Sunday 30 June 2013

Posted by Unknown On Sunday, June 30, 2013


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. 

Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng. Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. 

Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. 

Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter..
25% daripada badan kita berasal daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada:

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%


TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. 

Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. 

Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. 

Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. 

Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), di mana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. 

Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : melindungi dari any disease (heart, cancer etc)
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi:

Mohd Taufiq 
019 2486694
WAFIQ EMPIRE

Saturday 29 June 2013

Posted by Unknown On Saturday, June 29, 2013


Yes - Smoking Is Haram - The PIG's Blood is actually in The Filters of the Cigarettes! - So, It is still very Haram even before you worry about the lung cancer, stomach cancer, face and skin cancer and death of fetus inside the mother's womb and cancer for those who have to breath the second hand poisoned air from cigarette smoke. 

Now we know they have admitted - there is blood of pigs being used in the filters - But what other things have swine (pork) products in them?





Ini beritanya di Metro pagi tadi.



Banjarmasin: Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.


Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.

Hakim berkata, sudah sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. - Agensi
Posted by Unknown On Saturday, June 29, 2013
Barangan yang diraampas dalam serbuan tersebut.

Kuala Lumpur: Kelicikan seorang mak nyah berusia 40 tahun menjual produk suntikan vitamin C tidak berdaftar melalui Internet sejak dua tahun lalu berakhir apabila rumahnya di Cheras, di sini, diserbu Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor (CPFS), semalam.

Hasil serbuan jam 10 pagi itu, pelbagai jenis produk suntikan vitamin C bernilai RM55,750 yang disimpan dalam sebuah bilik yang dijadikan sebagai stor, dirampas.

Ketua Seksyen Pencegahan dan Kesedaran Pengguna, CPFS Halimi Mat Piah berkata, pihaknya mengambil masa sebulan untuk menjejaki suspek berikutan alamat pengirim yang digunakan berbeza dan ada antaranya palsu.

“Sebaik menerima aduan awam, kami menjalankan siasatan dan seperti biasa menyamar sebagai pelanggan sebelum membuat pembelian bagi mendapatkan alamat pengirim pada bungkusan yang diterima.

“Bagaimanapun, taktik itu gagal kerana suspek sentiasa bertukar alamat dan semua yang tertera pada bungkusan itu bukan alamat miliknya,” katanya.

Katanya, lebih merumitkan lagi apabila mereka turut menggunakan nama samaran pada akaun Facebook dan blogspot untuk mempromosikan dan memasarkan produk terbabit.

Menurut Halimi, suspek menjual produk berkenaan RM200 hingga RM350 sekotak iaitu dua kali ganda daripada harga kos.

“Ramai yang tidak tahu sebenarnya tiada satu pun vitamin C dalam bentuk suntikan yang berdaftar dengan Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) kerana tiada jaminan kualiti, keberkesanan dan keselamatan,” katanya.

Difahamkan, suntikan vitamin C turut mempunyai kesan mudarat yang membahayakan kesihatan seperti cirit-birit, alahan, gastrik, batu karang dan masalah kegagalan fungsi buah pinggang sekiranya diambil dalam jangka masa panjang.


So, kepada kawan-kawan yg lain, sila berhati-hati dengan sebarang produk kesihatan yang anda gunakan. Gunakan yg bersih, selamat dan halal. Anda juga boleh cuba menggunakan supplement Shaklee yg ternyata lebih berkesan dan mendapat pengiktirafan supplement yg kedua terbaik dan paling popular di seluruh dunia. Apa tunggu lagi. Jom menggunakannya.
INGIN mencubanya. Segalanya tentang Shaklee, hubungi saya:

Mohd Taufiq
H/P: 011-27819827
MAIL: cikgumat86@yahoo.com

Posted by Unknown On Saturday, June 29, 2013

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa penjualan dan penggunaan shisha adalah haram kerana bahan itu didapati lebih berbahaya terhadap kesihatan berbanding menghisap rokok.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, keputusan itu dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa berkenaan kali ke-11 yang berlangsung di Kota Kinabalu, 24 Jun lalu. 
"Saya berharap pihak kerajaan negeri serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dapat memantau kegiatan ini dengan serta merta kerana ia dibimbangi menjadi suatu gejala yang tidak sihat untuk jangka masa panjang. 

