung kepada projek..ikutkan hati nak kerja yang balancing masa ada masa bsama kluarga,kawan,hjg mggu dan lain2...apa patut sy buat?..tolong² dilema..jmur pulak sudah 26

    ReplyDelete
  45. Wassalam tuan.

    1. Apa impian tuan?: Tanpa impian, tuan akan terus bekerja di atas kapal dan terpaksa berkorban masa bersosial dan berkeluarga untuk 5 tahun lagi mungkin, atau 15 tahun lagi mungkin. Orang yang tiada impian hidup tidak mampu untuk 'lukis' pelan hidup dan kerjayanya.

    2. Set target kerja : Ia juga ada kaitan dengan impian tuan. Katakan tuan mahu banyak masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Mungkin bisnes atau kerjaya di daratan yang menjadi impian tuan. Kemudian baru boleh set target. Contoh: Umur 28 tahun, tuan sudah cukup modal hasil kerja kapal untuk berbisnes ATAU umur 28 tahun sudah mula untuk bekerja di daratan berdekatan dengan rumah dan keluarga.

    3.Bersedia mental dan fizikal. Bekerja di lautan tanpa tekanan dan sebagainya, itu adalah satu bonus besar buat tuan. Tapi bersiap siagalah jika mahu bekerja di daratan. Banyak faktor tekanan yang perlu diambil kira setelah tuan mahu mengubah kerjaya.

    4. Rebut pengalaman dan buat yang terbaik ketika bekerja di atas kapal. Belajar ilmu bermanfaat di sana sebagai persediaan tuan untuk mengubah kerjaya. Cantikkan rekod tuan di sana, insyallah peluang kerjaya di daratan ini pasti lebih cerah.

    Jika ingin berbisnes pula, mulalah belajar dari sekarang. Banyak ebook, seminar online dan lainnya untuk tuan belajar sekalipun jauh bekerja di atas kapal.Yang penting, buat persediaan sebelum berubah kerjaya.

    Semoga membantu tuan membuat keputusan.

    ReplyDelete
  46. Assalammualaikum... saya nak tanya.. jika ade peluang pekerjaan yg bagus.. tapi masih dilema dgn gaji.. kerna pekerjaan skrg gaji lebih tggi dari peluang pekerjaan yg lain.. dan situasi pekerjaan yg berbeza.. mcm mane utk hadapi masalah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....baca komen2 sebelum cik. Semoga cik temui jawapannya di sana.

      Delete
  47. Salan tuan,

    Saya nak tny...saya bru sahAja bekerja di sebuah club yg mghidang arak..masa mehon jwtan tu saya memg xtau ada jual arak..tp lepas 2@3 hari baru saya tau saya bekerja di syarikat yg bisnes utamanya adalah arak...sy nk berhenti tp sy memang tgh kurang duit...dgn nk tunang lg...perlu ke saya berhenti???atau bekerja dulu sementara tggu kerja yg lain??

    Harap dapat bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan...

      Sila pilih. Rezeki dari sumber yang halal atau sebaliknya.

      Pilih juga, keberkatan rezeki atau kepapaannya.

      Jika benar kita nak mencari rezeki halal, berhenti sahaja dan Allah akan tunjuk lorongnya yang mungkin kita pun tak sedar tentangnya.

      Jangan bagi alasan bila bertembung halal dan haram kerana apabila keberkatan ditarik, tuan akan alami kerugian yang berpuluh kali ganda dari keuntungan yang tuan dapat.

      Delete
  48. Assalammualaikum....
    Saya nak minta pandangan cikgu mat...saya bekerja sekarang sebagai seorang juruukur bahan di syarikat swasta...telah bekerja selama 4 tahun dlm bidang tersebut...masalah saya,saya memang tidak berminat dengan kerjaya saya sebagai juruukur bahan...saya telah berkahwin dan mempunyai bnyk komitment...saya rasakan saya berkerja tidak ikhlas dan sering stress dengan kerja saya...sampaikan tido malam pun fikir kerja dan bangun pagi rasa amat malas nak pergi keje...kadang rasa nk sangat berhenti tetapi teepaksa bertahan atas sebab komitment saya...saya amat berminat dengan bisnes tetapi tidak punya modal dan tidak tahu nk buat bisnes apa....setiap malam saya akan berfikir bisnes apa yang saya nak buat.....saya dah penat bertahan dalam kerja saya yang memang saya tak boleh nak hadap....harap cikgu mat bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....

      Bila tuan mengatakan,"MASALAH SAYA, saya memang tidak berminat.....", itu sudah cukup menjadi masalah.

      Masalah itu adalah pada diri tuan sendiri bukan pada sekeliling atau persekitaran rakan sekerja dan lainnya.

      Maksud saya, pertama sekali, tuan perlu bersyukur. Betaa ramai orang yg kini sedang mencari kerja sedangkan mereka tidak diterima bekerja. Bayangkan jika mereka dapat pekerjaan tuan sekarang, betapa bersyukurnya mereka. Mereka tiada pilihan lain melainkan buat yang terbaik dalam pekerjaan mereka.

      Kedua, dari sifat syukur itu akan timbul rasa sayang pada kerja yang kita buat. Kata orang, "Love what u do before U can do what u love." Belajar untuk letak 100% hati tu pada kerja yang tuan buat. Tak boleh juga, buat-buat suka dulu pun takpe. Lama-lama jadi sukalah. :)

      Jika tuan nak berbisnes, mulaan sebelum tuan berhenti kerja, cuma siapkan mental dan fizikal kerana tuan akan ada 2 kerja dalam satu masa. Jangan beri alasan apa-apa sehingga bisnes tuan berjaya dan tuan boleh berhenti kerja dengan tenang dan uruskan bisnes tuan sendiri.

      Jangan memilih bisnes. Mana yang jumpa jalankan dulu kerana bisnes pertama adalah bisnes untuk kita belajar ttg selok belok dunia orang bisnes, bukan untuk mengumpul kekayaan semata-mata.

      Kalau inginkan bisnes 100% online yg mudah tapi bermanfaat buat tuan boleh hubungi saya melalui whatsapp 019 248 6694 ye.

      Saya tunggu PM tuan :)

      Delete
  49. Selamat pagi..
    Saya da bkerja selama 4 tahun..
    Dlu saya cuma kerani biasa shj..
    Kmudian saya dtukar ke bhg akaun..
    Sejak saya ditukar ke akaun(no basic account) saya pun kena belajar..sejak GST memang sistem.byk yg ditukar..jd kerja pun makin byk & stress.
    Saya bercuti pun bos cari..
    Saya tgh lunch pun d cari..
    Tu blm g ada mslh..malam2 bos call tnya psl kerja..
    Hidup saya siang mlm kerja sj..
    Saya minta tolong admin bg nasihat
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi.

      Anda stress? Berhenti kerja saja. Ada berani?

      Kalau tak berani, teruskan bekerja.

      Katakanlah boss anda tak beri gaji kepada anda apabila tiba waktunya.
      Adakah anda akan hubungi boss anda siang malam untuk dapatkannya?

      Jika anda ada niat untuk lakukan perkara yang sama, maka sama saja boss anda juga sedang lakukan perkara yang sama.

      Anda akan kejar gaji anda, boss akan kejar kerja anda.
      Salah betul persoalan kedua ketiga atau seterusnya.

      Boss nak haknya diselesaikan walau apa cara sekalipun.
      Jika anda tak sanggup, berhenti saja kerja.
      Jika anda sanggup hadapinya buat sementara, pasti ada habuan untuk anda nanti.

      Anda lebih kenal boss anda. Jika ia orang yang jenis menghargai pekerja, pasti diberi reward. Jika ia tak menghargai pekerja, anda tunggu apa lagi di situ? :)

      Delete
    2. Saya tahu apa jawapanya..
      Saya cuma pekerja yg tak dihargai cikgu mat..
      Reward dberi bila sama kulit dan pandai ambil hati bos saja..
      Mungkin saya kena lihat dunia luar jg cikgu..
      Terima kasih atas nasihatnya

      Delete
    3. Silakan download ebook ini. Ini 'dunia luar' yang semua orang perlu lihat dan rasainya. http://wafiqulya.blogspot.my/2015/09/e-book-aku-yang-dulu-bukanlah-yang.html

      Delete
  50. Assalamualaikum Cikgu,saya berumur 23 tahun baru bergraduat pada bulan Oktober lepas.Saya berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan.
    Alhamdulillah,saya dah mendapat pekerjaan sebelum grad .Saya bekerja di audit firm.Disini saya nak menanyakan kepada cikgu tentang dilema saya.Saya x tahu apa yg perlu saya buat.Hari2 saya fikir nak behenti kerja.
    1)Suasana ofis yg amat tidak sihat.maksud saya dari segi disiplinnya.waktu masuk pukul 8.30 am tapi majority stafnya akan masuk pukul 9,pukul 9 mereka akan kluar mencari sarapan ,pukul 10 masuk ofis,duduk mkn di pantri beramai2 sambil bersembang sehingga pukul 11.Pukul 12 ada yg masuk surau utk berborak sehingga pukul 1.pukul 1 rehat dan masuk balik pada pukul 2 lebih.Demi Allah saya betul2 tertekan melihat semua ini.Disebabkan baru masuk,saya hari2 duduk di meja saja sorang2 .
    2)Staff yg suka mengumpat boss.
    3)Saya pergi kerja dengan Ayah saya menaiki motor.Saya kasihan dengan Ayah saya.Bersusah payah hntar saya.Disebabkan rasa kasihan yg menggunung,saya selalu terpikir nk bhnti dan cari tempat kerja yg dekat dgn public transport.Saya tiada lesen kereta dan motor,saya takat ada L utk lesen kereta.Saya x mampu dari sudut kewangan utk ke lesen P .
    4)Sejak bekerja di situ, saya selalu menangis di waktu mlm,stress,selalu marah2.Allahu..saya betul2 bnci diri saya..sbb terkadang melampias marah dan stress saya dgn environment ofis pd adik2 saya.
    5)kwan pejabat merendahkan saya.disebabkn wajah saya yg agak berjerawat..saya dimalukan.Disebabkan saya gemuk saya dimalukan.Allah..saya btul sedih Cikgu.Saya malu.self esteem saya betul2 menurun lps saya bekerja disitu.
    Jadi saya mahu tahu hujah tambahan dari Cikgu berkenaan masalah saya.
    Harap Cikgu bole tolong saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.Saya tumpang simpati pada tuan. Ramai kawan2 saya kata tuan adalah orang hebat dan berjiwa besar kerana melihat jauh ke depan untuk bekerja lebih baik dan tidak mahu menyusahkan orang lain...

      Cuma saya ada pendapat sendiri. Harap tuan berbesar hati menerima cadangan saya.

      1. Saya tiada hujah tambahan untuk menyokong keputusan tuan untuk berhenti. Tapi saya ada hujah supaya tuan terus kekal bekerja di tempat yang sama.

      2. Saya tidak mudah menyokong sesiapa pun untuk 'lari' dari masalah. Bagi saya, hanya orang tidak matang atau tidak mahu memikul tanggungjawab sahaja yang suka lari dari masalah kerana tentunya lari itu lebih mudah dari berdepan menghadapinya terutamanya sebagai anak jantan.

      3. Saya pegang prinsip emas berlian. Semakin lama emas di bawah tekanan api, semakin bernilai harganya. Semakin tertekan belian di perut bumi, semakin lama tekanannya, semakin keras dan bernilai 'batu hitam' biasa itu.

      4. Suasana ofis tidak sihat? Kita yang pengaruhi suasana itu atau suasana itu pengaruhi kita?

      Jika kita masih dipengaruhi oleh suasana, maksudnya tuan kena tinggal bekerja lama lagi di sana. Belajar untuk 'bentukkan' kembali suasana kerja yang sihat dengan saingan yang sihat. Pengaruhi orang lain dengan kerajinan tuan, dengan disiplin tuan, dengan kerja keras tuan, dengan pertanggungjawaban tuan terhadap tugas.

      Percayalah, semua manusia tertarik kepada kebaikan. Lakukan kebaikan tanpa perlu bercakap. Keadaan itu akan lebih menarik perhatian rakan2 sekerja lain untuk berubah.

      5. Staff suka mengumpat bos. Senang sahaja. Setiap kali melihat rakan sekerja berkumpul. bukalah youtube atau ceramah agama dengan perlahan sekadar boleh didengar oleh telinga mereka. Atau jika mampu, tegurlah dengan baik. Jika kita biarkan, kita juga bertanggungjawab kerana membiarkan kemungkaran berlaku di depan kita. tuan boleh mengadu di depan saya yg tuan tidak kenal atas perbuatan mengumpat mereka, mengapa tuan tidak boleh tegur mereka yg tuan kenal atas perbuatan mereka itu?

      6. Tiada masalah bab pengangkutan tu. Bagus kerana anda sedar akan kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah. Ambillah sikap itu dan praktikkan. Jika ayah anda hendak lari dari masalah, mungkin sudah lama beliau mengadu supaya anda bertukar kerja ke tempat yang lebih dekat. Tapi adakah beliau berkata begitu? Tentu sahaja tidak. Itulah lelaki mulia.

