Sunday 20 September 2015

Posted by Unknown On Sunday, September 20, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung wafiqulya.

Semoga dilimpahkan rahmat, keberkatan dan kebahagiaan buat semua.

Zaman teknologi serba moden dan serba cepat ditambah serba sibuk ni, ramai sekali yang tidak mementingkan sarapan di awal pagi.

Majoritinya tahu kepentingan dan kebaikan sarapan berbanding yang tidak tahu. Tapi di zaman segera ini, makan minum terpaksa ditangguhkan atas urusan yang lain.

Jangan begitu ye. Jaga kesihatan adalah lebih utama. 

Percayalah, bila kita dah semakin berusia, baru kita tahu dan rasakan bahawa anda lebih memerlukan kesihatan daripada wang ringgit berjuta.

SARAPAN

Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. 

Tahukah anda......

1- Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.

2- Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.

3- Sarapan tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak dan sarapan yang tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat adalah sia-sia.

4- Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.

5- Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. 

Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

6- Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. 

7- Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

8- Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. 


9- Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

10- Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

11- Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. 

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

12- Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. 

Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

13- Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

14- Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

15- Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. 

Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

16- Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama 4 universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Bagaimana keadaan anda selepas membaca fakta ini?

CADANGAN

Anak-anak sememangnya agak sukar untuk menjadikan sarapan awal pagi sebagai rutin jika tidak dibiasakan sejak kecil.

Apatah lagi jika mereka termasuk golongan yang memilih- milih makanan tertentu. Kebanyakannya tidak menggemari sayuran hijau dan ada pula yang tidak menyukai minuman seperti susu segar.

Sedangkan sayur dan susu segar adalah makanan paling utama untuk anak-anak terutamanya mereka yang masih belajar.

Saya sangat mencadangkan ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini supaya menambahkan makanan tambahan dalam pemakanan seharian anak-anak.



Kita tahu bahawa kekurangan vitamin dan mineral pada kanak-kanak lebih banyak memberi kesan sampingan kepada pertumbuhan tubuh dan akal mereka yang sedang berkembang ketika itu.

Ibu bapa boleh berikan kepada anak-anak:

1- Meal Shake: 

Susu yang diekstrak dalam bentuk tepung untuk menambah selera makan anak-anak dan mempunyai pelbagai vitamin asas untuk si anak. 

Hidangan sarapan yang ideal ini rendah lemak, kolesterol dan sodium.

Mempunyai 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh melainkan melalui susu atau gandum.

2- Vitalea For Children:

Dikenali sebagai multivitamin untuk kanak-kanak. Terdapat 19 vitamin yang membantu tumbesaran kanak-kanak dan menyokong sistem imunisasi untuk mengelakkan penyakit yang amat biasa dalam kalangan anak-anak seperti selesema, demam, kerap batuk dan lainnya.

3- Omega Guard:

Tiada siapa nafikan bahawa Omega atau minyak ikan sangat membantu otak anak-anak berkembang secara kreatif.

Perkembangan minda bukan dinilai dengan nombor berapa peperiksaannya tapi ibu bapa patut menilainya dari segi sikap dan perwatakannya ketika ia belajar, bermain, bergaul dengan rakan sebaya dan lainnya.


Kemahiran akal dalam aktiviti ini menjadikan mereka manusia, bukan robot yang belajar untuk mengejar nombor 1.

Jika anak-anak bijak dalam bergaul dan berkomunikasi, itu pasti lebih menggembirakan ibu bapa daripada anak yang sentiasa cemerlang dalam pelajaran tapi ketinggalan banyak perkara penting dalam dunia keanakannya.

Mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju, tetapi itulah hakikatnya. 

Hanya ibu bapa yang pernah melaluinya sahaja yang tahu dan faham mengenai konsep ini.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Semoga ada manfaatnya untuk anda. Saya doakan,"Anda Sihat & Bahagia".

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...