"Kita lihat penggunaan bahan ini sangat popular terutamanya di kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini dan langkah pengawasan perlu diberikan perhatian.

"Saya juga akan menghantar surat kepada pihak kerajaan negeri dan MPK berhubung keputusan majlis fatwa dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil perhatian sewajarnya termasuk tindakan yang akan diambil jika mendapati mana-mana pihak yang masih berdegil," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kompleks DUN, di sini, hari ini. 

Katanya, pihaknya berharap MPK dapat menghalang semua aktiviti penjualan shisha kerana keputusan fatwa sudah menetapkan bahawa penggunaannya dalam apa jua bentuk adalah haram dan berharap semua pihak menghormati apa yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Perlis pada mesyuarat itu. 

Sebelum Perlis, Melaka turut mengharamkan penggunaan shisha di seluruh negeri itu dan berdasarkan rekod kajian daripada Agensi Anti-Tembakau Perancis (OFT) mengesahkan bahawa bahan itu mengandungi karbon monoksida dengan sekali hembusan bersamaan 52 batang rokok.

Friday 28 June 2013

Posted by Unknown On Friday, June 28, 2013
Sultan Ahmad Shah dalam sidang media semalam
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah membidas segelintir pihak yang melemparkan kritikan mempertikai tugas badan induk itu tanpa berfikir panjang.

Menurutnya biarpun negara memiliki kebebasan bersuara, beliau berkata, ada masanya setiap komen yang ingin diberikan perlu difikirkan terlebih dulu sebelum memberikan pandangan masing-masing.

“Sudah tentu anda boleh memberi komen kerana Malaysia negara bebas untuk bersuara tapi fikir dulu implikasinya, adakah ia memberi faedah kepada FAM atau persatuan bola sepak lain di Malaysia ini.

“Sudah 28 tahun saya menjadi presiden dan saya yang memperkenalkan liga profesional di Malaysia, siapa yang memberi komen itu perlu tahu apa yang dia cakap, tidak kisah siapa anda dan jawatan yang anda pegang, anda perlu bersedia untuk menerima kritikan,” katanya.

Sultan Ahmad Shah memberi kenyataan itu bagi menjawab kritikan dilemparkan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang menganggap bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad tidak memahami situasi bola sepak negara apabila membidas sikap persatuan negeri kerana terlalu bergantung kepada sumber kewangan badan induk itu. 

Annuar berkata, FAM sepatutnya menghulurkan bantuan kepada persatuan negeri memandangkan mereka menjana pendapatan kepada badan induk bola sepak tanah air itu, antaranya menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada Astro bernilai RM30 juta setahun. “Untuk pengetahuan umum, FAM membelanjakan purata RM45 juta setahun untuk Liga Malaysia dan tajaan diterima dari Astro hanya RM30 juta. Ia tidak mencukupi. Mereka yang komen itu tidak tahu kesulitan dihadapi FAM kerana tidak berada dalam badan induk. Biarpun tidak cukup, kami perlu berkerja, segala urusan perlu diteruskan,” katanya.

Annuar yang menjalani penggantungan 30 bulan akibat kritikannya terhadap prestasi skuad bola sepak kebangsaan, dilapor berkata pasukan yang terbabit dalam Liga Malaysia turut mempunyai hak ke atas wang itu dan bukannya milik FAM semata-mata.

*********************************************************************************
Sinikalnya Persatuan Bola Sepak Malaysia kini. Saya rasa ramai yg perasan bahawa sudah lama perkara ini berlaku di tanahair kita terutamanya dalam sukan bola sepak ini.

Malaysia bukan tidak memiliki bakat-bakat hebat dalam bidang bole sepak ini bahkan mungkin dalam semua lapangan sukan, tetapi sistem autoriti tertinggi yg tidak boleh ditegur dan pintu rundingan yg perlu dibuka dengan pelbagai helah dan suapan wang bawah meja telah meletakkan kita di tahap sekarang ini.