      Jadi, anda perlu pergi bekerja dengan semangat, tanggungjawab dan kegembiraan ayah anda yang dizahirkan melalui perbuatannya. Belajar utk hadapi masalah, selesaikan masalah dan berinteraksi dengan masalah.

      Sudah lama bekerja nnt, ambillah lesen motor dan berulang aliklah dengan motor dulu. Lupakan pasal kereta dahulu. Belajar berdikari dengan susah payah lebih bermanfaat bagi fizikal dan mental tuan dari berdikari dengan cara yang mudah.

      7. Bukan tempat kerja yang bermasalah tapi dalaman tuan yang bermasalah. Umpama perut tidak dapat makanan beberapa hari, tentu emosi tidak stabil. Isilah rohani dengan ibadat2 sunat. belajar kawal perasaan dan diri. banyakkan baca Quran, banyakkan duduk di masjid surau, pagi, petang dan malam.

      Delete
    2. 8. Kawan pejabat merendahkan anda? Apa anda lakukan hingga self esteem anda jatuh? Adakah kita mulia kerana orang muliakan kita? Adakah kita hina kerana orang hinakan kita?

      Apabila kita hina diri kita sendiri, orang akan hina kita. Apabila kita muliakan diri, orang akan muliakan diri.Formula ini mudah sahaja.

      Muliakan diri. Muka banyak jerawat. Jagalah kesihatan muka dan tubuh. Jika anda gemuk. Muliakan diri dengan kurus.

      Izinkan saya bertanya, adakah jerawat itu naik kerana orang lain menyumpah anda hingga jerawat naik? Adakah badan anda gemuk kerana buatan orang?

      Ambil tanggungjawab. Itu adalah hasil perbuatan anda sendiri. Betulkan perbuatan dan sikap anda. Orang akan muliakan kita kerana kita muliakan diri sendiri. Begitu juga sebaliknya.

      Fokuskan diri dengan berdiri di depan cermin. Jangan guna kanta pembesar untuk mencari salah orang lain.

      Harap kamu boleh bantu diri kamu. Saya utarakan pandangan saya yg tentunya bukan jawapan yang tuan harapkan. Tapi jika tuan terima dan baiki apa yg sarankan, tuan akan berterima kasih kepada saya.

      Semoga bermanfaat!

      Delete
  51. Salam.
    saya baru bertujar kerja..baru seminggu.tp.dlm masa seminggu sy rasa begitu terbeban kerana kerja itu bukan bidang dan minat sy. Setiap hari sy tidak sabar utk pulang ke rumah. Hati sy tidak renang. ..suka untuk tidur dan kurang selera makan. Wlu pun gaji nya setimpal tapi sy tidak gembira kerana sy tidak minat. Majikan terdahulu ada menawarkan kerja semula..sy gembira dengan kerja dahulu. Tapi bayaran nya separuh dari gaji sekarang. Sy tidak kisah tentang agaji nya. ..tapi saya khuatir keluarga akan memetang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam....

      Saya minta anda jujur pada diri sendiri dan pada saya. Kerana saya tidak boleh terima alasan,"Saya tidak kisah tentang gaji..." tapi anda sudah bertukar kerja dan mengadu kerja yg lama hanya separuh gaji kerja sekarang.

      Saya lihat sebenarnya anda begitu kisah dengan gaji.

      Ingat selalu, gaji itu datang dengan tanggungjawab. Semakin tinggi gaji semakin tinggi tanggungjawab.

      Jika tidak kisah dengan gaji yg rendah yg bermaksud kerja pun tidak banyak, silakan bertukar kerja dan kekal dengan keadaan begitu. Mungkin 5-6 tahun nanti gaji anda baru sama dengan gaji di syarikat baru ini DAN kemahiran anda juga akan meningkat lagi 5-6 tahun atau mungkin tak meningkat langsung. Which is bagi saya itu satu pembaziran.

      Orang yg bekerja bukan untuk terus bekerja lagi 40-50 tahun. bekerja sekadar timba pengalaman sebanyak mungkin dalam masa yang singkat. Sudah cukup pengalaman dan kemahiran, berhenti dan mulakan perniagaan anda sendiri. itulah cara bangsa cina bekerja.

      Jika nak bekerja hingga 40-50 tahun lagi, saya tak namak anda serius untuk bekerja jika tak sanggup untuk hadapi cabaran bekerja.

      Pendatang tanpa izin atau dgn izin di malaysia bekerja dengan gaji permulaan kurang dari RM1000 tapi tanggungjawab kerjanya seumpama orang yg bergaji RM5000. Mereka tidak komplen kerana mereka ada sebab untuk bekerja dan mahir dalam secepatnya.

      semoga membantu

      Delete
  52. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  53. Salam cikgu Mat,

    Saya telah 2 bulan tidak bekerja dan dalam masa tidak bekerja saya banyak menghadiri temuduga kerja. Disebabkan tidak bekerja saya mengalami masalah kewangan yang meruncing dan terpaksa menggunakan apa saja jalan untuk mendapatkan wang termasuklah menjual barang2 saya miliki dan dibeli oleh wang saya.

    Saya tidak dapat berkongsi masalah ini bersama isteri dan dia tidak tahu saya telah berhenti kerja selama 2 bulan ini sebab setiap hari saya akan melakukan aktiviti seperti hari bekerja,seteleh menghantar isteri dan anak2 ke pejabat dan pusat jagaan saya akan terus mencari kerja di sekitar ibukota dan menggunakan laman web kerja yang sedia ada. Sebab utama saya tidak dapat berkongsi masalah ini dengan isteri saya kerana, setiap hari dia sering berkata 'strees,penat,mcm2 nak pikir'.Isteri saya x kira waktu kalau ada sahaja yang x kena sering bercakap kasar, menjerit2,dan cara percakapannya seolah2 saya ini langsung x berguna sebagai suami atau ayah. Dimana seolah2 saya di rumah duduk goyang kaki dan membiarkan isteri terkontang2 kanting menguruskan segala hal. Walhal saya sentiasa membantu apa yang termampu tapi baginya itu semua dah memang kerja saya dan jika dia yang melakukan kerja tersebut baginya kerja itu sempurna, tiada cacat cela dan yang terbaik berbanding jika saya yang melakukannya.

    ReplyDelete
  54. Dalam segala hal, isteri boleh meluahkan apa sahaja yang dingini sama ada saya suka atau tidak, bila saya komen baginya pendapat saya salah dan x boleh diterima n bagi dia sahaja yang betul. Tapi bila saya yang meluahkan sesuatu, confirm ada yang x kena. Saya sendiri akui sebagai manusia saya dan isteri bukanla insan yang sempurna cuma saya tidak dapat nak mencari kesempatan untuk berbincang masalah dengan dia.

    contohnya: jika isteri penat, dia akan kata 'saya penat,lepas makan nak mandi n terus tido.Tapi bila saya bercakap macam dia, dia akan tanya n jawab "awak buat ape sampai penat sangat, saya lagi banyak buat kerja pada awak, saya uruskan semua awak pulak yang penat macam perempuan. Bila saya cuba bagi nasihat atau pendapat, ayat "cerminla diri awak dulu sebelum nak bercakap,awak pun bukan sempurna sangat, nak nasihatkan orang tengok diri tu dulu'

    Setiap kali cuba untuk berbincang, setiap kali itu juga permasalahan itu akan kembali kepada saya di mana, punca adalah saya dan bukan dia. Saya bukan nak membuka aib isteri atau memburukkan cuma saya xde tempat nak meluahkan masalah saya. Bila di ajukan masalah ini pada keluarga saya, jawapan yang di terima tidak juga membantu sebab bagi mereka "kau dah pilih dia, ko pilih jalan ini' pandai2 la ko hadapi

    steri saya jenis yang bergantung kepada saya untuk kemana2, maksud saya dari segi menggunakan kenderaan. Isteri ada lesen tapi takut untuk membawa kereta dan sejak dari kahwin sehingga sekarang alasan sakit kaki, takut, anak2 jadi penghalang untuk dia membawa kereta. Saya pernah utarakan hal ini kepadanya tapi sikap acuh tidak acuh isteri menyebabkan saya sentiasa akan rushing untuk menjemput isteri dan anak2 pulang dari kerja. Bila lambat sampai, tarik muka masam n dalam kereta x abis2 merungut kata lapar, awak ambik lambat nu myusahkan dia n anak2 walhal saya pernah mengajar n suruh bawak kereta tetapi alasan anak kecil nak menangis, nak menyusu membantutkan keadaan. Tujuan saya untuk memudahkan isteri jika saya lambat atau terjadi sesuatu yang tidak boleh diingini. Saya bukan meminta hal yang buruk terjadi cuma keadaan ini memberi tekanan pada saya.

    ReplyDelete
  55. Saya ada perancangan untuk berjinak2 dalam perniagaan dan peluang sudah ada, cuma sikap kebergantungan isteri untuk bergerak memerlukan saya sentiasa ada di rumah serta jika saya mahu terlibat dalam pernigaan yang memerlukan saya berjumpa pelanggan saya mesti pastikan kena hantar anak dan isteri pulang ke rumah dulu, jaga anak2 sambil isteri atau saya memasak dan jika semua dah selesai baru boleh saya nak berkecimpung dalam perniagaan.

    Saya ingin mengubah penghidupan kami sekelurga cuma bila ada peluang, saya x dapat nak rebut peluang sebab kekangan masa dan keluarga. "Nak Seribu Daya, Xnak Seribu Dalih" dan untuk berjaya tidak perlu ada alasan atau sebab tapi perlu tujuan dalam hidup dan matlamat untuk kehidupan dan keluarga.

    Saya telah mendapat pekerjaan di syarikat yang menawarkan pelaburan dalam 'sewa dan pajakan' perkakasan komputer dan ianya adalah pelaburan yang di daftarkan serta masih baru di pasaran. Saya menerima pekerjaan ini sebab 'tiada pilihan'serta tidak menerima maklum balas dari temuduga yang lain. Gaji yang ditawarkan rendah dari gaji sebelumnya dan mesti kejar komisen untuk mendapat ganjaran yang lebih. Disebabkan lokasi yang berdekatan serta memikirkan kos pengangkutan, saya terima tawaran kerja ini untuk sementara waktu. Sekurang2nya saya ada pekerjaan cuma pendapatan tidak teta. Walaupun bidang promosi atau jualan bukan bidang yang saya minati, hendak atau tidak saya kena terlibat juga dengan kerja ini untuk menjamin kewangan saya yang akan datang untuk memudahkan dari segi pembayaran atau perbelanjaan keluarga serta saya.Isteri juga tidak mengetahui hal ini.

    Soalan saya:

    1-Betulkah tindakan saya membelakangkan isteri dalam permasalahan ini? Tujuan adalah untuk tidak mahu mengeruhkan keadaan atau terjadi sesuatu yang lain.

    2-Bagaimana untuk saya berbincang dengan isteri dalam segala hal dan dalam masa yang sama mencari penyelesain dan bukan masalah yang saya utarakaan berbalik kepada saya?

    3-Allah Maha Mendengar, sebab tidak dapat meluahkan masalah, kepada-Nya saja saya boleh mengadu dengan harapan menenangkan diri saya,tetapi dalam masa yang sama saya rasa bersalah sangat menipu isteri terang2an.

    4-Dalam soal kerjaya, adakah saya membuat pilihan yang betul dengan alasan "tiada pilihan' dan 'tekanan hidup' serta amat perlukan sumber kewangan? Terima tawaran kerja dengan sebab dan alasan tersebut.

    *****Ingin saya tekankan di sini, kepada sesiapa yang membaca komen ini. saya bukan mahu memburukan isteri,diri saya atau meraih simpati tetapi sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati serta ingin mecari jalan yang betul untuk memulihkan keadaan agar jadi lebih baik. Saya bukanla orang yang sempurna dalam segala hal, cuma ingin berkongsi ilmu untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik serta membimbing keluarga.

    Harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  56. Maaf komen saya x boleh muat dalam satu page.

    ReplyDelete
  57. Tuan Che Chairil Asrul Che Din....permasalahan tuan agak berat untuk saya jawab di sini. Jika ada masa terluang yg panjang, sila telefon saya terus. Insyallah saya cuba beri solusi keluarga kepada tuan dan juga solusi bisnes kepada tuan. Bukan bisnes health n wellness sedia ada di blog saya ni, tapi mungkin ada bisnes rakan2 saya yg bermanfaat utk situasi tuan yg selalu rushing dengan tugasan keluarga.

    019 248 6694 - Cikgu Mat

    Saya anggap tuan serius untuk selesaikan masalah tuan jika tuan dapat hubungi saya.

    Semoga membantu menjawab luahan rasa tuan.

