Monday, 24 November 2014

Posted by Unknown On Monday, November 24, 2014

WHY BUSINESS?

Kebangkitan generasi Y dalam bisnes sangat mengkagumkan, terutamanya dalam bisnes online. Ia satu berita gembira terutamanya kepada orang Melayu kita yang sejak sekian lama memandang bisnes adalah pekerjaan orang yang tidak diterima bekerja di mana-mana sektor awam mahupun swasta.

Percaya atau tidak, hakikatnya orang yang berbisnes lebih cepat kaya, berjaya dan mempunyai kebebasan masa, kewangan dan hidup mereka. 

Sekalipun ramai yang tidak pernah merasakannya tapi sekurang-kurangnya sudah ramai yang kita perhatikan menjadi sbegitu rupa.

Pelbagai jenis perniagaan online pada masa kini, tapi saya tetap memilih Shaklee menjadi asas bisnes utama saya. Why? Saya dah terangkan apda post terdahulu. Klik SINI.

Lebih best lagi, saya pula jalankan bisnes ini secara online, bukan offline. 

Tak perlu lagi mengetuk pintu ke pintu atau mengedarkan flyers di pasaraya-pasaraya dan lainnya. Tapi jangan silap faham, bisnes online atau offline tetap ada keseronokannya dari sudut yang berbeza.

Kenapa Bisnes Online?

1. Internet membolehkan kita melakukan promosi perniagaan kepada beribu orang tanpa kos yang mahal berbanding akhbar, tv, radio, majalah dan sebagainya.

Ye la. Jika hanya gunakan media sosial percuma seperti FB, Instagram, Twitter dan blog sahaja, income sudah boleh mencecah 5 - 6 angka. Itukan lebih tepat dengan konsep bisnes sebenar. Low cost, high return.

2. Internet membolehkan kita memberi pelbagai format maklumat kepada pelanggan dan bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, bunyi, animasi berbanding dengan media cetak, pada kos yang rendah. 

Khasnya dalam bidang kesihatan dan supplemen ini. Orang ramai suka difahamkan dengan jelas tentang apa yang akan masuk dalam badan mereka.



3. Sasaran pasaran yang luas dan tidak dipaksa untuk membeli akan memilih sama ada untuk membaca, melihat, mendapatkan maklumat daripada kita tanpa didesak secara langsung ataupun tidak langsung.

Dalam bisnes online Shaklee, kami namakannya sebagai 'sharing' atau perkongsian maklumat, bukan untuk mengejar sales semata-mata.

Not just sharing, but caring.

4. Bisnes online yang kecil boleh bersaing hebat dengan perniagaan besar secara offline. Perniagaan online milik satu orang boleh bersaing dengan syarikat yang miliki berpuluh atau beratus pekerja!

Kerana itu tak hairan jika orang yang baru aktif dalam Shaklee setahun sudah mampu pegang 5 angka tetap setiap bulan seperti gaji seorang pengurus besar. :)



Tapi dalam bisnes online Shaklee, tujuan online yang utama bukanlah untuk mengelakkan persaingan tapi adalah untuk mengelakkan kemunduran. 

Dunia bisnes paling cepat berubah mengikut zamannya. Jika kita tidak dapat menguasai teknologi, teknologi akan menguasai kita.

5. Boleh mendapat sasaran paling tepat oleh kerana di internet terdapat komuniti-komuniti pelbagai industri. Bahkan jika telah ada sedikit sebanyak ilmu, kita mampu setting siapa sasaran utama kita dalam perkongsian bisnes ini.

6. Fleksibel. Bermaksud boleh dijalankan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Asalkan ada sambungan internet dengan peralatan yang hampir semua orang ada iaitu telefon bimbit/smartphone pun boleh menguruskan perniagaan.

Dalam bisnes Shaklee ni, saya banyak menggunakan laptop dan smartphone sebagai pengantara diri untuk berbicara bersama pelanggan dan rakan-rakan niaga saya.

shaklee online, page online
Ini page online Shaklee untuk setiap pengedar. Best ke best?!

7. Paling best sekali, perniagaan Internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga tercinta bagi yang dah berkeluarga.

Anak-anak membesar di depan mata dengan jadual harian yang disusun sendiri. Suami pun makan minum air tangan isteri je setiap hari.

Bukan sahaja dapat duit dengan bisnes online Shaklee bahkan bonusnya dapat kebebasan masa, tempat dan hidup serta kerukunan rumahtangga.

TAPI......

Elok sekiranya saya ingatkan agar jangan terjun tiruk dalam bisnes yang kita tak yakin terhadap permintaannya, halal dan haramnya serta support groupnya.

Orang yang berbisnes perlukan produk yang laku keras di pasaran, mempunyai permintaan sepanjang masa dan kumpulan bisnes yang sentiasa diselia oleh mentor yang tidak mengarah tapi menunjuk jalan.

Saya pernah ceritakan tentang mentor-mentor hebat saya dalam Shaklee di SINI. Ia pengalaman manis ketika mana pertama kali saya melangkah kaki memulakan bisnes.

Sekian dulu perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat untuk anda.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...