Ironinya ramai pula rakyat Malaysia yg mengharapkan perubahan kepimpinan ini berlaku tetapi sangatlah tipis sekali harapan rakyat kerdil ini apabila yg terlibat adalah dari istana-istana negara. Saya mengharap sangat perkara dapat diselesaikan secara baik dan Prisiden FAM, saya rasa anda tak perlu murka sbab 'Raja yg baik lebih disenangi rakyat'. AMPUN TUANKU!

Jangan lupa esok, perlawanan yg ditunggu2, Kelantan FA vs JDT


Tuesday 25 June 2013

Posted by Unknown On Tuesday, June 25, 2013
Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
Yamaha XJ6 Naked 2013 Race Blue Malaysia


Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
Yamaha XJ6 Naked 2013 White Malaysia
Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia ini mempunyai sedikit perubahan pada rekabentuk lampunya, iaitu pada cover lampunya yang sekarang ini lebih kecil. Selain daripada itu, kita juga ingin melihat fungsi brek ABS di motor ini. Daripada pemerhatian saya pada brek hadapan dan belakang motor ini, motor ini tidak mempunyai sistem brek ABS seperti mana yang kita boleh nampak pada motor-motor yang mempunyai sistem  brek ABS, tapi ini tidak bermakna motor tanpa ABS ini akan dipasarkan di pasaran Malaysia kerana Yamaha XJ6N di negara Eropah dilengkapi dengan sistem ABS.


Spesifikasi Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
Spesifikasi Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia

ABS Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
Jika dilihat digambar ditepi, terdapat sesuatu alat yang boleh dikaitkan dengan bahagian ABS di bahagian dalam bulatan merah. Motor ini mungkin akan dijual dengan harga yang sama seperti Yamaha XJ6 Diversion dan akan dijual pada waktu yang sama seperti XJ6 Naked. Harga Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia ini adalah RM40,152.30 OTR. Motor ini juga didatangi dengan dua warna iaitu Race Blue dan White.

Jom beli motor....huhu :)

Posted by Unknown On Tuesday, June 25, 2013

Ramadhan kian hampir menjelma,. Untuk itu saya menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Set Energy Booster Ramadhan. Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa dan jangan risau, set ini sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding).

So jika anda malas untuk masak sahur, terbangun lambat untuk sahur, etc, set ini adalah sangat sesuai untuk anda. Even untuk bulan-bulan lain selain Ramadhan, set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi. Menu sarapan pagi ini boleh diamalkan oleh semua golongan, dari kanak-kanak sehingga ke warga emas. Ia membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan setiap hari.

Terdapat 3 jenis produk dalam set ini - Mealshake, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. 

Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa. 

Mealshake digalakkan untuk diberikan kepada kanak-kanak yg baru mula berpuasa atau kepada ibu bapa yg mengharapkan anak-anak mereka berpuasa penuh untuk tahun 1434H ini. Ia boleh dijadikan minuman sahur sekeluarga untuk menyimpan tenaga yg cukup buat si kecil terutamanya.

ESP pula sangat sesuai digunakan oleh golongan dewasa terutamanya wanita mengandung atau yang menyusukan anak untuk mendapat nutrisi dan keperluan badan yg mencukupi sepangjang hari berpuasa. Sesuai juga diambil oleh mereka yang aktif bekerja seharian.

Performance Drink pula membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu. 

Saya juga mencadangkan untuk golongan dewasa yg menjalani pekerjaan berat atau tenaga yg banyak setiap hari  seperti guru, jururawat, doktor, buruh kontraktor dan lainnya agar menggunakan set ini dalam membekalkan tenaga harian yg mencukupi. 

Anda BERMINAT untuk menggunakan Set Energy Booster Ramadhan ini?
Jika anda tidak BERMINAT sekarang, saya pasti anda akan BERMINAT setelah sekali mencubanya.

Jom dapatkan Set Energy Booster Ramadhan SEKARANG.

Call/SMS : 011-27819827 / 011-17565971

"HIDUPKAN UNTUK BERSYUKUR"
Posted by Unknown On Tuesday, June 25, 2013

Sejak tadika hingga melangkah ke tingkatan lima, kita disogok de­ngan lambakan buku ilmiah. Impiannya hanya satu, untuk membentuk individu berjaya dengan memegang status kerja yang bagus. Tapi pernahkah anda terfikir setiap individu mempunyai minatnya tersendiri selain daripada menghadap buku hingga suku umur hidupnya? 