    ReplyDelete
  58. Salam cikgu, saya bekerja di kedai telefon oppo, saya sebenarnya tidak suka akan pekerjaan ini sebabnya pekerja ini perlu menarik pelanggan, dan saya tidak pandai bercakap. Bila saya cuba tarik pelanggan akan ada rakan sekerja saya yg cuba ambil alih tempat saya. Saya tiada pengalaman terhadap kerja ini, bila saya cuba mesti akan ada org lain halang. Saya ingin berhenti kerja ini tetapi ibu bapa saya mendesak saya suruh kerja ini jugak. Saya bingung cikgu. Sememang saya taksuka, tp terpaksa atas desakan ibu bapa dengan alasan mereka "baru kerja mmg mcm tuu, cabaran." Tetapi dah 2 minggu jadi macam nih. Datang kerja taktahu buat apa hanya tengok org lalu lalang sahaja. Apa saya harus buat ??? Adakah saya perlu bertegas terhadap ibu bapa saya utk berhenti kerja ini atau saya bersabar menanggung derita ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  59. Salam cikgu mat, minta tolong eamil e-book dan katalog yang cikgu whatsapp pada saya minggu lepas. phone saya problem x boleh nak buka attachment lepas download. Email saya - DarkTenjim@gmail.com

    Tq

    ReplyDelete
  60. Che Chairil, patutlah senyap saja.

    Ini ebooknya. Saya letak sini saja sebab besar filenya. Orang lain pun boleh tengok sama.

    https://drive.google.com/file/d/0B0VPKh0AZoPedEhidWI5WTZjNEE/view

    Dan katalog boleh terus rujuk sini:
    http://jutawanpowergold.biz/zahirah

    Boleh add friend FB juga untuk berhubung dengan saya:
    https://www.facebook.com/Ahmad.Taufiq.Misri

    Anda kaya dan berjaya!

    ReplyDelete
  61. Assalammualaikum cikgu, terima kasih untuk penulisan. Saya telah bekerja hampir dua tahun, dan ciri-ciri seperti yang cikgu tulis tu mmg semua ada pada saya. Saya sangat tertekan, sampaikan sy rasakan semua orang benci saya. Perasaan tidak suka dengan pekerjaan ni lah yg membuatkan saya berfikir sebegitu. Saya tak tau apa yg perlu sy lakukan. Niat untuk berhenti mmg tersangat kuat. Sy mmg tekad, sy mmg nak. Sehinggakan sy berfikir untuk buat sesuatu yg boleh membuatkan bos berhentikan saya(sy pernah hantar surat resign, tapi bos tidak approve). Gaji yang diberikan disini, sangat berbaloi. Tapi buat apa duit yg banyak jika hati tak pernah tenang. Selalu gelisah dan asyik merungut. Tapi, satu masalah pula, sy takot adkah sy boleh manage kewangan sy jika sy dapat pekerjaan yg lagi rendah dari skrg. Dan sy juga telah bnyk pergi mencari pekerjaan(interview) tp tiada pun yg mengambil saya bekerja. Sy betul2 perlukan bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Mulakan bisnes jika takut kewangan jika bekerja di tempat lain tidak kukuh.

      1. Mulakan biz dalam 6 bulan. Jika income selepas itu lebih banyak dari bekerja....

      2. Sila berhenti dan gembirakan diri. Jika income biz kurang dari ketika bekerja....teruskan bekerja. :)
      .

      Bila kita di titik TEKAD. Kita hanya ada 2 pilihan, DO or DONT. Sama seperti yang saya bagi 2 pilihan di atas.

      Jika betul nak berhenti kerja, start biz SUNGGUH-SUNGGUH, insyallah 6 bulan paling kurang hasilnya mesti sama atau lebih dari ketika bekerja.

      Saya dah buat apa yg saya tulis. :)

      Semoga ia membantu puan Izzah ye.

      Tak tau nak biz apa, boleh contact saya 019 248 6694.

      Delete
  62. Assalamualaikum cikgu, penulisan yg sangat bagus dan sangat diperlukan ketika ini. Saya ingin bertanya pendapat cikgu, saya sudah berkhidmat dengan jabatan kerajaan 7tahun. Tetapi saya tidak pernah merasa keseronokan bekerja disini. Saya cuma bertahan demi pekerjaan untuk jaminan masa depan. Pejabat dan rumah saya juga agak jauh. Saya perlu berulang hampir 120km setiap hari dan menempuh kesesakan lalulintas yang teruk. Saya baru berkahwin dan disebabkan pekerjaan saya yang stress, saya sering melepaskan pada suami saya, Syukur suami saya memahami dan beliau merasakan saya sudah tidak sesuai bekerja disini. Suami saya memberi restu untuk saya berhenti kerja dan buat bisnes kecil-kecilan kerana InsyAllah beliau boleh menanggung semua perbelanjaan rumah dan selama ini saya bekerja gaji hanya untuk simpanan saya. Demi kebahagiaan rumah tangga saya sudah merasakan untuk teruskan niat berhenti kerja tetapi pada masa yang sama, saya takut untuk melepaskan pekerjaan sekarang. Mohon cikgu dapat berikan pandangan. Terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.terima kasih atas perhatiannya.

      1. Tidak pernah merasa gembira berkhidmat? Mengapa terus berkhidmat? Mengapa kita lebih suka menzalimi diri sendiri?

      2. Jaminan masa depan dengan pekerjaan? Masalah mindset dan hati ni.

      Allah je yang jamin masa depan kita. Keje mana ada bagi jaminan apa-apa. Jika kita bekerja dengan baik, adalah jaminan untuk kita dinaikkan pangkat dan berkhidmat lebih lama.

      Maka, faktor jaminan itu adalah KITA yang bekerja. Jadi, alau kita lepaskan kerja A dan mulakan kerja B dengan sikap kita yg positif, hati yang gembira dan mindset yang betul, jaminannya Allah akan beri kerana kita sudah usaha yg terbaik.

      3. Jika suami telah beri restu, kuatkan hati, lepaskan dan mulakan hidup baru. Dalam izin suami ada keberkatannya dan kekuatannya.

      Baru berkahwin sudah banyak melepas geram dan stress, itu bukan suatu yg baik utk rumahtangga yang diharapkan berkekalan lama. Setuju...setuju?

      Ikut cakap suami!

      4. Do or Die! Pegang prinsip ini. nak berhenti kerja, mulakan bisnes. Tak tau nak bisnes, boleh wassup saya.

      Buat betul2 dengan hati yg gembira, mindset yang betul dan impian yang jelas. Sampai masanya, puan akan 'terpaksa' berhenti kerja juga.

      Cari mentor untuk buat semua ni. Sebab bisnes juga bukan mudah tapi tidaklah sesusah mana jika ada yang sanggup membimbing kita.

      Boleh..boleh? :)

      Semoga dipermudahkan urusannya.

      Delete
  63. Salam cikgu Mat. Saya Mira. Ibu kepada 2 org anak kecil. Setelah sekian lama saya terfikir untuk berhenti kerja. Saya bekerja di sektor swasta (Perindustrian).saya bekerja sebagai designer, setiap hari saya perlu mengeluarkan idea design yg baru. Saya suka kan kerja sebagai designer. Namun suasana di tempat kerja membuatkan saya menjadi stress. Pihak atasan sentiasa menekan pekerja2 nya supaya bekerja lebih dari yg sepatut nya. Oleh kerana saya mempunyai anak kecil dan itu menjadi priority saya, saya kerap mengambil cuti dan pulang tepat mengikut masa. hal ini membuatkan pihak atasan memandang serong terhadap prestasi saya lalu tidak menaikkan gaji atas alasan prestasi tidak memuaskan. Saya juga tidak menerima kenaikan gaji sejak 2 tahun yang lepas serta bonus tahunan yg semakin berkurangan. Saya amat mementingkan anak2, saya juga ingin membantu suami menambah pendapatan keluarga. Sememangnya hati tidak seronok lagi meninggalkan anak2 kecil untuk bekerja. Selain itu dek kerana penat bekerja, hal2 rumahtangga tidak dpt saya uruskan dgn sempurna, segalanya ala kadar shja. Saya sedar seorang ibu dan isteri sepatutnya berada di rumah bersama anak2 serta melayani suami. Bagaimana ya cikgu? saya sgt buntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam....

      1. Tahniah kerana sedar bahawa anda lebih diperlukan oleh suami dan anak-anak tanpa syarat sepertimana boss anda perlukan anda.

      2. Ikut cakap suami. Redha suami mengiringi puan untuk lebih kaya dan berjaya.

      3. Cari mentor untuk belajar berniaga, baik sbagai freelance designer ataupun untuk berbisnes bidang lain.

      4. Kembali bina lantai lebih kukuh dari rumah. Jangan terlalu cuba menggapai siling sedang lantainya rapuh sekali. Lantai = Keluarga. Siling = kerjaya.

      Ini sedikit pandangan saya. Semoga membantu. :)

      Delete
  64. AssalamuaLaikum. Nama saya nabila berumur 24tahun dan akan berkonvo BBA pada bulan Mei ini iAllah. Dan saya alhamdulillah telah bekerja selama 6 bulan di syarikat swasta kepunyaan cina sebagai admin cum account assistant. Memang saya berminat akan kerja itu cuma setelah 2 minggu saya bekerja, pelbagai perkara yang membuatkan saya hilang minat saya. Saya berasa takut2 untuk datang ke office pada esoknya, saya jadi murung, cepat letih dan pelbagai perkara negatif. Hal ini terjadi disebabkan oleh officer saya yang supervise saya tetapi kerja yang dia nak ialah kerja yang sempurna dan baik dan banyak kali dia akan marah2 membetulkan silap saya dan campak barang yang dia pegang. Saya ingat pattern ini ialah permulaan sahaja. Rupanya tidak. Ia masih lagi berlanjutan sampailah ke hari ini walaupun dia telah meletakkan notis 2 bulan. Setelah notis diletakkan, sekarang dalam proses dia memberi tunjuk ajar kepada saya tentang segala tugas2 dia. Dia akan panggil walaupun dia tahu saya sedang banyak kerja bertangguh gara2 sistem pejabat yang down kerana virus. Saya sangat2 fobia akan individu ini sampaikan mesej, call, wassap dia pun jantung saya akan bergerak dengan lajunya. Saya tahu saya sudah hilang akan rasa cinta kerja disini juga setelah orang2 lain menunggu2 bila gaji akan masuk tetapi bagi saya gaji 1.8k tidak bermakna. Diri saya merasakan saya hilang 'hidup' dan saya ingin meletakkan jawatan ini kerana saya masih muda dan saya yakin Allah akan buka jalan lain sebab rezeki ada di mana2. Cuma saya menjadi keliru, bila saya cakap tentang berhenti, orang2 lain akan komen, sayang berhenti sebab gaji da banyak, keadaan sekarang susah untuk dapat kerja. Tapi bagi saya, umur 24 ini sepatutnya saya kena rasa kerja itu ibadah dan seronok jadi wajar bagi saya untuk cari kerja lain.

    Cuma bagi cikgu, wajarkah saya berhenti? Dan bertanggungjawab ke saya pergi dalam keadaan syarikat tiada sesiapa uruskan department account?

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusslm.

      1. Kamu bertanggungjawab terhadap diri sendiri sebelum tanggungjawab kepada org lain.

      2. Kerja yg paling seronok adalah kerja yg menggembirakan dan dalam masa yg sama dpt beribadat kepadaNya.

      3. Jika rasa tiada masa depan, ikut kata hati. Masih mida dengan kemahiran yg baik, pasti mudah diterima di mana sahaja.

      4. Jika mahu bertahan, bertahanlah untuk terus belajar. Tak semua kesempitan itu menyakitkan.

      Bahkan hampir semua kesulitan itu dpt mengubah batu hitam menjadi berlian menawan.

      Tepuk dada, tanya iman melalui istikharah. Insyallah moga dilapangkan keputusan.

      Delete
    2. InsyaAllah. Terima kasih cikgu

      Delete
  65. assalammualaikum cikgu mat saye nk mintak pendapat cikgu mat perlu kah saye berhenti kerja jika setiap kali saye nk pergi kerja perasaan jadi mcm xseronokk rasa mcm sesuatu bnde buruk yg nk jadi...sebelom ni saya rase bersyukur sgt dgn kerja yg saya dpt tpi ape yg saye hrpkan semua xmnjadi ape yg diharapkan...jika saye bnti kerja adekah saye dikategorikan sbg org yg xbersyukur atau perlukah saye bersabar tpi mkin hari mkin kesabaran saye semakin hilang semenjak saye dpt kerja ni saye semakin murung perlukah saye cari keja lain minta pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab xreply

      Delete
    2. Terima kasih sebab reply jawapan sendiri. :)

      Bila kita ada masalah, sila luahkan dengan akaun kita. Saya tak 'dibayar' untuk jawab masalah pengadu 'unknown' yg tiada nama dan sangat negatif dalam hidup.

      Nak minta tolong PERCUMA, sila beradab. Terima kasih :)

      Delete
  66. Assalamualaikum , saya ingin meminta pendapat kepada Ckgu mat, saya berkerja di bahagian ferry selama 6 bulan , selepas sy apply cuti Dalam tempoh 14 hari, Dan kembali berkerja , saya suda merasakan kemalasan dalam kerja saya Itu smakin menguasai diri saya, bukan saja malas tapi bosan trhadap kerjaya saya sendiri tu suda di rasa dalam diri saya ni .lagi pun kerja Yang di beri oleh rakan sekerja pun suda banyak yang tertunggak , JD sy minta Ckgu bagi pendapat dan cadangan untuk saya . trima kasih , Assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Kemalasan itu hasil daripada cuti panjang. Ubah sikap. Ubah diri. Ubah mentaliti.

      Bukan kerja itu yang bermasalah. Anda yang bermasalah.