Yang jelas, sifat ini dimonopoli golongan lelaki. Mungkin si gadis lebih beradab. Tidak menolak sekiranya ibu bapa ingin menempatkannya di IPT tanah air. Namun sebaliknya bagi lelaki, mereka lebih tegas dan berprinsip dalam menentukan hala tuju hidup. Disebab­kan itu, kita boleh lihat kurangnya golongan lelaki di pusat pengajian seluruh negara.

Statistik

Keseluruhan laporan banci dan perumahan Malaysia pada 2010 menyatakan bilangan penduduk negara ini adalah seramai 28.3 juta dengan pecahan 14.56 juta bagi lelaki dan 13.77 juta wanita.

Tidak dinafikan kewujudan lelaki lebih ramai berbanding wanita, namun keadaan berbeza jika dilihat di IPT apabila seolah-olah bilangan lelaki terlalu sedikit.

Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti tidak pernah selesai untuk dibincangkan. Statistik kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Persoalannya, kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?

Buku membosankan


Ada menyoal, benarkah sistem pendidikan negara tidak cukup menarik untuk memupuk minat lelaki dalam pelajaran atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?

Berdasarkan perbincangan ringkas, kedua-dua faktor itu logik dan ada betulnya tetapi ia lebih terarah kepada rasa bosan golo­ngan lelaki untuk melanjutkan pengajian.

Dalam erti kata lain, mereka sudah muak melihat susunan buku di atas meja. Buku harus digantikan dengan peralatan seperti gajet atau elektronik yang seiring dengan era teknologi kini.

Ramai berpendapat, teknik pengajaran lisan dan sistem pendidikan dengan berpuluh-puluh jenis peperiksaan membantutkan minat lelaki dalam akademik kerana difahamkan, apabila meningkat dewasa mereka lebih meminati pendidikan berteraskan kemahiran. 

Oleh itu, jika direnungkan kembali, memang benar peratus pembabitan lelaki di IPT tidak setanding wanita tetapi kebanyakannya memilih kemahiran seperti di institut kemahiran dan sebagainya.

Duit dan kerja

Secara logiknya, apa juga keinginan meletakkan wang sebagai perkara utama untuk direalisasikan. Jadi tidak hairanlah apabila tamat persekolahan, lelaki lebih cenderung untuk mendapatkan kerja. Apabila memperoleh sejumlah wang, segala kemahuan dapat ditunaikan termasuk apa yang diidamkan selama ini.

Perlakuan ini disokong dengan pendapat ‘tidak semestinya belajar setinggi gunung, mampu peroleh pekerjaan terbaik’ sedangkan beribu-ribu lambakan graduan IPT masih menganggur dan menanti untuk mendapat tempat di alam pekerjaan.

Yakin terhadap keupayaan diri untuk berjaya mendorong remaja lelaki melakukan apa yang difikirkan tepat untuk masa depan. Jika dia memilih untuk berniaga, usaha keras diteruskan tanpa perlu segulung ijazah untuk meraih kejayaan.

Tahu kemahuan

Berbeza dengan lelaki, perempuan lebih mengutamakan pelajaran kerana saingan di alam pekerjaan lebih tinggi dan tidak keterlaluan juga dikatakan wanita tidak berilmu mudah terjebak dalam kancah penipuan. Disebabkan itu, kesedaran pentingnya ilmu memungkinkan perempuan memilih untuk sambung belajar demi menjamin kehidupan yang tidak menentu pada masa depan. Dalam hal ini, pelajaran dilihat sebagai aset wajib perlu ada bagi si gadis.

Jejaka juga sedar akan kepentingan ilmu untuk menjamin masa depan lebih baik. Namun cara pemikiran berbeza menjadikan mereka berfikir lebih kritis dan siap sedia dalam segala kemungkinan. Keputusan untuk tidak menghadap buku dan digantikan dengan peralatan elektronik atau cara kerja kemahiran menjadi pemangkin untuk lelaki berjaya dalam memburu kerjaya diimpikan.