      Cadangan saya, buat kerja tambahan bersama company lain dalam bidang yang lain. Habiskan masa dengan kerja seperti mana anda habiskan masa dengan cuti.

      Buat 2 kerja selama 6 bulan berturut-turut tanpa cuti untuk buang kemalasan dalam diri.

      Semoga membantu.

      Delete
  67. Assalamualaikum..cikgu,saya seorang pelajar yg sedang bergiat didalam berpesatuan di dalam kampus. Pimpinan yang dibawa kali ini sangat berkaliber dan bersemangat, saya sendiri sangat kagum tetapi saya berasa saya tidak dapat mengeluarkan idea2 dan membantu dlm setiap aktiviti, saya tidak dapat memberi komitmen dalam berpesatuan ini. Keluarga saya pun sebenarnya tidak mahu saya menyertai kelab tersebut kerana bimbang akan keadaan saya,pelajaran dan saya juga rasa saya tak mampu menggalas tanggungjawab tersebut kerana tidak pamdai membahagi masa, walaupun telah diberi guideline utk saya melaksanakan sesuatu perkara itu tetapi saya masih terasa saya seorang yang tidak berguna hmm dan telah byk menyusahkan semua orang, ini membuatkan saya sering menjauh, menyendiri kerana tiada keyakinan dan terkadang membuat orang sekeliling risau akan keadaan saya.ada beberapa label yang telah saya peroleh atas rasa rendah diri, menyediri dan kurang yakin dalam membuat kerja saya ini hmm saya ingin minta nasihat cikgu samada saya patut cuba baiki diri atau letak jawatan kerana risau akan menyusahkan kelab tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Saya tak jelas sangat dengan jawatan yang dipegang cuma mungkin saya boleh menulis tentang masalah keyakinan diri.

      1. Manusia berpersatuan kerana ia tak sempurna. Kena buat kerja/aktiviti secara berjemaah. Dari kerana itu, tidak salah menjadi manusia yang tidak sempurna kerana memang tiada manusia yg sempurna.

      2. Kurang keyakinan diri, kurang idea, tak boleh membuat keputusan cepat dan tepat adalah kekurangan diri yang tak boleh ditonjolkan oleh pemimpin persatuan.

      Kerana ia juga akan pengaruhi ahli2 persatuan yang lain. Jika mampu, usahalah untuk mengatasinya dengan mengikuti kem kepimpinan dan kem2 yg lain dalam masa yang sama secara berterusan.

      3. Jika tidak mampu melakukan kedua-duanya, elok berikan dulu jawatan sedia ada kepada orang lain yang lebih layak.

      Anda? Bangunkan diri. Mantapkan ilmu kepimpinan dan persatuan terlebih dahulu.

      4. Sifat diri bole berubah dengan sikap. Bina sikap yang positif dan sentiasa baik sangka dengan diri sendiri. Upgrade kawan-kawan yang berkualiti dan ramahkan diri untuk bersama mereka.

      5. Pelajaran penting. Persatuan juga penting untuk seimbangkan hidup. Jadi imbangi kedua-duanya dengan baik.

      Jangan salah satu daripadanya membawa kesan negatif dalam hidup sedangkan pelajaran dan persatuan adalah bertujuan sebaliknya.

      Semoga membantu 😀

      Delete
  68. Assalamualaikum, sy ingin meminta pendapat cikgu mat. Sy bru 2bln bekerja di tmpt bru . Tpi sy mengalami stressss yg terlampau. Senior dan bos sy terlalu menekan. Sebelum ni rmai yg jgk yg dh berhenti disebabkan situasi yg sma. Saya memasang niat utk mula mencari pendapatan sendiri . saya juga belum tahu apa jenis pekerjaan sendiri yg boleh saya lakukan. Tapi saya masih teragak-agak utk berhenti kerja risau pendapatan saya terjejas sedang kan saya sudah tiada hati utk bekerja di situ. Saya sedar rezeki itu datang dari Allah swt bukan dari manusia. Apa patut saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      1. Berniaga bukan jalan keluar dari masalah. Kerana anda akan temui tekanan yang lebih besar dalam bisnes. Jadi, apa perlu anda buat?

      2. Ubah sikap. Tiada kerja yang mudah dan tiada majikan yang mudah didampingi. Belajar untuk adapt dengan suasana. Saya pasti senior dan bos anda adalah orang yang kuat bekerja. Anda pun boleh menjadi seperti mereka.

      3. Lihat dari sudut positif. Mengapa dilihat kepada mereka yang telah pergi kerana tidak tahan dengan suasana pejabat? Mengapa tidak dilihat kepada majikan dan senior yang bersungguh-sungguh itu? Mengapa suka ikut sikap yang negatif? Adakah dengan meletak jawatan dan pergi ke pejabat lain menjanjikan kerja yang lebih mudah di tempat lain dan tiada stress?

      4. Upgrade diri. Jika anda sebelum ini tidak pernah merasai tekanan kerja. Cuba untuk adapt dengan suasana baru ni. Setiap hari, upgrade diri untuk jadi pekerja yang lebih baik. Ingin selesaikan kerja seperti senior dan bos minta. Pasti mereka juga gembira dan perasan bahawa anda seorang pekerja yang berkaliber dan punya masa depan cerah.

      5. Bertahanlah sehingga 12 bulan atau setahun. Fasa ini adalah fasa pertama untuk lebih mengenali syarikat dan orang-orangnya. Elakkan baru 2-3 bulan bekerja, sudah pandai judge orang. Mereka juga mencari rezeki seperti kita. Cuma bezanya mereka bersungguh-sungguh dan punya minat bekerja yang tinggi dan kita belum lagi mencapai tahap mereka.

      Maka belajar, upgrade diri dan bersangka baik itu sangat penting dalam apa juga jenis kerja.

      Semoga membantu. :)

      Delete
  69. Assalamualaikum Cikgu Mat.

    Saya Saiful, berasal dan kini menetap di Labuan. Saya terpanggil untuk membaca laman blog ni kerana ingin berhenti kerja. Saya telah bekerja di syarikat sekarang selama 4 tahun (saya mula bekerja 20 Mac 2012). Mulanya, saya memang tiada minat kerja sekarang namun disebabkan ibu saya sakit ketika itu dan saya tiada pilihan melainkan menerima tawaran kerja tersebut dan saya berazam untuk cuba menanam minat. Namun dari zaman universiti lagi saya memang berazam untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Dengan izin Allah, saya ditawarkan sebagai PTD Namun, atas sebab ketika itu ibu saya sakit tenat dan ditambah saya baru sahaja berkahwin ketika itu, saya terpaksa menolak tawaran berkenaan memandangkan saya terpaksa berjauhan dengan keluarga. Ibu saya meninggal dunia bulan April tahun lepas.

    Sekarang, saya makin tertekan dengan kerja ini. Saya selalu balik lewat malam dan kadang2 terpaksa menyambung kerja di rumah sehingga 2 pagi. Saya terlalu tertekan dengan seorang bos saya. saya juga tertekan dengan politik kotor di dalam pejabat ini dan saya adalah salah seorang mangsa politik kotor ini.

    Saya melapor kepada 3 orang bos yang menyebabkan pertindihan arahan. Saya terlalu tertekan sehingga ada kalanya saya ingin membunuh diri. Saya juga semakin kerap marah dan kemarahan saya kadang2 sukar dikawal. Saya akan menghamburkan kata2 kesat tidak kira kepada sesiapa sahaja. Isteri saya juga sering menjadi mangsa.

    Saya betul2 nekad hendak berhenti kerja kerana pada hemat saya tiada guna lagi membuang masa membuat sesuatu pekerjaan yang kita tidak ikhlas melakukannya. Namun, saya tidak ada kekuatan untuk berbuat demikian kerana hutang yang agak banyak dan risau tidak dapat menanggung isteri, seorang anak saya yang berumur 7 bulan dan seorang lagi yang masih dalam kandungan. Tolong saya cikgu...saya betul2 tertekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam tuan.

      1. Takziah atas pemergian ibu tuan yang tersayang. Tiada yang lebih baik dari seorang anak yang berbakti untuk ibunya. Semoga Allah berikan pahala yang besar buat tuan dan ibunya.

      2. Do or Die! Tuan kata ingin berhenti kerja. Dah tulis resignation letter? Dah mula cari kerja lain? Jika ingin berniaga, dah mulakan bisnes?

      3. Izinkan saya berkongsi kisah saya. Ketika mana saya kata saya ingin berhenti kerja, saya telah buat resignation letter setahun sebelum saya berhenti. Ketika tulis resignation letter itu, saya sudah letak tarikhnya dan alhamdulillah saya berhenti pada tarikh tersebut tanpa lebih atau kurang.

      4. Jika kita hanya cakap sahaja, itu angan-angan yang tak berkesudahan. Hendak berhenti kerja dengan tanggungan sebegitu rupa perlukan plan dan tindakan drastik yg luar biasa. Perlukan TULISAN di atas kertas. Bukan hanya angan-angan di awangan saja.

      5. Jika semua perkara yg saya tanyakan tuan belum buat, esok lusa ambil cuti seminggu. Berehat dengan isteri. Berbincang dengan isteri tentang hala tuju keluarga dan nyatakan keputusan tuan untuk berhenti kerja.

      Tanya pendapatnya. Tanya perancangannya. Tanya kesanggupannya.

      Keputusan berhenti kerja untuk kerja lain atau berbisnes perluan sokongan orang terdekat suapaya tuan tidak lebih tertekan apabila tiada job nanti (semoga tidak terjadi).

      6. Lepas seminggu cuti pastikan tuan sudah siap resignation letter, tuan sudah mula mencari kerja lain atau tuan sudah sedia menjalankan bisnes lain.

      7. Jika tuan nak berbisnes boleh hubungi saya (019 248 6694) dan proses bisnes mesti berjalan dalam keadaan tuan bekerja. Jadikan ia side income dahulu sebelum mula resign selepas pendpatan dalam bisnes 2-3 kali ganda dari gaji tuan sekarang.

      8. Banyakkan tahajud. Kerana ia melapangkan hidup dan menenangkan jiwa. Orang yang paling jauh dengan Tuhannya adalah ketika mana dia lemah kerana manusia, dia tetap mencari manusia untuk menjadi kuat.

      Manusia, saya, dia atau kawan-kawan bukan jawapannya apabila hati sudah tidak keruan. Hati milik Dia. Kembali bersujud kepada Dia ketika tahajud cinta.

      Semoga membantu. :)

      Delete
    2. Assalamualaikum WBT

      Terima kasih atas maklumbalas daripada tuan.

      1. Untuk makluman, saya telah memohon cuti sebelum ini untuk memeberi ruang berfikir, namun tidak dibenarkan atas alasan audit. Walhal ada rakan sekerja dari jabatan lain yang dibenarkan bercuti.

      2. Saya telah menghantar notis perletakan jawatan sebentar tadi dan majikan saya akan masuk pejabat petang ini.

      3. Saya pernah menghantar notis perletakan jawatan tahun lalu (7 April 2015). Namun, atas pujukan majikan dan ketika itu diberikan cuti panjang untuk berfikir, saya membatalkan hasrat tersebut.

      4. Saya telah mengatur perniagaan yang saya minat dan untuk makluman perniagaan tersebut sememangnya memerlukan sepenuh masa dan tidak boleh dibuat secara part time. Namun, saya ada menjalankan secara sambilan pada hujung minggu dan Alhamdulillah, hasilnya memberansangkan dan saya percaya sekiranya dilakukan secara tetap akan mendatangkan lebih banyak hasil. In sha Allah, saya akan menghubungi tuan sekiranya berkelapangan dan memerlukan nasihat lebih lanjut.

      5. Saya juga telah meminta pendapat ayah dan isteri saya. Alhamdulillah, mereka merestui dan menyokong keputusan saya.

      6. Saya bukan sekadar berangan2 namun saya hanya perlukan keberanian. Saya percaya saya mampu berusaha keras mencari sesuap nasi demi keluarga. Nasihat tuan sedikit sebanyak membakar semangat saya untuk meneruskan niat tersebut.

      7. Kurang mendekatkan diri kepada Allah menjadikan hati tidak tenteram. in sha Allah segala nasihat yang baik daripada tuan akan saya ambil sebagai pedoman.

      8. Saya mendoakan kesejahteraan tuan dan keluarga. Semoga tuan mendapat rahmat dan dikurniakan rezeki yang berlimpah ruah daripada Allah SWT.

      Assalamualaikum.

      Delete
    3. Alhamdulillah....

      Go.....! Get yout dream. Saya sokong 100% impian dan plan tuan.

      Love what u do. Then do what u love.

      Tuan dah masuk tahap kedua. Do what u love.

      Sila mulakan. Jangan pandang belajang lagi. Jangan selak kisah lama lagi.

      Saya doakan,"Anda Kata dan Berjaya."

      Delete
  70. Assalamualaikum....cikgu mat saya ingin bertanya apa yg sy perlu sy lakukan dan pendapat cikgu mat tentang situasi sy ketika ini..saya seorang penjawat awam yg baru berkhidmat dlm lebih kurang 3 tahun..tetapi sebelum ini sy telah berkerja disektor swasta dlam 4 tahun tetapi sy dari situ sya bnyk belajar dan pengalaman yang baru walaupun agak stuggle tp sy rasa kepuasan bekerja meskipun penat dan letih.Tetapi selepas saya menjawat jawatan di sektor awam sy melihat perubahan banyak perkara sehingga merubah sikap saya sekali.Meskipun saya baru dlam sektor awam saya dapat rasa kebosanan bekerja dlam keaadan tidak letih dan tak penat dan tiada kepuasan dalam bekerja. Di sektor awam terdedah dengan kelapangan masa yg membuat kn sya malas bekerja. Persekitaran bekerja juga mengajar supaya tidak bekerja bersungguh-sungguh .saya yang semangat bekerja tetepi rakan sekerja lain tidak semangat dan saya seolah2 seperti asing bila semangat bekerja. Dan bila bekarja sya selalu jadi mangsa akibat semangat saya bekerja lebih sikit dari orang lain. Tiada kepuasan hati saya memberontak dlam bekerja dan persekitran mengajar supaya tidak jujur pada kerja ,bukan kata sy jujur sangat tetapi saya takut menjadi tabiat dalam hidup saya jika sya terus begini. Sya dah mula sekarang ini mencari jalan mencari jawatan lain..dan jika tiada peluang sy telah berkira2 untk berniaga, dan saya baru sahaja ingin melangsung kn perkahwinan dgn bakal isteri. Baru ingin memulakan hidup yg baru .insyaallah. Sya minta pendapt dan nasihat cikgu mat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam tuan.

      1.Baru? 3 tahun saya kira tidak baru. 3 tahun sudah jadi senior dalam perkhidmatan awam. Bagi saya, baru itu merujuk kepada setahun saja. Atau mungkin baru pada maksud tuan adalah dari sudut kesedaran. :)

      2. Kadang-kala, kita merasakan masa itu dapat mengubah segalanya. Tapi sayangnya kita yang diubah hingga mengikut suasana kerja yang tidak produktif dan penuh dengan unsur negatif. Kekuatan hati menjadi utama di sini.

      3. Sikap rajin luar biasa tuan menyebabkan tuan tidak sesuai berkhidmat di sana. Tapi tuan boleh memilih tempat lain yang lebih baik dan lebih banyak wujud persaingan dan peluang kerja yang lebih sihat.

      4. Elak dari menajadikan bisnes sebagai 'kambing hitam' untuk tuan lari dari masalah. Bisnes bukan seteruk itu. Bisnes adalah lapangan kerja orang luar biasa rajin dan luar biasa untuk lebih kaya berjaya dari orang lain.

      Sekali lagi saya tegaskan, bisnes bukan pintu Doraemon untuk keluar dari masalah.

      5. Buat keputusan yang jelas antara kerja lain atau bisnes. Jangan jadikan salah satu dari keduanya sebagai pilihan akhir. Buat kata putus dengan pilihan utama dan pertama.

      6. Jika ingin bisnes, tuan tak perlu berhenti kerja dahulu. Sikap terlebih rajin tuan tak memerlukan kerja yang kurang dengan berhenti, tapi tambahkanlah kerja sedia ada.

      Boleh berbisnes untuk jana side income. Beri masa antara 12 hingga 18 bulan dalam bisnes. Pastikan side income tuan telah 3x ganda lebih tinggi dari gaji sedia ada, kemudian sila berhenti kerja dengan gembira dan selesa.

      Semoga membantu. Jika ingin berbisnes, boleh hubungi saya untuk melihat peluang yang ada. (019 248 6694)

      Delete
  71. slm cikgu mat. sy nk minta pendpat cikgu. Sy dh bekerja dgn bos sy hampir 6 tahun. mulanya sy suka dgn pekerjaan ni tp selepas berapa lama sy dh mula kurg minat tambhan sy sudha berkahwin & berkeluarga jd perlu beri perhatian pd family tp skop kerja sy jd bertamabah slah atau x semua diats bahu sy . Sy pernah minta pendapat suami ida cuma cakap ikut suka sy dan fikir hutang masih banyak nk tanggung & sy perlu tanggung ibu & adik2 sy lagi, mereka tak bekerja jd berharap pada sy utk semua tanggungan dari belanja rumah hingga duit poket sendiri. Bukan sy nk buka aib tp sy perlu pendapat cikgu. Patutkah sy berhenti atau teruskan bekerja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Susah untuk saya beri pendapat. Ada beberapa kekeliruan yang tak dapat saya rungkaikan.

      1. Kurang minat sebab sudah berkeluarga atau kerana bebanan kerja?

      2. Imbalan gaji, bonus dan komisyen jadi punca kurang minat tak?

      3. Masih hendak menanggung mak dan adik2 atau tidak?

      4. Berminat untuk lakukan kerja lain atau memang langsung tak minat bekerja dah?

      Setiap situasi, jelaskan dengan jelas supaya saya boleh bantu beri pendapat lebih jelas juga. :)

      Delete
  72. Assalammualaikum cikgu.. saya ingin meminta pandangan dan pendapat cikgu.. saya merupakan seorang anggota tentera.. hampir 9tahun berkhidmat.namun hampir 4 tahun berniaga kecil-kecilan dan melakukan servis mobile mengurut dengan kemahiran turun temurun...namun makin lama makin banyak permintaan urutan dan makin dikenali.. saya cuma berat hati untuk tinggalkan kerjaya saya memandangkan lg 3 tahun untuk menyambung perkhidmatan 15 tahun... saya betistikarah dan temui jalan untuk teruskan bidang saya minati iaitu mengurut.. namun hati ni masih ragu2.. saya baru mengambil rumah..risau tidak dapat mrmbayar seperti biasa... banyak kekangan lain saya ingin bantu suami saya..tetapi hebatnya suami saya dia yakin saya berhenti dan boleh berjaya dlm bidang urutan.. cuma hati ini setia dengan kerjaya yang ada sekarang walaupun hari2 kerja dalam keadaan tekanan...bagaimana cikgu untuk saya betul2 bersedia untuk teruskan kerjaya yang saya minati dari kecil..utk pengetahuan cikgu nenek saya bidan kampung dan sangat dikenali.. saya ingin ikuti jejaknya...harap cikgu dpt membantu..terima kasih cikgu..assalammualaikum..

    ReplyDelete
  73. Waalaikumussalam :)

    Dari pertanyaan sudah nampak mana 'masalahnya'.

    Kenapa harus berperang dengan diri sendiri? Sedang jawapan dah ada dalam hati?

    Berdamai dengan Tuhan. Berdamai dengan suami. Berdamai dengan diri.

    1. Apa tujuan istikharah kalau tidak mahu menerima keputusanNYa?

    2. Apa tujuan berbincang dengan suami jika mahu mengikut fikiran sendiri?

    3. Apa tujuan ada impian jika hati masih bergantung kepada ketakutan tidak pasti?

    4. Saya tak pernah kenal tentera yang ada takut dalam hatinya. Risiko? Semua kerja ada risiko. Tapi risiko paling besar adalah TAKUT dan TIDAK PERCAYA DIRI.

    5. Luluskah seorang tentera yang ada 2 sifat ini untuk dihantar di medan perang? Ada kaitan ke? Ada, ini adalah MEDAN PERANG KEHIDUPAN!

    6. Puan sudah ada jawapan dari Tuhan, puan sudah ada jawapan dari suami. Puan sudah ada jawapan dari diri....Masalahnya mengapa puan IKUT jawapan dari syaitan dalam diri?

    "Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan. Sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan Nya dan kurnia yang melimpah ruah. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

    Maaf kalau terkasar, tapi mungkin dengan kekasaran, puan akan hilang segala jenis ketakutan yang bersarang.

    Saya doakan puan berani, kaya dan berjaya :)

    ReplyDelete
  74. Terima kasih cikgu kerana memberi pendapat yang begitu jelas dan membimbing.. saya menghargainya.sekurang2nya saya telah bersedia lagi 3tahun dari sekarang untuk berhenti.. sementara ini saya perlu setup perniagaan saya sebaik mungkin... insya allah saya percaya rezeki semua dari Allah swt.. terima kasih cikgu...saya juga mendoakan cikgu semoga diperluaskan rezeki dan diredhai Allah swt..amin..

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum..saya pun dah berhenti kerja dari company sbg pegawai khidmat pelanggan atau omputih kate customer service office kerana terlalu stress sehingga hampir tiap2 minggu migrain,dan x payah cakaplah mc setiap bln..saya dah cuba tanam minat,tp disebabkan bebanan krj & tekanan dr customer sy,customer singapore dan management yg teruk,sy ambik keputusan resign 24hrs..saya nekad..malangnya dh msuk 3 bln msh x dpt kerja..bg sy,sblm berhenti better cari krj dulu..jgn jd mcm sy..tp sy yakin InshaAllah ade rezeki sy nnt,cuma Allah nk sy sbr dulu..

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum cikgu. saya baru berusia 24 tahun.Selama ni sy hanya bkerja biasa2 sahaja.Gaji pun cukup2 makan.Sebenarnya saya sudah 4 bulan tidak bekerja. Hal ini demikian kerana, saya telah bertekad utk berhenti kerja setelah setahun berhempas pulas bekrja dgn majikan.Pekerjaan saya dulu sangat memenatkan dan jarang sekali sy mendapat cuti.Kesihatan sy pula turut trjejas kerana terlalu kuat berkerja sehingga makan minum pn tak trjaga. Walaupun sering mengeluh, saya masih ada prsaan kasihan trhdp majikan kerana sy adalah satu2nya yg masih bertahan disitu wlaupn pmbyrn gaji yg tdk setimpal dgn kerja. Sehingga kini sy masih trauma untk bekrja.Kini sy bnyk mnghabiskan waktu berada di rmh. Saya dapati saya seronok berada di rumah kerana saya lebih tenang dan tidak lagi stress spt slalu. Saya jg dpt memperbaiki amal ibadah saya.Saya kini dpt mngamalkn solat sunat dhuha sbg rutin harian brbnding swkt mc bkeja dahulu.Saya dapati hidup ini lebih bererti apabila kita lbh mendekatkn diri kp pencipta.
    walau bagaimanapun, saya telah diberi tawaran Kerja,kerjanya jg menarik dan gajinya lebih baik brbnding sblm ini. Namun waktu berkerja dan tpt kerja trsbt tdk memungkinkn saya untuk melaksanakan amalan2 saya sblm ini. Apa yg harus saya lakukan? Selain beribadah, saya jg memerlukan wang utk meneruskn kehidupan.Saya kini berada dalam dilema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      "Setiap kesusahan itu akan diikuti kesenangan. Setiap kesusahan itu akan diikuti kesenangan'- firman Tuhan

      1. Islam bukan agama lari dari medan perjuangan kehidupan. Islam adalah agama untuk mendepani kehidupan.

      2. Kerana itu, ibadah dalam Islam bukan terhad kepada perkara sunat seperti Dhuha dan lainnya semata. Tapi ia juga merangkumi pekerjaan, perniagaan dan usaha lainnya.

      3. Mencari rezeki yg halal itu WAJIB, solat Dhuha, zikir, itu sunat. Jika berkelapangan dan usahalah untuk mencari kelapangan, lakukan solat Dhuha dan zikir seperti biasa.

      Jika tiada kelapangan, maka menunaikan kerja adalah lebih utama. Melainkan ia melibatkan ibadat wajib seperti solat 5 waktu, menutup aurat atau kewajipan lainnya.

      Allah berfirman,"Sesungguhnya Allah paling suka orang yang apabila ia bekerja/berusaha dalam sesuatu pekerjaan dengan bersungguh2".

      4. Terima pekerjaan dan usaha menjadi pekerja yg terbaik kepada majikan dan hamba terbaik kepada Tuhan!

      5. Bincanglah dengan majikan jika mahu lakukan perkara sunat dalam waktu kerja. Jika dibenarkan, alhamdulillah. Jika tidak dibenarkan, pun tiada masalah.

      Peganglah prinsip dan beritahulah prinsip kepada majikan anda,"Pekerja yang paling baik dalam kerjanya, adalah pekerja yang paling baik dengan Tuhannya."

      Semoga berjaya dan semoga bermanfaat.

      Delete
  77. Salam cikgu mat..sy dah 2 tahun kerja di sektor swasta.sy nak berhenti atas faktor:
    1.tidak diberi peluang mndapatkn task yg lebih mencabar(cabaran utk kaum nya shj)
    2.gaji berpatutan.tetapi kerja sy 3bulan pasif 1bulan aktif bergantung pd faktor production/projek.
    3.persekitaran kerja yg "suka jg tepi kain org"
    4.company intrnational..tetapi sistem pengurusan yg tak effisien menjadikan kerja yg mudah jd rumit(kerja dua tiga kali)
    5.sy pernah mintak di pindahkan dari jwtan dr production eng ke design eng utk upgredkan diri.tp tidak diberi peluang
    6.kerja yg straight foward.tiada peluang utk expose kan diri
    7.notis berhenti 3 bulan sukar utk diterima company lain.

    Sy sudah aply kerja.tp tangga gaji sy di company ni agak lumayan.Adakah sy patut downgredkan kan gaji sy supaya peluamg utl sy dpt intrview lebih cerah?kerana pengalamn yg sy ada tidak begitu strong. Harap cikgu mat dpt mmberi sy nasihat.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam....