Lelaki berjaya tanpa segulung ijazah

Henry Ford: Pengasas Syarikat Ford Motor

Steve Jobs: Pengasas syarikat telekomunikasi, Apple

Bill Gates: Pengasas Microsoft

Walt Disney: Pengasas Disneyland

Tan Sri Sheikh Mokhtar Al-Bukhary: Pengasas Yayasan Al-Bukhary

Monday 24 June 2013

Posted by Unknown On Monday, June 24, 2013


Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).

Banyak juga kena gasak dengan soalan-soalan yg mencabar tetapi alhamdulillah dapat dijawab dengan baik. Tau bagaimana nak menjawab soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut step saya ni kalau anda mampu =) :

1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct to the point dan jangan sesekali menipu.

2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan Azhar. Takkan saya nak burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan dan bersalahan pula dengan syarak.

3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat" namanya. Saya ingatkan mereka juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah. 

Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain.

Sijil Produk Halal dari Islamic Services of America

Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak. 

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.


Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. 

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.

Posted by Unknown On Monday, June 24, 2013

Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” 

Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.

Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.

Perkara yang diharamkan dalam perniagaan

1. Riba.

Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 289 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. 

Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.

2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil

Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya. Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang salah dan batil.

Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan dalam sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya:  (Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).

3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.


Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.

Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.

Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا  ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم

Maksudnya:

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏ ‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى  رواج السلعة إلا أنه بعد ذلك إلى  يُزِيل الْبَرَكَتها.

Maksudnya:

Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.

Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.

4. Rasuah.

Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas, memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servis yang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.

Setengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.

Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي.

Maksudnya:

Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.

5. Memonopoli barangan (ihtikar).

Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan sepeti gula, beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.  Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;

عن معمر أن النبي (ص) قال: " من احتكر فهو خاطئ" . أى: فهو بعيد عن الحق والعدل. رواه مسلم.

Maksudnya:

Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan.

Menurut Ibn Taimiah dan muridnya Ibn Qayyim, antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.

Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum. Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya. Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat. 

6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.


Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.

Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini,  Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Dalam surah al-Isra’ tersebut, Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berbuat demikian. Namunpun demikian, wajar diingatkan bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap penduduk Madyan, kaum nabi Syuib.

7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.

Sebagaimana dijelaskan bahawa Islam sangat menggalakkan sebarang bentuk aktiviti perniagaan. Namun demikian, Islam melarang dan menegah sama sekali sebarang bentuk transaksi jual beli yang melibatkan barangan curi, ragut dan seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian dari bentuk tolong-menolong kepada dosa dan permusuhan, bukannya kepada kebaikan dan ketakwaan. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : « من اشترى سرقة ، وهو يعلم أنها سرقة ، فقد شرك في عارها وإثمها »

Maksudnya:

Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli barangan curi, sedang ia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya.

Masalah ini adalah sama dengan keadaan orang yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata kepada orang yang ia tahu akan menggunakannya untuk memudharatkan orang Islam. Jual beli dalan situasi seumpama ini adalah haram kerana ianya seumpama menolong ke arah berbuat dosa dan permusuhan.

Seumpama itulah juga, haram dan berdosanya perbuatan menjual apa-apa barangan yang membawa kepada kerosakan akhlak dan membantu kepada tersebar luasnya perkara yang keji dan hina seumpama fitnah dan sebagainya.

8. Haram menjual najis.

Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk perniagaan barangan najis ini kerana ianya boleh mendatagkan mudarat dan kerosakkan dimuka bumi.

‏عن ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏يَقُولُ سَمِعْت ُرَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ عَامَ الْفَتْح ِإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ ‏ ‏حَرَّمَ بَيْع َالْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْر ِوَبَيْعَ الْأَصْنَامِ…

Maksudnya:

Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.

Penutup

Demikian adalah antara perkara-perkara yang diharamkan dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan. Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia. Sekiranya semua manusia bepegang teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Oleh: Abdul Muhaimin Mahmood
Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim

Sunday 23 June 2013

Posted by Unknown On Sunday, June 23, 2013

Los Angeles: Michael Jackson mungkin menjadi manusia pertama yang tidak mendapat tidur sewajarnya sehingga 60 hari yang membawa kepada kematiannya, kata seorang pakar.

Memberi keterangan dalam perbicaraan, pakar tidur dari Universiti Harvard, Dr Charles Czeisler berkata, disebabkan kekurangan tidur, Michael, 50, tetap berdepan risiko mati akibat serangan jantung walaupun dia tidak diberi ubat penahan sakit berlebihan. “Simptom dialami Michael konsisten dengan seseorang yang mengalami kekurangan tidur menyeluruh untuk tempoh yang sangat lama,” katanya.

Czeisler memberi keterangan itu dalam saman dikemukakan keluarga Raja Pop berkenaan yang menuntut syarikat penganjur konsert, AEG Live, membayar pampasan £26 bilion (RM128.5 bilion).

Jumlah itu dianggap pendapatan yang diperoleh waris Michael jika dia tidak meninggal dunia pada Jun 2009.

Doktor peribadi Michael, Conrad Murray - yang digaji AEC - didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara. Mahkamah semalam turut diberitahu, pengambilan sesetengah ubat menyebabkan pengambilnya tidak mendapat tidur semula jadi dan dalam keadaan tertentu, mereka sebenarnya hidup dalam keadaan koma. Czeisler juga berkata, kegagalan Michael melakukan langkah baru tarian serta mengingati lirik lagunya juga disebabkan masalah tidak cukup tidur. 

“Petugas memberitahu, Michael kehilangan berat badan, paranoid dan ia adalah petanda seseorang yang tidak mendapat tidur sempurna,” katanya. Czeisler berkata, kekurangan tidur kemungkinan besar disebabkan pengambilan ubat penahan sakit propofol. 

Bagaimanapun, keterangan Czeisler itu dibuat dengan hanya bergantung kepada keterangan dikemukakan peguam plaintif. Dia juga mengaku tidak melihat keterangan sebenar daripada kes itu, termasuk kenyataan daripada beberapa eksekutif AEG Live yang tidak melihat sebarang petanda luar biasa pada Michael.

Untuk mengkaji kes itu, Czeisler dibayar AS950 (RM3,043) sejam. - The Sun
Posted by Unknown On Sunday, June 23, 2013
Assalamualaikum kepada semua pembaca saya. 

Hari ni saya nak letakkan testimoni pengguna Vitamin E Shaklee yang mempunyai pelbagai manfaat. Boleh baca dalam post ini, 7 sebab mengapa wanita perlukan vitamin.



Testimoni pengguna Vitamin E Shaklee

Salam pagi Ahad yg ceria... Minggu ni asyik cerita pasal kulit jer.. .. Siapa yg taknak cantik dekk oiii.. Pagi2 saya bukak FB.. nampak cerita si Aula ni.. saya baca link yg dia share dlm blog dia.... 

Actually dia cerita tentang bahaya anti acne cream tu.. seriuss.. bahayaaaa.saya baru tahu.. huhuuh....(Not all manufacturers of acne products with chemicals tell that in order to avoid side effects, such acne creams or acne pills can only be used for 2 - 3 weeks. Oral antibiotics should be used as a temporary measure in order to reduce the inflammation caused by acne bacteria. Prolonged use of antibiotics and steroids supress the immune system of our skin. Weak immune system may lead to development of such skin disorders as rosacea and demodex.).. Sila baca link blog dia tu for detail

Well tu baru intro jer.. . Actually bila tgk testimoni bergambar ni...memang saya speechless.. wordlesss.. segala macam lahh..macam tak percaya.. sbb biasanya kalau iklan2 kat TV or magazine tu, utk gbr after .model2 yg bermasalah tu dah siap pakai bedak, ada cahaya2 lampu.. so mmglah nampak a bit fake... Tapi gbr kat bwh ni..originalll.. walllaaa... tibe2 rasa teruja (ni yg menambah semangat utk lebih disiplin dalam proses utk mencantikkan kulit muka)..
Sebelum mengambil Vitamin E Shaklee


Selepas mengambil Vitamin E Shaklee
It takes time maaa.. Aula kata yana ni konsisten mkn supplemen ni 3 bulan baru dpt hasil ni.

So, kepada sesiapa yang ingin mencuba set Skincare Shaklee boleh menghubungi saya SEGERA. 




Call/SMS : 011-27819827 / 011-17565971

"HIDUPKAN UNTUK BERSYUKUR"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...