      Kekalkan tangga gaji dan cari kerja lain.

      Kenapa nak downgrade gaji jika anda berkemahiran dan yakin dapat lakukan something different yang luar biasa jika diberi peluang?

      Delete
  78. Assalamualaikum cikgu Mat..
    Saya sudah lama berhasrat ingin berhenti kerja atas faktor sistem kerja yang membebankan, mereka hanya tahu kerja kerja kerja belum masuk bab cuti dan MC memang akan disiasat habis-habisan oleh pihak syarikat yang bukan sebangsa kita, sehinggakan balik rumah saya terlalu penat dan asyik marah anak dan kadangkala tidak larat mengemas rumah dan nak masak untuk keluarga. Tapi hingga sekarang masih bertahan disebabkan kewangan dan ada rasa "takut" kalau berhenti kerja nanti.

    Saya dah banyak abaikan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri, hari cuti sabtu ahad sibuk mengemas rumah dan rehatkan badan, kadangkala tiada masa nak ziarah kaum keluarga dan sanak saudara apatah lagi nak balik kampung kerana faktor cuti (Annual leave 8 hari setahun) dan saya gunakan cuti hanya untuk emergency anak atau suami sakit sahaja. Dan faktor terbesar kenapa saya takut nak berhenti kerana suami saya sejak 2 tahun lepas mengalami kemalangan dan masih follow up sehingga kini dan kesannya ada sakit sawan (setahun 3-4 kali) kerana tiada tempurung kepalanya retak dan dibuang dan beliau masih lagi bekerja di kerajaan manakala saya pula di swasta. Untuk pengetahun cikgu Mat kami suami isteri ada berniaga kecil-kecilan produk makanan pada hari cuti. Saya ingin berhenti kerja dan fokus pada perniagaan tersebut, tetapi di sudut hati masih rasa takut fikirkan kewangan dan masalah kesihatan suami.

    Mohon Cikgu Mat beri kata-kata semangat untuk saya. Kerana sejak tahun ini 2016 ada pekerja yang berhenti dan syarikat tidak mengambil pekerja baru dan saya diarah membuat kerja tersebut dan kini saya handle 2-3 kerja dalam satu masa. Tekanan kian terasa, badan semakin penat, fokus untuk keluarga sudah makin berkurangan, ibadah pada Allah sudah hanya cukup syarat, tiada ibadah-ibadah sunat yang lain..dan saya sangat sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam....

      DO or DIE!

      Dunia puan sekarang takkan berubah dengan hanya BERFIKIR, LAKUKAN apa yang puan nak lakukan.

      Dari awal hingga akhir saya baca luahan puan, hanya nampak - NAK - TAKUT - TAPI NAK - TAPI TAKUT.

      Jenuh ulang circle ni lagi 30 tahun kalau terus berfikir. Berhenti berfikir dan BERTINDAK.

      Rezeki Allah bagikan? Iman tu..iman tu. Kuatkan!

      Delete
  79. assalamualaikum, saya ingin mendapatkan nasihat sedikit apakah perlu ada persiapan rapi untuk berhenti kerja untuk memulakan perniagaan.

    ReplyDelete
  80. saya ingin berhenti kerja tapi parent saya tidak nampak yang saya akan berjaya di dalam bidang business tetapi saya sudah tidak tahan berkerja disini kerana suasana kerja yang kurang harmony.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasslm. tak perlu berhenti.

      teruskan kerja sampai mati selagi telinga masih telinga astro. Suka dengar kata orang dari kata hati sendiri.

      Selagi hati masih tisu teruskan juga kerja sampai mereput. Nak bisnes hati kena kering, telinga kena pekak, impian semangat mahu tinggi.

      Kalau rasa takde ciri-ciri ni, teruskan bekerja walau susah hati.

      Delete
    2. Berbincang bersama family, minta sokongan dia. Klu ada adik beradik bagitau adik beradik dulu niat plan, biasanya adik beradik akan sokong. Lepas tu sama2 jumpa parent, lepas terangkan semuanya adik beradik cakap beri sokongan. Baca doa mudah2an lembutkan hati parent, restu mereka penting.

      Delete
  81. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam....

      tuan ada kontrak ke dengan company tu sampai dah hantar surat resign boleh ditolak mcm tu je dan tuan MASIH STAY dengan taatnya.

      Dah hantar surat resign. cukup tempoh, berhenti. Apa yg susahnya?

      macam ni, kalau semua perkara risau, then stay terus situ sampai pencen. no complaining.

      tanya saya pun takde faedahnya kalau diri sendiri tak mahu buat KEPUTUSAN sendiri.

      So, bertindak sebagai manusia, bukan sebagai hamba majikan.

      Delete
  82. As Salam Cikgu Mat.. sy mohon sedikit pendapat, sy dlm dilema untuk terus bekerja atau berhenti.. sudh sebulan lebih kesihatan anak sy terganggu..dan sy sudah banyk hari cuti..dan baru2 ni ank sy msuk hospital.. ade pengasuh yg jge anak sy.. tp sy lebih rela jaga anak sy yg sakit.. dan skarang sy mengandung ank kedua.. dan rase kurang sihat.. tempt kerja pulak jauh.. sy perlu berjalan jalan kaki dan beasak-asak menggunakan pengangkutan awam..minta cikgu kongsi pendapat.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ini pendapat jujur saya.

      1. Sayang anak, sayang diri atau sayang kerja?

      2. Kalau sayang anak, sayang diri, berhenti kerja.

      3. Cari keje yg lebih dekat dengan rumah atau buka peluang keje utk diri sendiri.

      4. Jaga anak sendiri atau bantu jaga anak org lain pun boleh dapat RM1500 sebulan tanpa susah payah keluar rumah.

      5. Fokus kpd keluarga dan bina kerja dari rumah. Itu lebih sesuai dgn keadaan puan dan anak2 sekarang.

      Semoga membantu 😀

      Delete
  83. Assalamualaikum Cikgu,
    Sy bkerja dlm bidang keselamatan,sdh 9thn,bkerja 3 shif,tp sy rasa sy mcm tiada minat utk bkerja dlm bidang nie,prestasi sy jatuh teruk,lesu,mengantuk ,prkara ni telah lama,tp sy msh bertahan utk bkerja,stiap kali mahu dtg kerja terasa berat hati,apakah perlu sy resign,keputusan nie amat sukar sy fikirkan mmndgkan sy telah 9 tahun bkerja..perlukah sy brhenti ..mohon pencerahan dari cikgu..tk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusslm.

      1. Tak perlu berhenti mendadak.

      2. Cari satu bisnes sampingan dan buat sungguh2.

      3. Dalam masa 6 bulan, pastikan income lebih banyak dr gaji 9 tahun tu.

      4. Kalau tak dapat macam tu, teruskan kerja sampai pencen.

      5. Kalau dapat begitu, truskan kerja dan bisnes lagi 6 bulan, then resign dengan kepuasan.

      Boleh ke boleh?

      Delete
    2. Terima Kaseh....InsyaAllah..akan sy cuba usahakan bisnes p.time...sy nk dtkn e book dari Cikgu..blh hubungi email sy soccero622@gmail.com

      Delete
  84. Asalamualaikum Tuan,
    Kbetulan saya memang sedang mencari artikel mengenai berhenti kerja untuk menguatkan lagi keputusan yg bakal saya buat.
    Saya Anijah dr sarawak,kakitangan awam yg dah kerja 15 thn,isteri 3 anak,dan saya dah join dlm dunia bis hampir 5tahun.
    Saya minat bidang jahitan,skrg pun saya bekerja sbgai jurulatih bidang jahitan.Saya betul2 suka dgn kerja saya.Namun setiap tahun perubahan demi perubahan yg di tetapkan,kadang2 di luar mampu saya sbb terlalu byk yg perasan "bos" dan arahan pun mcm2.kadang2 sampai rasa nak berhenti 24 jam.
    Tambahan saya adalah isteri PJJ(Perhubungan jarak jauh) sbb suami bertugas d utara,waktu saya memang kelang kabut..pagi dah berkejaran nak hantar anak2(3org) ke sekolah yg lain2.Masuk kekas/opis saya dah letih,saya dah hilang fokus dan saya cepat marah.makib hari,kerja dan emosi saya tertekan.Bab rakan kerja dan bos,sedia maklum memang lebih sinis.
    Berbalik kpd biz saya,sejak syarat dan petkeliling baru,kedai saya terabai,saya dah tak ada masa tp kerana sayangkan kedai saya sanggup bayar sewa je sbb bila saya berada di kedai,menjahit,buat kerja sendiri,saya rasa betul2 bebas dan seronok.Tapi apa boleh buat.
    Sejak akhir2 ini,saya betul2 stress,hampir setiap malam saya menangis sbb saya dah mulai bosan dgn berkejaran ke sana sini.Hampir hari2 saya bergaduh dlm phone dgn husband sbb saya nak berhenti.Saya dah tak de mood nak teruskan kerja saya.selain menjahit,kemahiran saya juga adalah dlm bidang pastri.
    Saya buntu.
    1)saya dah tak larat buat byk kerja dgn arahan yg bertukar2.
    2)masa saya dgn anak2 amat terhad
    3)saya nak duduk satu keluarga,satu tempat..saya dah letih keluarga duduk asing2.
    3)saya nak buat apa yg saya suka.
    Haruskah saya berani untuk berhenti dari kerja sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslm.

      1. WAJIB berhenti segera.

      2. Tumpu kepada bisnes apatah lagi ni sudah hampir nak puasa dan raya. Order pasti menimbun jika kena caranya.

      3. Dalm tempoh berhenti. Buka order jahitan baju raya utk semua kawan2 di jabatan.

      4. Jgn bergaduh dengan suami. Kejayaan dunia akhirat dalam tangan suami.

      5. Bg kata putus pada suami,"Saya dah resign sekarang. Nafkah saya pada abang 100% sekarang. Izinkan saya tolong abang melalui bisnes jahitan yg saya minat."

      Full stop!

      6. Semoga berjaya. Insyallah kejayaan milik puan. Yang penting, love what u do. 😀

      Delete
  85. salam cikgu,

    Saya telah hilang fokus dan minat untuk bekerja di tempat baru sekarang dimana baru empat bulan saya bekerja di situ. Bukan soal saya tidak komited dengan kerja tetapi cara pengurusan membuatkan saya terbeban dengan kerja yang diberi.

    Walaupun saya mempunyai pengalaman dalam kerja tersebut tetapi cara mereka membuatkan saya jadi serba salah 'buat salah, x buat pun salah' dan bila ada masalah masing2 lepas tangan dan tunding jari kepada saya.Dengan alasan 'It's your duty and responsibility, like it or not, make it done'!.

    Tujuan saya mencari kerja yang baru untuk saya dapatkan pendapatan tetap dan untuk cover balik bulan2 yang saya tidak bekerja dan tidak bergaji tetapi masalah ini berbalik kepada saya dalam bentuk yang sama seperti tempat kerja yang lama.

    Tugasan yang diberi banyak tidak dapat disiapkan oleh saya sebab tertekan sangat dengan layanan pengurusan terhadap saya yanh tidak banyak membantu,tetapi menambahkan rasa hendak berhenti kerja yang mendalam dan mendadak.Saya kalau boleh nak lepaskan jawatan dengan cara yang baik walaupun pahit, tetapi saya rasa x mampu untuk berbuat demikian.

    Saya fikirkan hal anak dan isteri, tetapi cara saya macam tidak fikirkan mereka. Saya ada membuat kerja part time untuk tambahkan pendapatan saya dan keluarga.

    Apa perlu saya lakukan cikgu?

    ReplyDelete
  86. Assalmualaikum Tuan,

    Saya berumur 40 tahun dan sekarang saya bekerja di syarikat jepun hanya baru 4 tahun sahaja. Sebelum ini saya bekerja di syarikat sebelumnya selama hampir 10 tahun. Sungguh pun bekerja di syarikat international tetapi kebanyakan bos-bos terdiri daripada orang tempatan (cina). Masalah saya ialah GM saya suka memarahi saya dengan kasar dan kuat sehingga saya merasa amat malu dengan staf yang lain sedangkan kesalahan yang saya lakukan hanyalah kecil sahaja dan kadang-kadang kesalahan itu bukan dari saya tetapi dari staf lain (sebangsa) dengan alasan dia tiada pengalaman. Saya berasa seolah-olah dibuli dan diaibkan begitu teruk sekali. Sekarang ini, bila tiba hari Isnin saya merasa amat malas untuk datang kerja dan hati saya cukup gembira pada hari jumaat sebab hari terakhir bekerja untuk minggu itu. Dan kadang-kadang bila saya dapat tahu bahawa GM saya akan pergi outstation, hati saya cukup senang dan gembira untuk datang kerja. Perasaan ini tidak pernah terjadi pada saya bekerja di syarikat sebelum ini. Saya pernah adu kan masalah saya ini pada kawan saya yang bekerja sendiri dan dia mengajak saya untuk ambil sub dengan dia. Apa yang bermain difikiran saya sekarang ialah, mampukah saya dan cukupkah untuk menanggung hutang isi rumah, perbelanjaan isi rumah serta nafkah wajib pada isteri dan anak-anak saya?
    Apa yang perlu saya lakukan Tuan?
    Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      1. Masalah komunikasi. Tanya sendiri ada GM kenapa selalu dimarahai begitu teruk.

      2. Sy tak pasti dalam dunia anda. Kalau dunia saya sebagai usahawan, mentor akan ajar mentee yang paling berpotensi dengan sangat kasar dan garang. Ia membina dorongan yg lebih kuat untuk mentee untuk serius dalam bisnesnya dan berjaya dengan lebih cepat.

      Dunia anda bagaimana? Tanyalah GM anda. Jangan buat andaian sendiri. Jika dia nak anda berjaya, maka lapangkan hati. Terimalah dan buat sehabis baik.

      Jangan anggap remeh setiap teguran walaupun dalam perkara kecil. Kerana sebuah rumah boleh runtuh hanya kerana anai2 yg kecil.

      3. Ambil sub dan buat juga sebagai side income. Hanya perlu uruskan masa dan 'orang'. Cari seorang yg boloeh dipercayai untuk uruskan sub itu dari awal hingga selesai dan anda fokus kepada kerja anda. Anggap ia sebagai pengalaman, bukan sebagai sumber pendapatan sampingan buat masa ini.

      Semoga membantu.

      Delete
    2. Terima Kasih Tuan kerana reply.
      Memang saya ada masalah komunikasi iaitu saya memang tidak pandai untuk membalas hujah atau menyangkal hujah. Apabila saya dimarahi, saya lebih pada berdiam diri dan pendam sahaja. Saya pernah bersemuka dengan dia tentang saya tidak suka dimarahi depan staff lain sebab saya ada maruah. Saya pun bukan muda lagi untuk ditengking dimarahi dengan begitu teruk. GM saya minta maaf dan berkata perkara ini tidak akan berulang, tetapi ia masih berulang hingga sekarang. Kadang-kadang apabila balik ke rumah saya terlalu runsing dan moody dan sering memarahi anak2 saya.
      Saya pernah menghubungi bekas pekerja dimana saya menyandang tugas dia sekarang, kenapa dia berhenti sedangkan dia telah bekerja di sini sudah belasan tahun. Jawapan dia ialah dia sudah tidak tahan dimarah dengan begitu teruk dan berasa diri dibodoh-bodohkan.
      Pernah satu kejadian, saya dimarahi teruk oleh GM saya ini pada pagi hari, sedang kena marah, tiba-tiba darah saya mula naik sampai ke kepala dan jantung saya mula berdegup laju. Saya tidak mahu perkara buruk terjadi dan saya terus berlalu pergi meninggalkan dia.
      Mungkin kali itu saya boleh tahan sabar tetapi saya takut tidak pada hari lain.

      Delete
  87. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tak boleh bantu sebab saya tak faham apa yang cikpuan cuba sampaikan dan maaf, saya geli mata nak baca tulisan mesej seperti ini.

      Delete
    2. Maaf cikgu mat. Begini, saya sudah bekerja di syarikat hardware dalam bahagian online sales. Selama saya bekerja 6 bulan di syarikat ini, saya rasa saya bukan sebahagian daripada team online sales saya. Sebab bos saya berikan kerja yang sama sehingga saya rasa bosan, tertekan. Saya cuba untuk buat kerja itu tetapi saya tak dapat nak faham dan lakukan. Sebelum ini, saya cuba buat kerja seperti staff yang lain tetapi apa yang saya buat seolah-olah tidak betul sedangkan niat saya betul untuk membantu team saya. Pada satu tahap bos saya sendiri seperti tidak mahu saya melakukan kerja yang membantu team sales saya. Apa yang saya lakukan betul jadi salah. Bila saya cuba bantu orang lain menyalahkan saya. Saya jadi tertekan sangat. Saya amat2 cemburu rakan kerja saya dapat buat kerja yang lain padahal dia lebih baru daripada saya. Saya rasa down dan saya ada perasaan untuk berhenti kerja. Tetapi saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Saya mohon petunjuk tetapi hati saya masih lgi tak tenang. Bos seperti pilih kasih , sedangkan saya dah cuba sehabis daya saya dah. Saya tak pasti jika ini perasaan negatif saya atau itu hakikat nya. Saya harap cikgu mat sudi beri pendapat dan pandangan kes saya ni. Terima kasih. :)

      Delete
  88. As salam. Saya baru sebln berhenti kerja setah 14 tahun bekerja. Tetapi skrg sy msh buntu samada nk bekerja semula ( cari kerja lain) atau nak berniaga. Sy rasa buntu dan tiada bayangan masa depan sedangkan saya tahu saya perlu berusaha untuk mendptkan rezeki bg membesarkan anak2x. Suami sy pulak tidak berkeeja tetap dan perbelanjaan di atas saya. Mohon nasihat dan bantuan idea.

    ReplyDelete
  89. As-salam Cikgu Mat,

    Saya ingin mendapatkan nasihat daripada cikgu untuk masalah yang saya hadapi. Saya berumur 35 tahun dan suami pula 36 tahun. kami mempunyai 3 orang anak yang mana masing berumur 7 tahun, 5 tahun & 7 bulan. Kami berasal dari Tawau, Sabah dan sekarang menetap di JB, Johor. Saya dan suami graduan UKM. Suami saya seorang Peguam dan saya pula PA di pejabat peguam yg lain. Suami saya telah berkhidmat sebagai Peguam di firma sekrang hampir 10 tahun. Saya pula telah 4 tahun difirma sekrg. Sekrang firm tempat suami bekerja menghadapi maslah kewangan dan majikan meminta suami saya membuat marketing kerana firma hanya mampu untuk membayar gaji suami untuk beberapa bulan shj lagi. oleh itu, majikan nya minta dia membuat marketing. Suami telah beritahu saya bahawa daripada dia marketing untuk firma orang lain baik lah dia buka firma sendiri tapi kena buka dikampung (Tawau, Sabah). Dia kata nak chambering 6 bulan dulu lepas tu kerja dgn orang 6 bulan baru buka office sendiri (chambering 6 bulan sebab lesen Semanjung Malaysia tak boleh guna di Sabah & Sarawak). Dia kata jual rumah di JB untuk beli rumah di Kampung menggunakan nama kakak ipar yg belum berkahwin sebab baru bekerja sudah pasti bank tak nak beri pinjaman prumahan. Saya terdiam mendengar plan suami, terkejut pun ada, sebab dengan tiba-tiba. Plannya In shaa Allah tahun depan. Sebelum itu, dia kata akan buka firma di sini menggunakan rumah sbg pejabat sebagai permulaan. jika tak dapat menampung kos maka teruskan plan bailk kampung. Sebelum ini suami kata akan mulakan firma sendiri di JB dahulu, tapi sekrang lain pula perancangan nya. Katanya nak dekat dengan famly (ibu bapa & adik beradik). Untuk makluman tuan, ibu saya tinggal bersama saya di JB sebab saya anak seorang. Banyak yang saya fikir kan, anak saya masih kecil, mereka perlukan perubahan, saya tak nak mereka seperti kami dulu mak bapak hanya hantar sampai air port sahaja. Lagi pun kami telah membina kehidupan kami di sini, rumah juga telah dibeli, 1 kereta dah habis bayar, l lagi In shaa Allah tahun depan dah habis bayar..saya risau sebab suami baru nak belajar susana firma guaman di Tawau, sedangkan di JB dia dah mahir, Alhamdulillah ada saja client2 lama yang datang utk mendapatkan perkhidmatannya walaupun masih bekerja dgn org. Tuan, adakah plan balik kampung ini wajar? saya buntu, mohon pandangan dan nasihat tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  90. As sakam cikgu,

    saya ada tambahan lagi...seperti yang saya maklumkan saya telah bekerja 4 tahun di firma ini. Saya suka kerja saya, tapi sekarang firma saya sangat kekurangan kerja, 8.30 pagi hingga 5.30 petang buat satu surat sahaja kadang langsung tiada buat apa-apa sehingga balik kerja..Gaji saya RM1900 sebulan, adakah wajar saya masih teruskan berkhidmatan di firma ini? Saya terfikir untuk cari kerja lain yang sama bidang dan ada buat kerja. Perlukah saya berhenti? mohon nasihat cikgu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  91. Salam Cikgu Mat,

    Saya berumur 27 tahun dan dah 3 tahun bekerja dalam bidang yg sama dgn dipelajari di universiti. Ini syarikat muslim yg kedua dan alhamdulilah environment, gaji semua ok,baru promoted. Saya dilanda sindrom nak cari kerja yang diminati, cthnya corporate com, management. WELL PAID BUT UNINSPIRED AT WORKPLACE. Mase di u, sya dapat bidang x minat tp sy teruskan dari diploma hingga tamat ijazah (keputusan cemerlang sebb yakin bidang ini berpotensi tinggi). Saya teruskan walau minat saya lebih terarah jadi diplomat, pegawai tadbir (sentiasa apply kerja PTD ,etc). Saya dilema sama ada patut terus bekerja di sini yang ade tangga gaji baik, environment ok walau beban kerja sangat tinggi sewaktu ada projek (weeknd dtg juga paksarela untuk siapkan kerja), trip company, akan dibawa menunaikan umrah, environment yg Islam ATAU mencari kerja yang dirasakan minat tapi dengan ekonomi yang kurang memberangsangkan dan benefit yg baik? Saya bertahan di sini sebb faktor2 di atas. Saya kurg dari segi berbisnes,skill menjahit ke buat kuih ke tapi lebih kepada communication. Mohon pencerahan cikgu.Terima kasih cikgu mat.

    ReplyDelete
  92. Assalam cikgu.. selamat hari raya.. kami ingin pendapat dari cikgu.. sya telah naik pangkat di sektor awam.. kenaikan sedikit shj.. tp sy bersyukur dan menerimanya. Implikasinya ialah sy perlu bertugas di tempat baru.. jauh dari isteri dan anak2 sya..3 org smuanya.. isteri sy juga beekhidmat d sektor awam. Percubaan isteri utk bertukar ke bandar sya tidak berjaya kerana tiada kekosongan. Kami buntu dan berfikir utk isteri berhenti kerja dan ikut sy bersama anak2. Implikasinya kami terpaksa jual kereta dan akan hanya bergantung kepada gaji sy dan cubaan melakukan pekerjaan sambilan ataupn sampingan untuk menambahkan pendapatan. Kami mengambil keputusan ini lebih kepada kerana tidak mahu mwnghantar anak2 ke pengasuh.. adakah pada pandangan cikgu.. tindakan ini bijak atau hanya menjerat diri sendiri. Kami dalam dilema.

    ReplyDelete
  93. Sekarang pun ada perasaan tu...orang yang dengan bangga nye cakap tak pernah buat kerja...tuan tak hiraukan.. .tapi bila saya bagi laporan dan ada kesilapan dimarahi depan orang lain...sedih pun ada..

    ReplyDelete
  94. Salam cikgu. Saya sekarang sudah 2 tahun bekerja di syarikat swasta. Kerja baik, gaji ok, baru naik pangkat, ade company trip, environment ok. Cuma sekarang tiada projek jadi pengurusan mahu potong gaji pkerja yang bermasalah & tidak kisah pekerja nak sukarela berhenti or x. Saya dapat twaran kerja di universiti swasta dalam bidang lain. Saya dilema nak berhenti or x.Saya syg kerja dan company ini sebb bidang sama dengan ape yg dipelajari selain elemen2 di atas. Mohon pencerahn cikgu.

    ReplyDelete
  95. Salam, sy ada biz online yg sy usahan sdiri, mempunya kios kecil2 lan , dan juga bkerja,masalahnya suami masih x bg sy berhenti, sbb katanya ekonomi skrg tidak menentu,now monday bluess sering melanda ,, ada banyak alasan sy buat x nk l keje on monday, huhu doakan pintu hari suami sy terbuka pintu hatinya nk suruh sy bhenti kerja ya aminn

    ReplyDelete
  96. Salam Cikgu, saya amirul. Saya punya soalan lain sikit. Saya pelajar perubatan tahun 4 dan dah nak habis belajar. Tahun 3 saya mula belajar/bekerja Di hospital dan saya mula rasa saya tidak berminat utk kerja sebagai seorg doctor. Saya mmg bercita2 utk jadi seorg pensyarah kimia atau physics. Sekrg saya bercadang utk menukar kos saya pada bidang Yg saya benar2 minat. Saya tggu hampir 2 tahun utk berfikir, solat hajat, istikharah. Dan saya berdoa agar dikeluarkan dr kekusutan saya Alami. Saya 23 tahun dan kalau saya tukar kos, saya habis dalam 27 tahun mcm tu.. adakah umur 27 tahun dikira lambat? Dan habis sahaja saya terus ingin sambung ke master dan ambil bidang pensyarah. Saya sejak Di bangku sekolah saya mmg suka mengajar kwn2 dan junior saya dan tidak meminta sebarang duit kerana saya bahagia mengajar. dan saya pernah menjadi tutor Di matrikulasi dahulu. jadi saya minta masa baik Cikgu utk memberi pndangan.

    ReplyDelete
  97. Asslmkm cikgu.sy shah.sy sudah bekerja dalam sektor kerajaan selama 8tahun. Pd 5 tahun pertama bekerja, sy bekerja spt biasa krn msh bujang pd msa itu. Pd tahun ke 6 sy sudah merasakan tekanan kerja yg amat berat sehingga kadang2 menganggu emosi sy dan mungkin brpunca dr faktor persekitaran kerja yg mungkin bukan passion sy kerana sy sudh hilang minat trhdp krja dan beralih arah berniaga scra kecil-kecilan di mana sy mpunyai minat dlm perniagaan serta sy sdh brkhwin pd msa ini dan mpunyai 2 org ank. Pd thn ke-7, sy mpunyai niat utk brhenti kerja utk fulltime dlm biz dan ingin byk masa dgn Allah serta family tp pd masa yg sama sy memikirkan hutang Loan bank dan membantutkan usaha sy utk brhenti. Namun begitu, sy bekerja dlm keadaan terpaksa krn hutang Loan bank trsebut dan jauh drpd passion dan minat. Pd thn ke-8 sy berpindah tmpat kerja ke Melaka namun semangat kerja sy semakin menurun dan gaji yg sy terima setiap bulan amat lambat utk sy selesaikan hutang Loan bank trsebut di mana sy byr ansuran setiap bulan rm2000 dan sy mpunyai sdikit simpanan di tangan sy ada lbh kurang rm20000. Pd masa yg sama jg sy mpunyai class pelaburan saham BSKL setiap minggu dgn seorang mentor/guru utk menambah keuntungan dan meminimakan kerugian.Sy jg perlu berulang-alik dr melaka ke kL semata2 ingin belajar ilmu saham BSKL ini. Apakah cadangan, pendapat serta nasihat di atas situasi sy ini ? moga cikgu dpt memberi prnjelasan yg sewajarnya. Patut atau tidak sy brhenti. terima kasih cikgu. 0134161125

    ReplyDelete
  98. Salam mohon share. Terima kasih

    ReplyDelete
  99. Saya baru sahaja kerja di tempat baru iaitu kilang coklat sebagai quality control dan sebelum ni kerja di tempat lain. Faktor saya bertukar kerja adalah sebab saya sudah hbs kontrak di company lama. Pada minggu pertama saya dibuli sangat teruk dahulu nya saya sgt suka kn coklat menyebabkan saya bencikan coklat dan supervisor saya layan saya mcm sya ni mudah dipergunakan dan pengurusan syarikat ini sangat teruk dimana pekrja yg bekerja lbh masa tidak diner bahkan sya dikutuk dan di umpat dlm bahasa cina sedangkan saya agak phm sedikit mksd apa yg mereka ktakan. Saya jd sgt berdendam dan geram dgn syarikat ini. Ingin saja sya pergi hilangkan diri.

    ReplyDelete
  100. Assalamualaikum,

    Umur sy 22 tahun. Sy mula bekerja pd 06.06.2016 di sebuah syarikat kecil swasta sebagai kerani. Majikan ambil sy bekerja tanpa offer letter dan gaji hanya rm700 dan caruman kwsp yg dcarumkn hanya sebulan shj dr tempoh sy bkerja. Boleh sy minta pndgn tua n macam mana sy nak buat report ke pej buruh. Sy nak brhenti kerja. Adkh patut sy brhenti kerja dlu atau mmbuat aduan trlbih dhulu?

    ReplyDelete
  101. Assalamualaikum cikgu Mat. Alhamdulillah..sy baru saja berhenti kerja minggu lepas dr sebuah company yg sy rasakan kewangannya tidak stabil dimana saya seorang purchaser syarikat sukar untuk mendapatkan stok dari pembekal disebabkan mslah hutang yg bpnjngan. Saya sanggup utk berhenti kerja dgn gaji RM2200 sebulan utk mcari pekerjaan lain yg hanya dioffer RM1800. Cuma saya fikir masih lagi diterima bekerja, dan company dekat dgn rumah. Namun sampai sekarang saya masih dilema.. patut ke saya bekerja ditempat baru tersebut sbb saya perlu bekerja sehingga Sabtu 8.30-5 ptg. Saya fikirkan masa bersama anak kecil saya macam kurang sahaja nanti. Bukan itu sahaja, masalah bekerja disyarikat cina ni tak disediakan tempat solat. Jika waktu rehatnya 1-2 saya masih boleh berfikir utk balik kerumah..saya rasa buntu. Saya perlu bekerja utk membantu suami.Saya dilema masalah utk bersolat dan bekerja 6 hari. Saya harap cikgu mat dapat memberikan kata2 positif. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  102. Assalamualaikum

    Saya berkerja di tadika waktu bkrja selama 8jam dan waktu rehat tidak blh keluar kemana2 kerana mahu menjaga budak2 skolah. CuTi pun tkt2 nak aply,gaji 900 kontrak tngu ada kuata bru akan di serap tetap dan nikmati semua alaun.

    Tetapi sy sgt tetekan dgn staf krna brmuka2 dan tikam belakang, bos pun suka dgr ckp staf yg pandai kipas.

    Skrg mejoriti kwn2 ketepikan sy dan anggap sytidak wujud. Sy sgt2 trtekan.

    Dahulu sy krja 3hari dlm smingu dan 1hari 3jam. Pergerakan sy tidak trikat. Dan sy ada membuat bisnes yg skrg ni pndptn dlm 600.. Di tmpt krja skrg nak pegang hp pun payah tu yg membuatkn sy tmbh tknan krna komitmen sy besar tp gaji kecil.

    Bisnes sy sepenuhnya menggunakan hp. Sy Nak minta pndpt. Sy patt ke krja dahulu smingu 3kali 3jam tetapi blum tahu bila dpt tetap atau krja skrg ni?? Sy suka krja skrg tp sy tidak dapat berdpn dgn karenah dan situasi skrg tmpt krja

    ReplyDelete
  103. assalamualaikum....saya baru bekerja satu bulan slps saya menjaga ayah saya yang sudah pun meninggal dunia akibat sakit tua. saya tertanya-tanya adakah saya perlu berhenti kerja? sekarang di tempat kerja saya tidak ada kerja untuk dilakukan dan saya merasakan tidak dipercayai melakukan kerja malahan apabila saya bertanyakan tentang kerja y perlu dilakukan, mereka hanya berkata nanti saya berikan tetapi sampai masa saya pulang ke rumah pun masih tiada kerja diberikan. dlm masa saya bekerja di sini boleh kira hanya kerja yang sangat sedikit saya lakukan. saya merasakan yang saya tidak mampu lagi untuk bekerja disini disebabkan tiada kerja yang saya perlu buat dan saya merasakan seolah2nya gaji yang saya bakal dapat itu akan menjadi gaji yang sia-sia untuk saya. apakah yang perlu saya lakukan? boleh berikan saya pandangan dan nasihat? terima kasih.

    ReplyDelete
  104. assalamualaikum cikgu, saya ada soalan nak tanya. saya mendapat tawaran kerja baru , namun saya masih dalam dilema untuk berhenti kerja sekarang ini. saya bekerja di syarikat yang agak besar tetapi saya tidak tahan dengan tekaanan kerja yang diberkan,gaji yang tidak berbaloi dengan kerja, tiada peningkatan gaji membuatkan saya tidak ada hati untuk bekerja di situ lagi. Baru-baru ini saya telah pergi mencari kerja baru dan saya mendapat tawaran dimana syarikat kecil tetapi skop kerja masih smaa dengan kerja saya yang sekarang. saya buntu jika adakah berbaloi saya berhenti kerja lama dan bekerja di tempat baru ? saya mohon pandangan cikgu tentang hal ini. terima kasih.

    ReplyDelete
  105. Assalamualaikum cikgu mat. Saya zulkifli. Utk permulaan cerita, ibu selalu beri galakan dan nasihat supaya memohon kerja kerajaan kerana stabil dan byk kelebihan. So mohon kerja kerajaan atas nasihat ibu tapi minat saya lebih kpd bidang usahawan ataupun perniagaan kerana bimbang ibu saya akan kecil hati jika tidak ikut permintaannya. Sekarang saya sudah 9 tahun sebagai penjawat awam. Sepnjang perkhidmatan sy pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan sijil penghargaan dpd ketua jabatan. Namun sejak akhir2 ini hati sy meronta seperti hilang minat pd kerja yg sy, memandangkan kerja kerap kerja lebih masa dan tugas luar sehinggakan ada waktunya isteri sy tidak puas hati dan kami akan bertengkar. Ini menyebabkan sy stress dgn kerja yg sy lakukakn dan mybbkan sy hilang fokus. Sy berniat utk berhenti kerja dan membantu isteri menjalankan perniagaan runcit. Dgn itu masa sy lebih fleksibel bsma dgn keluarga dan bdikari utk mjana pendapatan sndiri. Dlm masa yg sma sy risaukan perasaan ibu bapa sy dan keluarga mentua akan terluka kerana mereka mengharapkan sy bkerja dlm kerajaan. Harap cikgu dpt membantu memberi pencerahan utk mbuat keputusan.

    ReplyDelete
  106. em.. masalah sy pulak... sekolah da blacklist kat jais tp sy yg xd wat masalah pn terbabit sekali.. dissapointed ngn cara jais judge guru.. plus.. cina lg bgus bab pntdbiran n kebajikan .. sdgkn jais tu islam bukan? sy brkorbn tkar kerja dr 2kplus ke 1.3 sbb nk kwen n da ad 2 org anak lgpun..

    #gurukafa

    ReplyDelete
  107. Assalamualaikum cikgu. Saya berumur 27 tahun dan akan berkahwin pd hujung tahun ni.sy dh bekerja di sektor kerajaan selama 3 tahun. Sy bekerja di kaunter depan jabatan yang memberi bantuan kewangan.apabila bekerja dia kaunter hadapan hampir setiap hari saya akan dimarahi dan dimaki oleh customer. Bos sy tidak pernah masuk campur walaupun kdg2 keadaan di luar kawalan saya.kemuncaknya apabila saya difitnah oleh customer yg dtg dan diadu trus kepada pengarah saya.pengarah trus mempercayai dan kwn yg turut serta sbgai saksi kejadian di panggil.sy sndiri tidak dipanggil.kwn sy lebih memilih utk menjaga periuk nasinya sendiri dgn membuat penyataan dia tidak 'clear' dgn kejadian yg terjadi.dia lebih memilih utk mendiamkan diri sedangkan dia lebih mengetahui. Pengarah menyalahkan saya.kejadian yang lebih kurang bertimpa2 terjadi pd sy slepas sbulan.stiap kali solat sy selalu mendoakan org yg menganiaya saya dibalas perbuatannya sedangkan saya tahu tidak sepatutnya saya mendoakan keburukan orang lain.sy seperti berdendam dengan mereka2 yang menganiaya saya, kwn dan bos sy.sy merasakan 3 tahun sy kerja sia2.sy sudah tawar hati utk bekerja.tekanan customer sy bole tahan slama 3 tahun tp bila tekanan yg dtg dri pihak atasan sy rasa x guna sy bekerja jika bos sy x percayakan sy lagi.sy buat surat berhenti 24 jam dah skrg sy masih dlm dilemma patut @ tak sy hantar surat tu.sy harap ckgu boleh bg pndangan.sy risau dgn komitmen yg harus sy bayar stiap bulan jika sy berhenti.

    ReplyDelete
  108. Assalamualaikum, cikgu mat..

    Saya nak mintak pendapat..saya mula kerja di sebuah syarikat pad 17 Januari 2017 dan saya baru sahaja berhenti kerja pada 15 Julai 2017.

    Pada mulanya, saya rasa sangat okey saya kerja di situ. Saya boleh adapt dengan suasana speed, keep learning something new dan grow myself. Kiranya, saya dah keluar dari zon selesa saya.

    Malangnya, saya tidak bertahan lama disebabkan leader saya. Saya berasa segala yang saya buat untuk syarikat tu selama 6 bulan tidak dihargai sampaikan dia ingin memecat saya jika saya tidak berhenti kerja. Masalah kecil dia suka besar2kan.

    Banyak kali juga staff lain dituduh macam-macam. Sebelum saya berhenti, ada 7 orang staff di bawah dia. Sekarang, sudah 3 orang berhenti termasuk saya disebabkan dia.

    HR nasihatkan saya berhenti sebelum dipecat. Sebenarnya takde alasan yang kukuh untuk leader arahkan HR memecata saya sebab saya tak buat kesalahan besar dalam company tu. HR bagi pilihan berhenti 24 jam atau sebulan. Saya pilih 24 jam sebab sudah tak tahan dengan kerenah leader yang suka sisihkan orang yang melawan dia.

    Saya melawan dia sebab apa yang dia buat itu salah. Tapi saya dipangkah. Baik, saya boleh terima. Tapi lepas berhenti, saya rasa sangat susah nak dapat kerja disebabkan pengalaman tak sampai setahun. Saya bimbang jika takde yang sudi ambil saya kerja. Untuk makluman, saya okey bekerja dengan hadapi kerenah HR dan management di syarikat itu, problem hanya terjadi antara saya dengan leader yang baru berusia 24 tahun dan tidak ada pengalaman kerja sebelum ini, malah tidak pernah menjadi manager atau director sebelum ini. Boleh cikgu mat berikan pendapat? Apa yang harus saya buat? Saya stress bila fikirkan hal ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...